Saya teruja bila dapat tahu TV3 akan menyiarkan drama bersiri Juvana. Seingat saya tak pernah rasanya drama mengenai kehidupan di sekolah juvana disiarkan. Sementelah pula saya pernah tinggal di sekolah juvana, jadi cerita Juvana ni terasa dekat dengan diri saya. Idea untuk menghasilkan drama ni amat baik, dibarisi pula oleh pelakon-pelakon yang bagus seperti Zahiril Adzim dan Bront Palarae. Tapi dalam episod pertama malam tadi, ada beberapa perkara yang saya tak puas hati;
1. Seorang gadis (anak kepada tukang masak) mengagihkan makanan di kantin sebuah sekolah juvana lelaki. Bagi saya babak ni tidak meyakinkan. Biasanya di kantin hanya ada tukang masak, warden bertugas dan beberapa pelatih yang ditugaskan membantu tugas di dapur. Tugas mengagih makanan biasanya dilakukan oleh pelatih.
2. Guru mekanikal memakai kemeja lengan panjang bertali leher di bengkel. Perlu ke?
3. Ada sungai dalam kawasan sekolah? Bestnya.. Boleh tunjuk pelan kat saya tak? Saya nak tengok macam mana kawasan tu dipagar..;) Atau adakah sungai itu di luar kawasan? Kalau di luar, boleh pula pelatih keluar dan melepak di situ. Bestnya..
Apa pun, saya menjangkakan cerita ni lebih menarik daripada Gemilang (owh...dan Arjuna!).
20 tahun saya tinggal di sekolah juvana tau. Tapi saya tinggal di kuarters kakitangan, sebab dulu ayah saya bertugas sebagai warden. Semasa kecil dulu, pelatih-pelatih juvana la jadi kawan sepermainan waktu petang ..:)