Showing posts with label Bunuh diri. Show all posts
Showing posts with label Bunuh diri. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

Adipura Pendekar Sakti

Slot Aksi di TV3 mempersembahkan: Arjuna - Episod 1. Saya teruja. Dah lama tak tengok drama pendekar. Menggunakan teknik CGI pula. Pasti mantap. Saya tunggu dengan penuh minat. Ada orang lain dah seminggu tunggu. Teruja lebih di situ.

Pendita Dzulkarnain adalah guru kepada 3 pendekar sakti yang handal iaitu Adipura, Grakus dan Gempita. (pendekar sakti ok, bukan pendekar biasa). Pendita Dzulkarnain mempunyai Permata Wilis dan Pedang Citra Dewata yang akan diserahkan kepada anak muridnya yang paling layak. Grakus dan Gempita tidak berpuas hati kerana Adipura menjadi murid kesayangan Pendita Dzulkarnian. Akhirnya mereka berpaling tadah kepada dunia jahat dan diarahkan mencuri Permata Wilis dan Pedang Citra Dewata. Cubaan mereka tidak berjaya. Akibatnya mereka disumpah oleh Pendita Dzulkarnain (tak jelas disumpah menjadi apa, cuma jatuh kesakitan beberapa saat dan bangun semula) dan dihalau daripada Perikatan Pendekar Sakti. Pedang dan permata tersebut diwariskan kepada Adipura dan keturunannya saja. Ternyata Adipura yang paling layak. Dia pendekar sakti yang hebat. Dia ada kuasa menyembuhkan luka. Tambahan pula, pedang sakti itu telah terbang ke dalam genggamannya. Benar bagai dikata, pedang itu mencari tuannya sendiri.

Beberapa tahun kemudian..
Adipura sudah mempunyai seorang isteri dan dua orang cahaya mata. Salah seorang daripadanya bernama Arjuna. Adipura juga sudah menjadi seorang raja kerana membahasakan dirinya sebagai 'beta' dan mempunyai sekumpulan hulubalang (entah bagaimana dia boleh menjadi raja, tak pula diceritakan).  Gaya percakapannya memang melambangkan sifat keperwiraan yang tersemat dalam dirinya. Ilmunya pasti bukan calang-calang. Kalau tidak, masakan dia menjadi murid kesayangan Pendita Dzulkarnain.

Pada satu hari Adipura diserang oleh pengikut Grakus iaitu Lang Kajai dan Nading. Tujuan mereka tidak lain hanya untuk merampas pedang dan permata kepunyaan Adipura. Sebelum diserang, Adipura dan isterinya sempat menyerahkan Permata Wilis dan kedua-dua anaknya kepada Cintasari (adik ipar Adipura) untuk diselamatkan. Maka Adipura pun bertarung dengan kedua-dua pengikut Grakus. Sedang sibuk bertarung, isteri Adipura cuba masuk campur menyebabkan dia dibunuh. Adipura terlalu sedih dengan kematian isterinya lalu membunuh diri dengan serta merta menggunakan pedangnya. Saya dan adik saling berpandangan. Saya tepuk dahi. Memang babak ini yang kami tunggu, bukti kehebatan Adipura. Dia memang pendekar sakti. Kami takkan lupa babak ni.

Sekarang Arjuna dah besar. Dia berlatih bertarung pada waktu malam sambil tubuhnya berbungkus dengan kain. Mungkin dia kesejukan. Bapanya (bapa angkat) memerhati sambil mengangguk puas hati.

Bingka: Tak puas hati.

Friday, May 7, 2010

Kawan dia kata dia memang laju

Kereta dipandu laju...zooomm. Mata fokus memandang ke depan. Jalan sibuk dengan kenderaan. Tak kira, nak laju juga. Nak tunjuk aku hebat. Mesti ramai yang kagum. Sedang laju tu, ada lori di depan. Aahh..menghalang laluan, menyekat pandangan. Terus masuk ke laluan bertentangan untuk memotong. Tiba-tiba mata masing-masing terbeliak. Ada sebuah kereta dari arah depan. Lampu dipasang tanda marah. Hon dibunyikan kuat. Zuppp...berselisih. Nasib baik sempat masuk ke lorong kiri semula, kembali ke belakang lori tadi. Fuhh..lega. Lalu kereta, lori, jalan raya...semuanya disalahkan.

Woi, kamu nak bunuh kami ke?

Ada manusia tu, pandu kereta macam orang gila. Saya duduk di sebelah. Dua orang lagi sahabat duduk di belakang. Bukan saya tak biasa naik kereta yang dipandu laju. Selalu. Tapi takde la macam ni. Laju tak bertempat, laju tapi tak cekap. Nyawa bagai telur di hujung tanduk. Kaki dah macam apa dah, kejap-kejap rapat menekan ke bawah, macam nak tekan brek kecemasan. Nasib takde brek je. Kalau tak memang dah berhenti kereta tu.

Teringat saat baru bertolak tadi, sahabat di belakang sempat hantar sms: "Lan, saya dah hantar sms kat Mimi, suruh dia doakan keselamatan kita". Saya menoleh memandangnya di belakang. Dia sedang menadah tangan. Saya tersengih..lalu membalas sms: "Haha, baguslah tu...semoga kita selamat tiba!"

Dan akhirnya kami selamat tiba. Owh...terlalu lama rasanya perjalanan ini. 

Kalau kamu nak bunuh diri, jangan heret kami sekali..!

Bayangkan kalau betul-betul terjadi sesuatu, tajuk Harian Metro esoknya..."SMS terakhir".