Tuesday, February 21, 2012

Seminggu sekali

Amir dah bersedia untuk ke masjid. Dia duduk di atas motor sambil menunggu Azam. Kedua-dua tangannya kemas memegang handle motor sambil matanya memerhati budak-budak sekolah yang berjalan melintasi rumah. Asap motornya masuk sedikit ke dalam rumah melalui pintu yang ternganga. Seketika kemudian Azam muncul di pintu dengan muka dibasahi air wuduk. Dia terus menyarung selipar dan mengunci pintu rumah.

"Daus tak gi?" soal Amir
"Tak" jawab Azam
"Dia buat apa kat dalam?"
"Tidur, dia suruh kirim salam kat tok imam" tambah Amir sambil duduk membonceng di belakang Amir.
Vroomm...mereka pun bertolak ke masjid

Pulang dari masjid..

"Woi, apa nak jadi ni?" Amir sengaja menguatkan suara.

Daus terjaga dari tidurnya. Dia memeluk erat bantal yang terletak berhampiran dan menutup semula mata. "Emm..bestnya tidur" Daus bersuara sambil menggerakkan bahu.

"Dah la minggu lepas tak pergi, minggu ni tak pergi lagi.. ish ish" sampuk Azam sambil menghirup air tebu yang dibelinya tadi.

"Ala baru 2 minggu, minggu depan aku pergi la." Daus menjawab dengan suara malas. Matanya tetap terpejam.

"Rosak budak ni" kata Amir sambil berbaring di satu lagi tilam di bilik itu. Dia dah bersedia untuk tidur. Dengan langsir tingkap yang tertutup rapat, syok juga kalau dapat tidur sampai petang...gelap.

"Weh, setakat sembahyang pun harap solat jumaat seminggu sekali je.. tak payah nak bising la woi!" Daus bersuara.

Amir pantas memeluk bantal, badannya dipalingkan ke dinding dan matanya dipejamkan.

Friday, February 10, 2012

Pengikut di tangga

Semalam semasa pulang dari kerja, saya naik tangga di lot rumah kedai tempat saya menyewa. Rumah saya di tingkat 4, atas sekali. Ada seorang lelaki kebetulan menaiki tangga juga. Saya pun tak cam sangat, mungkin sebab tak pernah terserempak. Kat rumah sewa saya macam tu la, lalu kat tangga masa nak pergi kerja, balik kerja dan pergi makan je. Kadang-kadang ada la terserempak dengan orang lain. Bila terserempak tu saya senyum la. Ada yang bila saya dah senyum, buat tak tahu je. Lantak kau la.

Dia di belakang saya, dan menaiki tangga dengan agak laju. Saya pun terpaksa laju sikit sebab dia makin lama makin dekat. Dah la saya tengah bawa banyak barang..huhh. Ko nak raba ke apa ha? Dia menuruti saya sampai ke tingkat 4 juga. Sekali dia berbunyi macam terkejut "Eh.." lalu dia patah balik ke tingkat 3. Dari depan pintu rumah saya, kedengaran dia membuka grill rumahnya. 

Entah apa-apa..