Sunday, May 9, 2010

Sedap dikejut penyangkut baju

Zappp...'sedap' betul dikejut dengan penyangkut baju. Terkejut dibuatnya. Hilang kesedapan tidur. Dengan pantas kaki melangkah ke bilik air. Hati bengang...!#@*

Tu la, dari tadi mak suruh bangun solat...kamu buat tak dengar je. Mak dah goyang badan kamu banyak kali pun kamu buat keras je. Daripada suara mak perlahan, sampai suara mak mengejutkan orang sebelah...kamu buat pekak je kan. Sudahnya Uncle Raymond jiran sebelah yang bangun, kamu tak bangun-bangun. Makin kuat kamu peluk bantal tu ye. Ingat mak nak biarkan..

Hehe...itulah kenangan semasa kecil. Setiap pagi mak ada misinya sendiri. Siaplah kalau liat nak bangun, mesti kena. Esok dan lusanya saya bingkas bangun bila dengar suara mak. Bagusnya budak ni...memang mendengar kata..;)

Tulatnya...

Zappp...Aduhh..kena lagi. Insaf sekejap je kamu ni eh. Cuba la bangun bila orang dah kejut tu. Tak nampak dah pukul berapa tu..dah siang tahu tak! Hati bengang...dengki tul la, tengah mimpi main batu seremban tadi.. Dari dalam bilik air masih kedengaran suara mak mengejut adik.. Haa..ni sorang lagi..bla bla bla.

Hmm...bila dah besar ni baru faham, apa yang mak buat semuanya bersebab.

Mak, terima kasih atas segalanya. (Nak kena lagi boleh? Bosan la..)

Mama I just want you to know..
Lovin' you is like food to my soul..

Selamat Hari Ibu!

13 comments:

iyllienaz said...

ibu sentiasa di hati..

+qasih nadira+ said...

selamat hari ibu gak~qasih pon selalu kena zaappp gak~huhu~sedappp~~~

Lan Bingka said...

illienaz: tidak syak lagi..

qasih: haha..budak nakal memang begitu..

Cromirama Elcy said...

yearghh...dengan ini rockers mengucapkan slamat hari ibu.... kem salam kat ibu lu ye...hehehhehehe...
wa caya sama lu!!!!

jom terjah blog rockers
http://cicaktonjeng.blogspot.com

Balqish said...

ambil hadiah tunai daripada mak!
hehe. sekarang beri kasih sayang tunai pada ibu. :D

Lan Bingka said...

balqis: hehe..baik!

Kujie said...

semalam Angah telefon

'mama...mcm mana nak bangun pagi.."


tu lah..kalau duduk dgn mama, puas berleter pagi2...dah duduk asrama baru tau seksanya...

Lan Bingka said...

Kak Jie: haa..baru dia tahu..;p
takpe la, bagi mak dia berehat sikit..:)

thanks singgah kak..

selamat hari ibu!

Lyka | Ezura said...

selagi mak masih ada,, hargailah dia..
selamat hari ibu.. :))

Lan Bingka said...

Liyka: betul tu..:)

Nurul Harun said...

kelakar. tp tu semua kenangan kan. kenangan yg tak mungkin berulang. :(

Lan Bingka said...

Nurul: yup, kenangan yg punya erti..

Mohd Shahrul Hafizi said...

Hahaha. Mak aku selalu ugut simbah air je. Bingkas aku bangkit. Hahaha.