Sunday, November 20, 2011

3 series

Well, well, well...I'm back! Miss my blog so much..

Saya baru habis bertugas sebagai penganjur untuk satu Expert Meeting melibatkan lebih 50 peserta dari dalam dan luar negara, anjuran bersama PBB. Sebelum acara, sibuk dengan persiapan. Semasa acara, sibuk dengan perjalanan program. Ni bukan 2-3 jam punya mesyuarat, ni mesyuarat 5 hari, 9 pagi hingga 6 petang. Ada sesi pembentangan dari kebanyakan peserta, sesi working group dan sesi forum. Huh, dia punya penat memang terasa. Sehari sebelum mesyuarat saya ditugaskan menjemput beberapa orang peserta luar negara di KLIA. Pukul 5 pagi saya dah memandu ke KLIA. Pertama kali saya tunggu orang di balai ketibaan dengan memegang signboard. Naik lenguh kaki kena berdiri selama 3 jam sebab masa ketibaan yang berbeza antara peserta. Lega semuanya dah berakhir, para peserta luar negara pun dah pulang ke negara masing-masing. 

Saya juga sempat menjadi ahli 3 series semasa acara berlangsung. Tiada apa yang istimewa pun pada 16hb yang lalu. Sibuk dengan perjalanan acara, namun sempat juga sekali sekala menyibukkan diri membalas post2 ucapan di FB (itu memang ketara..haha). Selamat tinggal 2 series..


Monday, November 7, 2011

Korban raya korban

Memang ketara saya dah lama tak menulis. Rakan blogger yang lama tak update blog pun dah ada 2-3 entri baru. Setiap hari bila duduk depan komputer saya perasan angka pada Google Reader Notifier makin bertambah. Daripada 2-3, 30, sekarang dah 300 lebih. Nak membacanya pun tak sempat. Jadi bila tiba masa nak membaca, entri yang panjang tu terpaksa la saya abaikan. Mungkin saya hanya baca tajuk dan beberapa baris ayat, atau baca penutup saja. Sebab itulah entri sebaiknya tak terlalu panjang, sampai cerita dari bangun pagi gosok gigi sampai tidur malam peluk bantal. Dan tak perlulah 1 hari sampai 10 entri, letih orang macam saya nak baca..;)



Owh, Salam Aidiladha semua. Tahun ni pertama kali saya buat korban. Nak korban seekor lembu memang tak mampu la kan, jadi saya  buat 1 bahagian je, RM 360. Ayah saya pun buat 1 bahagian, dan kongsi dengan penduduk taman yang lain. Tahun ni pertama kali juga saya tolong orang melapah daging korban. Hasilnya 'bagus!' Mula-mula tu saya tak merancang pun nak melapah sama. Saya cuma nak tengok lembu bahagian saya disembelih sambil baca niat korban. Lepas tu nak bagi sokongan moral sikit, lepas tu balik rumah sambung tidur. Bagus tak rancangan saya? Sekali ayah cuit bahu saya, suruh ambil pisau di kereta. Ada pisau lebih katanya. Ini lagi bagus punya rancangan. Seperti dipukau, saya pun mengambil pisau di kereta.


Korban tambahan


* Tahun ni banyak benda 'pertama kali'...  loike