Showing posts with label Bas. Show all posts
Showing posts with label Bas. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Perjalanan paling lama

Saya baru balik dari Kota Bharu, Kelantan. Selama 3 hari saya dan kawan-kawan menembak di sana. Tempat yang sempat kami lawati ialah Pasar Siti Khadijah, rumah pembuat hulu keris, pembuat wau, pembuat martabak raja, kilang membuat serunding, tempat membuat songket dan rumah tok dalang wayang kulit. Kami juga sempat menyaksikan persembahan dikir barat dan berjalan-jalan di Wakaf Che Yeh. 

Pada hari Ahad kami bertolak pulang ke KL pada jam 4.00 petang. Kami berhenti rehat dan solat di R&R Gua Musang pada jam 7.20 malam. Semasa berhenti rehat tu, bas kami dilanggar oleh bas lain. Entah macam mana pemandu bas tu nak parking sampai terlanggar. Mujur bas kami cuma bercalar di beberapa bahagian. Kira-kira pukul 8.00 malam kami meneruskan perjalanan. Pemandu tu bawa bas macam bawa kereta, laju semacam. Kalau jalan lurus tu takpe, ini jalan berliku, sampai terjatuh barang-barang dalam salah satu tempat menyimpan barang di atas kepala. Nasib baik tak kena kepala, dan nasib baik yang jatuh tu cuma plastik berisi makanan dan beg-beg kecil. Kalau kena botol budu yang jatuh atas kepala, terus pandai kecek kelate.

Malang menimpa, pada pukul 9.30 malam satu tayar bas kami pecah. Tayar yang pecah tu tayar belakang bahagian dalam, jadi kami hanya bergantung pada tayar luar. Masa tu kalau tak silap saya di daerah Merapoh. Jalan gelap, hutan pula di kiri kanan jalan. Pemandu bas menyambung perjalanan dengan perlahan, tapi tayar yang pecah menghasilkan bunyi bising di bawah bas. Bas dipandu 20km/j. Kalau dicongak-congak, InsyaAllah pagi lusa baru sampai. 

Kira-kira 300 meter dari situ kebetulan terdapat sebuah kedai makan, tempat pemandu-pemandu lori berhenti rehat. Bas kami pun berhenti di situ. Kawan saya kata jangan mudah terpedaya, kena check dulu. Sambil membelakangkan kedai, dia pun tengok dari celah kelangkang. Ternyata kedai itu wujud..lol. Kami tersadai di situ 4 jam sebab nak tunggu bas lain datang ambil dari KL.  *Pengsan*

Kalau ada channel sports takde hal la nak lepak lama-lama, boleh tengok bola. Ini takde pulak. Tengok Raja Lawak Musim 6 je. Kebetulan masa tu ulangan peringkat akhir dan saya pun memang tak pernah tengok langsung Raja Lawak musim 6 ni. Layan je la. Kami bertolak dengan bas baru pada pukul 2 pagi. Sampai di KL pada pukul 6.30 pagi. Fuhh, 14 jam setengah. Nasib baik saya dah mohon cuti awal-awal.


Thursday, April 29, 2010

Dicabul dalam bas

Satu hari, saya berdiri dalam bas yang hampir penuh. Bas berhenti di satu perhentian, beberapa orang penumpang lagi masuk. Makin penuh. Ah, jalan sesak pula. Lambat lagi la nak sampai. Kaki dah lenguh.

Sedang saya berdiri, tiba-tiba terasa ada sesuatu menyentuh punggung saya. Saya diam. Sentuhan itu berterusan. Keras rasanya. Saya diam. Tiba-tiba bas berhenti mengejut. Sentuhan itu terus menusuk tepat ke celahan (celahan apa ye?). Terjengket kaki saya, terkejut. Berani sungguh! Saya toleh ke belakang. Nyonya tua sedang memegang payung. Perlu ke pegang payung melintang macam tu? Kan lebih elok kalau dipegang menegak. Lantas saya beralih tempat...*@#^%. Nyonya tua buat tak tahu. (Mungkin dia senyum dalam hati)

Bingka: Kenangan naik bas Tong Fong