Showing posts with label Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Jodoh. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Masa yang terbuang

Emak dan makcik sebelah sedang bersembang di tepi pagar ketika aku mengangkat Hani yang sedang merangkak di muka pintu. Sebelah tangannya dah keluar. "Eh Hani nak pergi mana ni?" Alahai si comel ni. Aku tak berdiri lama di pintu, terus aku mengelek Hani ke dalam.

Sekonyong aku melangkah, aku terdengar makcik sebelah membuka topik baru. "Si Along tu bila lagi tu? Malas aku nak dengar lagi, terus aku melayan Hani bermain. Aku yakin maksud soalan tu bukan bertanya bila aku nak mandi.. ;)

Sibuk la makcik ni. Makcik mana tahu apa yang aku lalui. Kalau ikutkan niat nak kahwin, 6-7 tahun dulu aku dah kahwin. Tapi takde jodoh dengan S. Apa dia ingat aku goyang kaki tunggu jodoh datang?

Berkawan dengan orang ni kan satu proses. Kadang-kadang masa mula perkenalan semuanya ok, tapi bila dah lama sikit berkawan mula la timbul benda-benda tak serasi ni. Mula la saling tak memahami, mula la tak menghormati dan macam-macam lagi. Bab tak menghormati ni memang aku tak suka, tapi yang paling aku menyampah sekali ialah  bila kau sentiasa ada cara untuk menyakitkan hati. Ini ibarat orang datang bawa segelas air dan beri pada kau untuk menghilangkan dahaga, tapi kau curah air tu ke longkang.

Bila dah berkawan rapat dengan seseorang tu, tiba-tiba banyak pula huluran salam perkenalan yang lain. Yang nak jadi matchmaker pun ramai. Terpaksa la diabaikan demi tak melukakan hati sesiapa, demi tak nak orang mengharap, demi tak nak pening kepala. Tapi bila tak lama jodoh dengan orang yang kita kawan tu, peluang-peluang yang datang sebelum tu pun dah tertutup. Kau ingat semua orang nak tunggu kau? haha..

Jadi lebih kurang macam tu la perjalanan aku. Aku boleh nak bercerita panjang lebar lagi, tapi aku malas. Aku tak menyesal berkawan dengan orang. Cuma yang aku kesalkan ialah masa yang terbuang.

Nasib baik ada Hani si penghibur hati.. ;)


Sunday, April 15, 2012

Mencari

Bila kita cari sesuatu barang di saat kita memerlukannya, selalu juga barang tu takde kan.. Kalau tak cari, ada pula. Kenapa ye? Kenapa kita tak ambil masa kita nampak ia ada? Jawapannya mudah.. kerana kita tak memerlukannya ketika itu, atau kita dah ada barang yang kita perlu. Ke mana barang yang selama ni ada, tiba-tiba tiada? Selalunya kita sendiri dah lupa di mana kita pernah melihatnya. Atau kita memang pasti letaknya di mana, cuma ia telah diambil orang. Bila dah penat mencari tanpa hasil, akhirnya kita berhenti. Sekali-sekala bila datang idea di mana barang tu mungkin berada, kita akan cari semula. Hasilnya belum pasti. Kalau ada, kita gembira. Kalau tiada.. kita cari semula, dengan harapan kali ini ia tiba-tiba ada....'plinggg'. 

Atau bagaimana? 

Kadang-kadang jodoh juga begitu..

Monday, January 9, 2012

Buatlah macam tu

Kamu nak tahu, hari tu masa nak balik kerja ada kereta halang kereta saya. Disebabkan dah memang masa untuk pulang, saya tunggu je la kejap. Malas mau tekan hon buat bising. Hon saya bukan kuat sangat pun bunyinya, silap-silap bunyi kentut kamu lagi kuat. Itu pasal saya jarang guna, paling kuat saya usap-usap je.

Dalam 15 minit kemudian barulah tuan punya kereta tu keluar. Cantik betul perangai dia. Hidupkan enjin kereta dan berlalu macam tu je.

Kak, kat dalam kereta saya ni ada satu sampul surat. Kat atasnya tertulis nombor telefon saya. Bila sekali-sekala saya menghalang kereta orang, saya akan letak atas dashboard. Akak buatlah macam tu.

Hari tu ada seorang Pak Arab call saya, dia bagitahu dia nak keluarkan kereta. Alaaa... 

Sunday, December 4, 2011

Jetman di LIMA 2011

Esok saya akan bertolak ke Langkawi untuk bertugas sepanjang LIMA 2011. Pertama kali saya nak merasa ke LIMA ni. Seronok! Sambil bekerja boleh meronda melihat segala benda. Kalau terjumpa jodoh pun apa salahnya..;)  Harap ada pertunjukan udara Jetman bersama jet pejuang.


Wow!

(macam la ada..haha)

Wednesday, March 30, 2011

Tak pergi jumpa puteri

"Ada yg single bachelor tak kat sini?" tanya pemandu pelancong perempuan. "Ada!!" jawab geng bas beramai-ramai. Saya yang duduk di kerusi agak belakang cuba menyorok sikit. Kebetulan masa tu saya sorang je lelaki Melayu bujang dalam bas tu. Memang jadi sasaran mudah.

"Kepada lelaki yang bujang tu, kalau rasa susah sangat nak bertemu jodoh, pergilah ke sana. Mungkin anda akan bertemu dengan puteri yang cantik. Tapi ada syaratnya, pergi selepas pukul 12 malam dan turun sebelum subuh..." "Haa, Lan.. pegi Lan..." terdengar suara-suara dari tempat duduk depan. Saya menyahut je dari belakang.. "Boleh..boleh..malam ni.." ;p

"Ini untuk lelaki bujang saja ye..." tambah pemandu pelancong. "Jika lelaki yang dah berkahwin pun sibuk nak pergi ke sana, silakan. Anda tidak akan berjumpa dengan puteri yang cantik, tapi anda akan berjumpa dengan puntianak yang mengilai..." Seisi bas tergelak..hehehe

Di Gunung Mat Chincang, Pulau Langkawi terdapat satu kawasan air terjun yang dinamakan Telaga Tujuh. Ia dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk daripada pecahan tujuh telaga semulajadi. Kalau kita menaiki kereta kabel, kita akan dapat melihat air terjun ni dari atas. Dipercayai kawasan air terjun Telaga Tujuh merupakan tempat tinggal makhluk halus dan tujuh telaga yang terdapat di situ merupakan tempat puteri kayangan mandi. Jika orang yang pergi ke situ bernasib baik, mereka akan dapat melihat tujuh puteri kayangan mandi-manda di situ. Tapi jika ditegur, puteri-puteri itu akan ghaib serta merta.

Malam tu saya jeling-jeling kunci kereta yang disewa..lalu tidur..haha

*Dah beberapa kali pergi Langkawi belum pernah saya ke Telaga Tujuh. Tak sempat..

Saturday, November 6, 2010

Pelik tengok pengantin berarak

Tengahari nanti saya nak pergi kenduri kahwin di Sungai Buloh. Eh, yang muda-muda ni cepat pula kahwin ye. Alhamdulillah, dah sampai jodoh kan... Minggu lepas ada kenduri kahwin juga. Saya pun pergi la ke majlis tu, mana tahu berjumpa jodoh ke...;p

Lepas Zohor pengantin lelaki pun tiba. Dia bersama 'rombongannya' mula berarak lebih kurang 20 meter dari rumah diiringi paluan kompang. Bila dah sampai depan pintu pagar rumah, mereka berhenti seketika sambil kompang terus dipalu. Pengantin perempuan dari dalam rumah pun berjalan diiringi pengapitnya dan mengambil tempat di sebelah pengantin lelaki. Kemudian mereka pun berjalan beriringan menuju ke pelamin yang tersedia di dalam rumah. Macam tu la kebiasaannya kan, mana ada pelik.

Oh ya, lupa nak bagitahu...rumah tu rumah pengantin lelaki. Majlis sebelah pengantin perempuan dah berlangsung minggu sebelumnya. Rombongan yang berarak bersama pengantin lelaki ialah keluarga pengantin perempuan. Sekarang pelik tak? ;p

Bingka: Bosannya nak pergi kenduri sorang-sorang...ish