Sunday, May 16, 2010

Tak padan dengan kau

Kelmarin saya pergi ke Langkawi atas urusan kerja. Berdua dari Kuala Lumpur. Disebabkan masa penerbangan pada pukul 7.30 pagi, pukul 5 pagi saya dah minta adik saya hantar ke KL Sentral. Dari KL Sentral saya menaiki bas ke LCCT. Perkhidmatan bas pengantara dari KL Sentral ke LCCT bermula seawal pukul 3 pagi dengan kekerapan setengah jam sekali. Dua tiga kali juga pusing bangunan KL Sentral tu, tapi tak nampak bas yang dicari. Rupa-rupanya di tingkat bawah. Kena turun menggunakan lif atau escalator. Kenapalah tak diletakkan apa-apa papan tanda di situ...ish ish. Dah turun ke bawah baru la nampak papan tanda SkyBus. Nasib baik sempat naik bas pukul 5.30 pagi. Kalau terlepas bas tu, memang adik saya kena hantar ke LCCT la.

Di Langkawi, setelah urusan kerja selesai, kami bersama rakan-rakan di sana keluar untuk makan tengahari di Pekan Kuah. Ada 8 orang semuanya termasuk saya. Perempuan ada 7 orang. Semasa makan tu, saya didatangi oleh seorang makcik. Sebelum tu saya dah nampak dia bagi sekeping kad pada setiap orang di situ. Saya pun diberi kad yang sama. Kalau bagi je takpe, siap bercerita pula kat situ, cerita pasal ads4bucks. Saya tak gemar sebenarnya diganggu masa makan ni. Tapi terpaksa la dengar juga. Sambil berdiri dia bercerita..

Kau dah dapat ni? Belum
Nah, kau ambil ni. Kau balik KL nanti kau masuk website ni (sambil tunjuk alamat website pada kad). Lepas ni kau berhenti main Facebook, kau main ni pulak. Baik kita tolong sesama orang kita, betul? Ya..
Nak buat apa kau buang masa main Facebook? Baik kau masuk sini, lepas tu kau promote kat kawan-kawan kau, ok? (Saya angguk).. Bla bla bla bla..
Kita memang cari orang-orang muda macam kau ni, biar makin berkembang. Anak makcik pun masuk benda ni. Dia kat KL juga, kat Putrajaya. Tapi tak padan dengan kau. Dia dah 26 tahun, kau ni baru 21. Betul? Berapa umur kau? (Saya jawab). Haa..ye ke? (Not even close makcik..;p) Nama kau siapa? Lan. Rakan yang lain dah tersenyum-senyum. Ok Lan, jangan lupa na? Contact no. semua ada kat situ. Yang lain pun sama ok, jangan lupa.. (Rakan yang lain mengangguk). Makcik tu pun berlalu dengan gengnya.

Sembang-sembang lepas tu..

Waa..aktif betul makcik-makcik tu.. 
Umur dalam linkungan 50-an tu..
Memang sesuai la jadi promoter kan.. Takde nak malu-malu..
Apa ads4bucks ni?
Mungkin...Bla bla bla bla...

Ok, masa untuk shopping! Nak beli cokelat..

Sunday, May 9, 2010

Sedap dikejut penyangkut baju

Zappp...'sedap' betul dikejut dengan penyangkut baju. Terkejut dibuatnya. Hilang kesedapan tidur. Dengan pantas kaki melangkah ke bilik air. Hati bengang...!#@*

Tu la, dari tadi mak suruh bangun solat...kamu buat tak dengar je. Mak dah goyang badan kamu banyak kali pun kamu buat keras je. Daripada suara mak perlahan, sampai suara mak mengejutkan orang sebelah...kamu buat pekak je kan. Sudahnya Uncle Raymond jiran sebelah yang bangun, kamu tak bangun-bangun. Makin kuat kamu peluk bantal tu ye. Ingat mak nak biarkan..

Hehe...itulah kenangan semasa kecil. Setiap pagi mak ada misinya sendiri. Siaplah kalau liat nak bangun, mesti kena. Esok dan lusanya saya bingkas bangun bila dengar suara mak. Bagusnya budak ni...memang mendengar kata..;)

Tulatnya...

Zappp...Aduhh..kena lagi. Insaf sekejap je kamu ni eh. Cuba la bangun bila orang dah kejut tu. Tak nampak dah pukul berapa tu..dah siang tahu tak! Hati bengang...dengki tul la, tengah mimpi main batu seremban tadi.. Dari dalam bilik air masih kedengaran suara mak mengejut adik.. Haa..ni sorang lagi..bla bla bla.

Hmm...bila dah besar ni baru faham, apa yang mak buat semuanya bersebab.

Mak, terima kasih atas segalanya. (Nak kena lagi boleh? Bosan la..)

Mama I just want you to know..
Lovin' you is like food to my soul..

Selamat Hari Ibu!

Friday, May 7, 2010

Kawan dia kata dia memang laju

Kereta dipandu laju...zooomm. Mata fokus memandang ke depan. Jalan sibuk dengan kenderaan. Tak kira, nak laju juga. Nak tunjuk aku hebat. Mesti ramai yang kagum. Sedang laju tu, ada lori di depan. Aahh..menghalang laluan, menyekat pandangan. Terus masuk ke laluan bertentangan untuk memotong. Tiba-tiba mata masing-masing terbeliak. Ada sebuah kereta dari arah depan. Lampu dipasang tanda marah. Hon dibunyikan kuat. Zuppp...berselisih. Nasib baik sempat masuk ke lorong kiri semula, kembali ke belakang lori tadi. Fuhh..lega. Lalu kereta, lori, jalan raya...semuanya disalahkan.

Woi, kamu nak bunuh kami ke?

Ada manusia tu, pandu kereta macam orang gila. Saya duduk di sebelah. Dua orang lagi sahabat duduk di belakang. Bukan saya tak biasa naik kereta yang dipandu laju. Selalu. Tapi takde la macam ni. Laju tak bertempat, laju tapi tak cekap. Nyawa bagai telur di hujung tanduk. Kaki dah macam apa dah, kejap-kejap rapat menekan ke bawah, macam nak tekan brek kecemasan. Nasib takde brek je. Kalau tak memang dah berhenti kereta tu.

Teringat saat baru bertolak tadi, sahabat di belakang sempat hantar sms: "Lan, saya dah hantar sms kat Mimi, suruh dia doakan keselamatan kita". Saya menoleh memandangnya di belakang. Dia sedang menadah tangan. Saya tersengih..lalu membalas sms: "Haha, baguslah tu...semoga kita selamat tiba!"

Dan akhirnya kami selamat tiba. Owh...terlalu lama rasanya perjalanan ini. 

Kalau kamu nak bunuh diri, jangan heret kami sekali..!

Bayangkan kalau betul-betul terjadi sesuatu, tajuk Harian Metro esoknya..."SMS terakhir".

Tuesday, May 4, 2010

Nak minta tolong tu boleh...

Sedang tidur dengan nyenyak. Tiba-tiba telinga menangkap bunyi handphone. Biasanya memang begitu, setiap pagi dikejutkan oleh bunyi penggera dari handphone. Di dalam kegelapan, handphone yang bercahaya dicapai. Jari pantas ingin menekan 'turn off' (ikut mood, kadang-kadang tekan snooze dan sambung tidur semula). Belum sempat nak tekan butang pilihan, terpandang nama seorang kawan pada skrin. Haa? (patutlah lain bunyinya, bukan bunyi alarm)

Budak mamai: Helo..
Budak selamba: Helo Lan, tidur ke? 
Budak mamai: Ye la, habis tu..
Budak selamba: Eh, Lan...tolong aku boleh?
Budak mamai: Apa dia?
Budak selamba: Aku kat Puduraya ni. Amik aku sat..
Budak mamai: Haaaa? Hang nak pi mana?
Budak selamba: Aku nak pi interview
Budak mamai: Ye ke. Adoi...tunggulah kejap.
Budak selamba: Ok, cepat sikit tau.
Budak mamai. Tunggu je la...#*$?@

Bila perbualan tamat, saya tengok betul-betul pada skrin handphone. Pehh...pukul 5 pagi! Gile la. Selamba je kau telefon aku, buat macam pukul 5 petang. Dan kau buat macam rumah aku ni jaraknya 1 km je dari Puduraya tu. Apa salahnya kau bagitahu awal-awal nak datang. Kalau bukan 2-3 hari awal pun, sekurang-kurangnya sebelum kau bertolak tu pun takpe. Takde la terkejut beruk aku pagi-pagi buta macam ni.

Lalu pada pagi yang gelap itu, di sebuah restoran 24 jam, seorang pemuda tiba-tiba bernafsu untuk membebel. Cara yang menarik untuk bertanya khabar. Yang seorang lagi tersengih-sengih, kadang-kadang tergelak. Dia tahu marah pemuda tu tak ke mana. Cis..kau memang selamba.

Pada hari itu saya diminta menghantarnya ke tempat temuduga dan menunggu di situ hingga selesai. Oh ya, hari itu hari bekerja tapi kebetulan saya off-day. (satu lagi sebab untuk membebel..."tengok, nasib baik aku off-day, kalau tak...bla bla bla bla...kebaboo")

Bingka: Nak minta tolong ada caranya.

Thursday, April 29, 2010

Dicabul dalam bas

Satu hari, saya berdiri dalam bas yang hampir penuh. Bas berhenti di satu perhentian, beberapa orang penumpang lagi masuk. Makin penuh. Ah, jalan sesak pula. Lambat lagi la nak sampai. Kaki dah lenguh.

Sedang saya berdiri, tiba-tiba terasa ada sesuatu menyentuh punggung saya. Saya diam. Sentuhan itu berterusan. Keras rasanya. Saya diam. Tiba-tiba bas berhenti mengejut. Sentuhan itu terus menusuk tepat ke celahan (celahan apa ye?). Terjengket kaki saya, terkejut. Berani sungguh! Saya toleh ke belakang. Nyonya tua sedang memegang payung. Perlu ke pegang payung melintang macam tu? Kan lebih elok kalau dipegang menegak. Lantas saya beralih tempat...*@#^%. Nyonya tua buat tak tahu. (Mungkin dia senyum dalam hati)

Bingka: Kenangan naik bas Tong Fong

Tuesday, April 27, 2010

I'm really touched

 Bagaimana rasanya berjumpa teman lama? Teman yang dahulu paling rapat dengan kita...

Friday, April 23, 2010

Mesin penimbang yang rosak

Sedang tengok perlawanan bola. Adik saya baik punya tidur kat sebelah. "Tidur je kerja kau ni. Bangun la buat apa yang patut...kemas rumah ke, teman aku tengok bola ni ke." Eh, sekarang pukul 4.00 pagi. "Ye tak ye...teruskan tidur adikku, kamu bukan kaki bola pun." Tiba-tiba memori di sebuah kompleks menjelma. Tak boleh jadi ni, saya terus buat sit-up 100 kali. Adeh, sakit perut kejap. Ok, dah turun sikit..;p
Priitttt...sekali Frank Ribery kena kad merah daa..

Hmm...minggu lepas semasa rehat tengahari saya ke sebuah kompleks, teman kawan beli barang. Ternampak mesin penimbang analog yang kesunyian. Kawan saya nak belanja timbang. Saya pun pijak la benda tu, lagipun dah lama tak menimbang. Oops, naik la! Kali terakhir timbang 6* kg. Betul ke mesin ni, entah-entah rosak. Tiap-tiap minggu main futsal, takkan la naik. Ahh...penipu punya mesin. Kawan saya setuju (ye ke kau setuju). Kami terus berlalu. "Mesin dah rosak kasi simpan la...apa la diorang ni."

Di tingkat bawah nampak mesin penimbang digital. Kawan saya nak belanja lagi. Duit syiling dah terlebih agaknya. Beria-ria suruh saya naik. "Nampak sihat mesin ni". Saya pijak dengan yakin. Alamak...bacaannya sama dengan yang tadi. Kawan saya gelak. Mesin kat sini memang penipu Lan! hahahaha... 
Terimalah kenyataan berat awak tu dah naik..hehe

Bingka: kena ada satu kat rumah ni..