| Yang wajib jangan dilupa.. :) |
Showing posts with label Kaki Bola. Show all posts
Showing posts with label Kaki Bola. Show all posts
Wednesday, August 3, 2011
Friday, December 31, 2010
Kalendar 2010 ditutup bergaya
Rasa macam hari ni hari Sabtu pulak kan.. Padahal hari Jumaat. Maklumlah, tiba-tiba dapat cuti. Kepada yang bekerja tu, kerja la dengan rajin ya..;)
Hari ni dah hari terakhir bagi tahun 2010. Sekejap je kan? Hmm...antara yang menarik bagi saya sepanjang tahun ni ialah:
- dapat APC...(alhamdulillah)
- dapat anak buah pertama...(muahh..muahh)
- dapat adik ipar ke-2
- makin ramai kenalan blogger
- silent reader yang bertambah...(ya, kamu)
- pasukan kesayangan beraksi semula di EPL
- menyertai tadarus geng surau pada bulan puasa (cool..pertama kali selepas tamat sekolah)
- meraikan kawan-kawan rapat yang melangsungkan perkahwinan
- errrr....single again. (ceh, tak menarik pun)
Itu je la yang nak saya kongsi. Yang lain biar rahsia..;p
Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat blogger yang rajin meninggalkan komen di setiap entri seperti zirconia, yott, meowwmania, eL, ann, mohd shahrul hafizi, maCy, kak jie, yonna dan qasih nadira. Komen kalian memberikan semangat untuk saya terus menulis di sini. Yang sekali sekala tinggalkan komen dan yang jadi silent reader pun saya ucapkan terima kasih.
***
Dan tahun 2010 diakhiri dengan sorakan padu peminat bola sepak tempatan di kedai-kedai mamak (kami bersorak macam kat stadium..;p). Semuanya bergembira meraikan kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama. Yeahh, cara yang sangat bergaya untuk menutup kalendar tahun 2010. Tahniah K.Rajagobal! Tahniah Harimau Malaya!!
Selamat Tahun Baru!
***
Dan tahun 2010 diakhiri dengan sorakan padu peminat bola sepak tempatan di kedai-kedai mamak (kami bersorak macam kat stadium..;p). Semuanya bergembira meraikan kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama. Yeahh, cara yang sangat bergaya untuk menutup kalendar tahun 2010. Tahniah K.Rajagobal! Tahniah Harimau Malaya!!
Selamat Tahun Baru!
Wednesday, December 29, 2010
Sebab tu kena datang awal
Rugi tau siapa yang tak pergi tengok pusingan pertama perlawanan akhir Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil hari tu. Meh sini saya cerita kemeriahannya..
Pukul 5.30 saya tiba di stadium. Masa tu 3 orang kawan dah sedia menunggu di sana. Kawasan sekitar stadium dah dibanjiri ribuan manusia. Sementara menunggu masa untuk masuk ke dalam stadium, kami lepak minum di salah sebuah gerai makan di situ sambil melihat gelagat manusia yang rata-ratanya teruja. Hampir semuanya memakai jersi kuning atau biru pasukan Malaysia. Sebahagian lagi memakai jersi merah pasukan Indonesia. Bunyi hon ala vuvuzela sentiasa kedengaran, menghangatkan lagi suasana sebelum perlawanan.
Dalam masa yang sama, kami menunggu ketibaan dua orang lagi kawan yang datang menaiki LRT. Dua-dua datang dengan kawan masing-masing. Salah seorang kawan tu, tiketnya ada pada saya. Lambat betul mereka sampai. Lepas minum, kami meronda di gerai-gerai jersi dan barangan yang terdapat di sekitar stadium. Sempat la saya beli satu mafla Malaysia.
***
Ahh...orang dah makin ramai masuk ke dalam stadium..
Makin lama makin penuh..
Tiket kawan masih di tangan saya..
Network busy di saat genting...!*@#&
Terpaksa kami masuk dulu...mana boleh tunggu lagi
***
Setiap gol diraikan dengan riang...hooreyyy...gooaalll...gooaalll...gooaallll...(ya, begitu..)
Bunyi sorakan memang bingit sampai suara sendiri pun tak dengar.. (kalau dalam filem, suasana tiba-tiba jadi silent mode sekejap...cuma ada pergerakan) lepas tu ada bunyi balik... (haa..macam tu la)
Bersorak sambil berpelukan dengan semua orang yang berada di sekeliling.. (yeah...raikan chenta!)
Mafla dan jalur gemilang, semua nak dikibarkan...
Air mata gembira berlinangan...(ni saja kasi dramatik sikit..)
Yang bestnya semua orang tu saya tak kenal...hahaha (dah terpisah dengan kawan-kawan)
Nasib baik menang...;p
Untuk pusingan kedua malam ni, diharapkan pasukan Harimau Malaya akan bermain dengan cemerlang dan menjadi Juara Piala AFF Suzuki untuk edisi kali ini. Ngaumm...
Saturday, December 25, 2010
I will be the 12th man
Hai semua! Apa aktiviti kalian hari ni? Mesti ramai yang pergi shopping, dan tak kurang juga yang memenuhi undangan kenduri kan? Saya pergi kenduri siang tadi. Pergi kenduri berseorangan memang menyerlahkan gaya dan keyakinan diri..;p
Masa masuk dewan tempat kenduri diadakan, kebetulan terjumpa seorang kenalan. Ha, ada pun orang yang saya kenal. Tapi sayang, dia dah nak balik. Terpaksa la duduk makan berseorangan sambil melihat pengantin yang sedang makan di atas pentas. Oo..maknanya takde bersanding betepung tawar segala la, pengantin datang je terus naik atas pentas dan makan di meja beradab. Senang. Di depan pentas, beberapa orang penari sedang mempersembahkan tarian tradisional. Teringat video yang dikongsi seorang kawan di fb baru-baru ni, pengantin dipersembahan dengan tarian shuffle. Tak sesuai langsung.
![]() |
| meja yang kosong jadi pilihan.. |
Itu saja aktiviti saya hari ni. Biasa-biasa je. Tapi esok.....
Pagi macam biasa berjoging di sekeliling tasik...(alone of course..)
Petang....can't wait!...(gile la kalau pergi sorang kan...hehe)
![]() |
| I will be the 12th man.. |
Friday, April 23, 2010
Mesin penimbang yang rosak
Sedang tengok perlawanan bola. Adik saya baik punya tidur kat sebelah. "Tidur je kerja kau ni. Bangun la buat apa yang patut...kemas rumah ke, teman aku tengok bola ni ke." Eh, sekarang pukul 4.00 pagi. "Ye tak ye...teruskan tidur adikku, kamu bukan kaki bola pun." Tiba-tiba memori di sebuah kompleks menjelma. Tak boleh jadi ni, saya terus buat sit-up 100 kali. Adeh, sakit perut kejap. Ok, dah turun sikit..;p
Priitttt...sekali Frank Ribery kena kad merah daa..
Hmm...minggu lepas semasa rehat tengahari saya ke sebuah kompleks, teman kawan beli barang. Ternampak mesin penimbang analog yang kesunyian. Kawan saya nak belanja timbang. Saya pun pijak la benda tu, lagipun dah lama tak menimbang. Oops, naik la! Kali terakhir timbang 6* kg. Betul ke mesin ni, entah-entah rosak. Tiap-tiap minggu main futsal, takkan la naik. Ahh...penipu punya mesin. Kawan saya setuju (ye ke kau setuju). Kami terus berlalu. "Mesin dah rosak kasi simpan la...apa la diorang ni."
Di tingkat bawah nampak mesin penimbang digital. Kawan saya nak belanja lagi. Duit syiling dah terlebih agaknya. Beria-ria suruh saya naik. "Nampak sihat mesin ni". Saya pijak dengan yakin. Alamak...bacaannya sama dengan yang tadi. Kawan saya gelak. Mesin kat sini memang penipu Lan! hahahaha...
Terimalah kenyataan berat awak tu dah naik..hehe
Bingka: kena ada satu kat rumah ni..
Thursday, April 15, 2010
Kalau aku, ish..ish..
Mata ku terjaga. Meraba-raba mencari handphone, owh dah pukul 4.00 pagi. Ku lihat ada mesej daripada Cik B, dihantar pada pukul 11.00 malam. Hmm...di saat itu aku dah belayar jauh, sejak pukul 9.30 malam rasanya. Ku balas mesej Cik B, lantas bersila di atas tilam (lambat juga kamu balik kerja ya). Aku lihat sekeliling, adikku sedang tidur dengan kain pelikatnya. Ish..ish...kalau aku entah dah ke mana agaknya kain tu.
Ku lihat keadaan diriku, masih dengan T-shirt dan seluar kerja. Alamak, tak mandi rupanya. Masuk ke bilik air, sejurus kemudian keluar dan solat Isyak (patut la terjaga...dikejut suruh solat mungkin). Usai solat, aku teringat sesuatu...haa, pagi ni ada perlawanan bola. Terus ke ruang tamu dan menonton kegigihan manusia mengejar dan menyepak bola. Kesudahannya, dengan berbaki empat lagi perlawanan, harapan Arsenal untuk bergelar juara dah berkubur. Cuba lagi musim depan ya.. Lepas habis perlawanan, online sekejap. Kemudian bersiap dan terus pergi kerja.
Di kantin tempat kerja:
Di kantin tempat kerja:
Nescafe 'O' satu!...(biar segar mata tu)..
Bingka: Ish..ish..kalau dah nama kaki bola
Bingka: Ish..ish..kalau dah nama kaki bola
Subscribe to:
Posts (Atom)

