Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Masa yang terbuang

Emak dan makcik sebelah sedang bersembang di tepi pagar ketika aku mengangkat Hani yang sedang merangkak di muka pintu. Sebelah tangannya dah keluar. "Eh Hani nak pergi mana ni?" Alahai si comel ni. Aku tak berdiri lama di pintu, terus aku mengelek Hani ke dalam.

Sekonyong aku melangkah, aku terdengar makcik sebelah membuka topik baru. "Si Along tu bila lagi tu? Malas aku nak dengar lagi, terus aku melayan Hani bermain. Aku yakin maksud soalan tu bukan bertanya bila aku nak mandi.. ;)

Sibuk la makcik ni. Makcik mana tahu apa yang aku lalui. Kalau ikutkan niat nak kahwin, 6-7 tahun dulu aku dah kahwin. Tapi takde jodoh dengan S. Apa dia ingat aku goyang kaki tunggu jodoh datang?

Berkawan dengan orang ni kan satu proses. Kadang-kadang masa mula perkenalan semuanya ok, tapi bila dah lama sikit berkawan mula la timbul benda-benda tak serasi ni. Mula la saling tak memahami, mula la tak menghormati dan macam-macam lagi. Bab tak menghormati ni memang aku tak suka, tapi yang paling aku menyampah sekali ialah  bila kau sentiasa ada cara untuk menyakitkan hati. Ini ibarat orang datang bawa segelas air dan beri pada kau untuk menghilangkan dahaga, tapi kau curah air tu ke longkang.

Bila dah berkawan rapat dengan seseorang tu, tiba-tiba banyak pula huluran salam perkenalan yang lain. Yang nak jadi matchmaker pun ramai. Terpaksa la diabaikan demi tak melukakan hati sesiapa, demi tak nak orang mengharap, demi tak nak pening kepala. Tapi bila tak lama jodoh dengan orang yang kita kawan tu, peluang-peluang yang datang sebelum tu pun dah tertutup. Kau ingat semua orang nak tunggu kau? haha..

Jadi lebih kurang macam tu la perjalanan aku. Aku boleh nak bercerita panjang lebar lagi, tapi aku malas. Aku tak menyesal berkawan dengan orang. Cuma yang aku kesalkan ialah masa yang terbuang.

Nasib baik ada Hani si penghibur hati.. ;)


Monday, February 4, 2013

Digaul sebati

Semoga kita ini
Tidak jadi mangsa persepsi
Angkara hati yang pernah disakiti
Digaul sebati
Jadi resepi racun diri

Saturday, February 2, 2013

Teka-teki hati

Manusia itu
Bila diuji tentang hati
Bila disoal perihal diri
Buat karangan tanpa jawab pasti
Tanpa isi
Ibarat yang membaca baru tumbuh gigi
Bila ditebak tentang isi
Sunyi segenap inci
Reka ruang tak pasti
Bila dibiar bebas dalam ruang sendiri
Datang dengan persoalan emosi
Cipta teka-teki

Friday, May 4, 2012

Bergaya

Mama: Man, ko tahu tak sepupu kau si Pian tu dah tukar kereta baru.
Man: Ye ke. Kereta apa?
Mama: Kereta Stream
Man: Pehh, bergaya!
Mama: Hmm..hmm..

Semalamnya di kampung..

Adik: Uih, kereta siapa kat luar tu?
Kakak: Kereta Pian..
Adik: Wah, kereta baru!
Kakak: Hmm..
Adik: Bukan main lagi bergaya
Kakak: Shhh..kamu nak tahu tak, dulu dia bagi aku banyak. Sekarang 150 je. Jauh beza.
Adik: Ye ke?
Kakak: Biarlah, orang nak bergaya..

Thursday, January 13, 2011

Fasha Sandha terasa hati

"Cerita Fasha Sandha ni isu semasa negara eh?"  "Ye bang, No.1. Kalau Pamela Anderson setuju berlakon dalam filem Dr. Rozmey baru boleh lawan cerita ni.."

"Owh gitu...nanti kalau Fasha ada terasa hati lagi ke, riang ke, gayat ke... bagitahu la..."

Fasha terasa, Khir tak terasa pun..
Lembap!

Sunday, July 18, 2010

Tangisan gembira







Bila satu-satunya pasukan yang anda sokong sejak sekian lama berjaya menjadi juara buat kali pertama, anda akan merasai kepuasan yang tak terhingga. Dan bila anda melihat ianya disambut  dengan tangisan, owh...ia lebih dari kegembiraan. Bibit air mata mula bergenang. Lantas ditahan, terlindung di sebalik sorakan. Tangisan gembira...itu tangisan kejayaan!

Bingka: It's different if you support a team that always win, or you only start supporting them after they won something.

Sunday, May 9, 2010

Sedap dikejut penyangkut baju

Zappp...'sedap' betul dikejut dengan penyangkut baju. Terkejut dibuatnya. Hilang kesedapan tidur. Dengan pantas kaki melangkah ke bilik air. Hati bengang...!#@*

Tu la, dari tadi mak suruh bangun solat...kamu buat tak dengar je. Mak dah goyang badan kamu banyak kali pun kamu buat keras je. Daripada suara mak perlahan, sampai suara mak mengejutkan orang sebelah...kamu buat pekak je kan. Sudahnya Uncle Raymond jiran sebelah yang bangun, kamu tak bangun-bangun. Makin kuat kamu peluk bantal tu ye. Ingat mak nak biarkan..

Hehe...itulah kenangan semasa kecil. Setiap pagi mak ada misinya sendiri. Siaplah kalau liat nak bangun, mesti kena. Esok dan lusanya saya bingkas bangun bila dengar suara mak. Bagusnya budak ni...memang mendengar kata..;)

Tulatnya...

Zappp...Aduhh..kena lagi. Insaf sekejap je kamu ni eh. Cuba la bangun bila orang dah kejut tu. Tak nampak dah pukul berapa tu..dah siang tahu tak! Hati bengang...dengki tul la, tengah mimpi main batu seremban tadi.. Dari dalam bilik air masih kedengaran suara mak mengejut adik.. Haa..ni sorang lagi..bla bla bla.

Hmm...bila dah besar ni baru faham, apa yang mak buat semuanya bersebab.

Mak, terima kasih atas segalanya. (Nak kena lagi boleh? Bosan la..)

Mama I just want you to know..
Lovin' you is like food to my soul..

Selamat Hari Ibu!

Friday, April 16, 2010

Kasih Ibu

Semalam saya berehat di depan tv sambil menonton berita. Abah dan emak sedang makan malam di dapur. Rasa letih, malas nak turut serta. Habis berita, menonton 999 pula. Separuh jalan menonton, saya ke dapur. Tudung saji dah terlangkup di atas meja. Mereka dah selesai makan nampaknya.

Mak: Dah makan belum?
Saya: Belum, baru nak makan la ni
Mak: Nasi dah habis, tu ha...tengah masak lain
Saya: Ye ke, takpe la

Capai sebiji pisang, terus masuk ke bilik dan online. Sedang online tu, tiba-tiba adik cakap nak ke pasar malam. Baru teringat belum makan... "Wan, burger satu!"...."Ok". Saya sambung online semula. Mandi pun belum. Gasak la...nanti baru mandi

Beberapa minit kemudian, mak memanggil dari dapur. Nasi dah masak katanya. Saya menyahut, tapi rasa macam malas pula nak makan nasi, sebab dah pesan burger. Saya teruskan menghadap komputer. Seketika kemudian Wan balik...burger ada di meja makan katanya.

Saya pun ke dapur. Bestnya...dah lama tak makan burger. Saya makan burger...ngap...sedap. Baru nak ngap yang kedua, terpandang telur goreng dari celahan tudung saji. Erk, mak dah masakkan untuk saya. Saya singkap tudung saji...erk, mangkuk lauk yang tadi kering kini dah bertambah isinya. Memang dihidang untuk saya.

Beberapa detik kemudian... sedar-sedar saya sedang makan nasi di situ. Burger yang baru segigit dijamah dah berbungkus kembali. Tak sampai hati rasanya tak makan. Penat mak siapkan untuk saya.

Tak lama lepas tu, ada seseorang pulang dari kerja. Saya bertanya: "Dah makan?"... "Belum"... "Tu ada burger, makanlah".

Wednesday, February 25, 2009

Memujuk hati

Kamu semua selalu tak menghadapi ketegangan (tension) di tempat kerja? Bagaimana cara kamu semua meredakannya ya? Janganlah bawa masalah tempat kerja ke rumah. Kasihan orang di rumah yang tak bersalah. Semalam saya mengalami perasaan itu. Komputer saya bermasalah di saat banyak kerja yang perlu dibuat. Bengang betul. Masa-masa macam tu, silap la kalau ada orang yang nak buat lawak bodoh. Lagi beberapa minit sebelum pukul 5 petang saya dah bersedia untuk pulang. Dah takde 'mood' nak buat kerja. Tik..tik..tik...tepat pukul 5.00 saya dah angkat kaki. "Waa...awal gila.." kata Mira yang duduk di meja sebelah.

Di dalam kereta, saya pasang radio kuat-kuat sampai bergegar. Sambil tu saya menyanyi kuat-kuat mengikut alunan lagu. Sungguh puas ok. Terasa semua masalah keluar dari setiap lirik yang saya nyanyikan...haha. Di dalam perjalanan, saya singgah di restoran dan makan roti nan bersama ayam tandoori. Kira nak memujuk hati la ni, kena la makan makanan yang sedap sikit. Huh...lega rasanya...hehe. Bila perasaan dah tenang, barulah boleh balik rumah. Pagi tadi saya terus format komputer saya...puas hati. Harap-harap boleh bertahan lama tanpa masalah.