Showing posts with label Masa. Show all posts
Showing posts with label Masa. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Masa yang terbuang

Emak dan makcik sebelah sedang bersembang di tepi pagar ketika aku mengangkat Hani yang sedang merangkak di muka pintu. Sebelah tangannya dah keluar. "Eh Hani nak pergi mana ni?" Alahai si comel ni. Aku tak berdiri lama di pintu, terus aku mengelek Hani ke dalam.

Sekonyong aku melangkah, aku terdengar makcik sebelah membuka topik baru. "Si Along tu bila lagi tu? Malas aku nak dengar lagi, terus aku melayan Hani bermain. Aku yakin maksud soalan tu bukan bertanya bila aku nak mandi.. ;)

Sibuk la makcik ni. Makcik mana tahu apa yang aku lalui. Kalau ikutkan niat nak kahwin, 6-7 tahun dulu aku dah kahwin. Tapi takde jodoh dengan S. Apa dia ingat aku goyang kaki tunggu jodoh datang?

Berkawan dengan orang ni kan satu proses. Kadang-kadang masa mula perkenalan semuanya ok, tapi bila dah lama sikit berkawan mula la timbul benda-benda tak serasi ni. Mula la saling tak memahami, mula la tak menghormati dan macam-macam lagi. Bab tak menghormati ni memang aku tak suka, tapi yang paling aku menyampah sekali ialah  bila kau sentiasa ada cara untuk menyakitkan hati. Ini ibarat orang datang bawa segelas air dan beri pada kau untuk menghilangkan dahaga, tapi kau curah air tu ke longkang.

Bila dah berkawan rapat dengan seseorang tu, tiba-tiba banyak pula huluran salam perkenalan yang lain. Yang nak jadi matchmaker pun ramai. Terpaksa la diabaikan demi tak melukakan hati sesiapa, demi tak nak orang mengharap, demi tak nak pening kepala. Tapi bila tak lama jodoh dengan orang yang kita kawan tu, peluang-peluang yang datang sebelum tu pun dah tertutup. Kau ingat semua orang nak tunggu kau? haha..

Jadi lebih kurang macam tu la perjalanan aku. Aku boleh nak bercerita panjang lebar lagi, tapi aku malas. Aku tak menyesal berkawan dengan orang. Cuma yang aku kesalkan ialah masa yang terbuang.

Nasib baik ada Hani si penghibur hati.. ;)


Saturday, April 7, 2012

Acara maghrib

Saya ada latihan futsal hari ni sempena pertandingan futsal antara kelab-kelab penyokong EPL. Belum terpilih pun, mungkin hari ni boleh tahu. Kalau tak terpilih, saya datang jadi penyokong la. Sekarang senang, buat event kat fb dan jemput sesiapa yang berkenaan. Boleh buat anggaran berapa orang yang akan datang, dan boleh juga berbincang perkara berbangkit mengenai acara yang akan diadakan tu. Minggu lepas ada dalam 20 orang juga yang datang.

Masa latihan adalah dari 6.30 petang hingga 8.30 malam. Saya difahamkan pukul 9.30 ke atas court penuh sampai 1 pagi. Saya bagi cadangan masa mulanya diawalkan atau dilewatkan sejam supaya tak menyusahkan orang nak solat. 

Bukan tak boleh nak solat bila masuk waktu maghrib, tapi acaranya bukan acara duduk-duduk atau acara baring-baring, tapi ni acara yang berpeluh. Bila nak berhenti solat, bukan boleh terus pergi surau dengan  keadaan berpeluh tu, baju pun basah. Mesti la nak kena sejukkan badan, tunggu peluh kering. Lepas tu nak mandi bersama-sama, baru boleh solat. Lepas tu nak sambung main futsal lagi? Memang tak la..

Penganjur tak nak ubah masa. Takpe la, saya berhenti la awal sikit nanti. Tak pun mula lewat sikit. Penganjur ni kawan-kawan saya juga. Saya memang akan support segala event yang diorang buat. Cuma agak kecewa la dengan pemilihan masa. 

Thursday, June 17, 2010

Datang awal sebelum penerbangan

Pulang dari kerja semalam saya tengok kedudukan decoder ASTRO atas gerobok tv sudah berubah. Ala..siapa yang alih ni? Mana pergi resit teksi bawah ni? Habis semua orang saya tanya, terutama orang yang mengemas ruang tamu. 2-3 orang ahli rumah cuba mencari kertas kecil tu. Saya pun turut sama mencari tapi tak jumpa. "Wan, nanti cari balik tau..RM80 tu"...saya mengingatkan.

Pada hari Ahad lepas saya bertolak ke Langkawi. Dari rumah saya menaiki teksi ke LCCT. Selalunya saya naik bas saja dari KL Sentral, tapi sebab bawa banyak barang, terpaksalah naik teksi. Ada 3 jemputan kenduri kahwin saya tak dapat pergi...ala ruginya. Nak buat macam mana,  bos suruh pergi hari Ahad. Dalam perjalanan ke LCCT saya bersembang dengan Pak Wahid, pemandu teksi tersebut. Pak Wahid ni jiran saya, jadi banyaklah benda yang disembangkan. Sambil berbual, sesekali mata saya melihat kuda yang berlari-lari pada meter teksi...yeehaa. Sambil kuda tu berlari, sambil tu juga jumlah tambang meningkat. Laju pula tu.  Belum sampai Langkawi dah kopak duit aku..adehh. Saya tiba di LCCT dua jam sebelum waktu berlepas. Seperti biasa, LCCT memang penuh dengan manusia. Datang la pukul berapa pun.

Masa penerbangan pada pukul 4.10 petang. Saya berdiri di depan kedai buku di balai berlepas sambil menunggu dua orang lagi rakan sekerja. Ami sampai pada pukul 3.15 petang. Kami pun ke kaunter daftar masuk. Entah macam mana, nama Ami tiada dalam sistem. Disebabkan hari Ahad, tak banyak yang boleh dilakukan. Nak telefon bahagian pentadbiran di tempat kerja, takde orang. Telefon ejen tiket pun tak berangkat. Nak periksa emel yang dihantar dari ejen tiket, tiada Wi-Fi pula. Pada pukul 3.30 petang Ira pula tiba. Kaunter dah ditutup ketika dia nak mendaftar masuk. Setelah pergi ke kaunter lain, dan disuruh pula ke dua kaunter lain, baru dia berjaya mendaftar masuk. Dengan orang yang ramai pada cuti sekolah ni, kelam kabut dibuatnya. Nasib baik berjaya, kalau tak mana nak letak barang yang banyak tu. Kalau tak bawa barang-barang tu, macam mana nak buat kerja..ish. Terdengar rungutannya mengenai Air Asia. (Aik, salah Air Asia ke?) Sepatutnya datang la lebih awal, terutama kalau bawa banyak barang. Ini tidak, setengah jam sebelum penerbangan baru nak muncul. 

Pada pukul 3.45 petang, masalah Ami masih belum selesai.  Kami terpaksa berlepas dulu ke Langkawi. Akhirnya Ami terpaksa membeli tiket lain, masa penerbangannya pada pukul 7.40 malam.

Dari bilik, saya turun ke ruang tamu.. "Wan, dah jumpa dah" "Kat mana?" "Dalam beg" "Ceh.."
Nasib baik saya tak marah-marah. Tenang gitu. Kalau tak, malu woo..

Bingka: menginap selama 2 malam di hotel yang tiada ASTRO ketika berlangsungnya Piala Dunia = bosan!