Showing posts with label Piala Dunia 2010. Show all posts
Showing posts with label Piala Dunia 2010. Show all posts

Sunday, July 18, 2010

Tangisan gembira







Bila satu-satunya pasukan yang anda sokong sejak sekian lama berjaya menjadi juara buat kali pertama, anda akan merasai kepuasan yang tak terhingga. Dan bila anda melihat ianya disambut  dengan tangisan, owh...ia lebih dari kegembiraan. Bibit air mata mula bergenang. Lantas ditahan, terlindung di sebalik sorakan. Tangisan gembira...itu tangisan kejayaan!

Bingka: It's different if you support a team that always win, or you only start supporting them after they won something.

Monday, July 12, 2010

It doesn't matter, because Spain win the World Cup!

Apabila mata terbuka, jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Dah 4 jam tidur dengan jersi away "La Furia Roja". Teringat kemeriahan awal pagi tadi sejurus Iniesta meledak gol kemenangan 4 minit sebelum perlawanan tamat. Lalu sejarah tercipta, Sepanyol memahat nama sebagai negara ke-8 yang berjaya menjulang trofi Piala Dunia selepas Brazil, Argentina, Uruguay, Jerman, England, Itali dan Perancis berjaya melakukannya sejak pertandingan ini diadakan pada 1930.

Sebelum perlawanan berlangsung, seawal 11.30 malam saya dah keluar dari rumah menuju ke kedai makan di Danau Kota. Hari ni (Isnin) dah mohon cuti takkan nak tengok kat rumah kan. Cadangnya nak ronda-ronda dulu di Bazaar Uptown yang terletak berhampiran, tapi bila sampai di situ saya tengok tempat duduk di depan skrin besar di luar kedai dah mula dipenuhi manusia. Terpaksa la saya duduk terus di meja yang kosong. Pukul 12.00 tengah malam dah tercongok kat situ. Ahh awalnya, pukul 2.30 baru perlawanan bermula. Makan Cheese Naan dulu la. Lepas makan isi masa dengan baca surat khabar sambil menjeling Shakira yang sedang membuat persembahan...waka waka. Cun la kamu ni Sha..;p


Pukul 1.00 pagi baru Dell sampai selepas berjaya menidurkan anaknya. Pukul 1.30 Lan dan Kamal pula tiba. Masa tu meja-meja di dalam dan luar kedai dah penuh dengan peminat bola sepak. Meriah betul tengok ramai-ramai ni. Tambahan pula perlawanan antara Sepanyol dan Belanda memang sengit, sampai ada 2-3 jurus kung fu yang sempat dilancarkan oleh pemain Belanda. Jurus yang dilancarkan oleh Nigel De Jong kepada Xabi Alonso adalah jurus terbaik perlawanan.


Lambat betul nak tunggu jaringan gol. Huh, nasib baik gol juga, kalau tak terpaksa tengok penalti pula. Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya menyumpah seranah manusia-manusia bodoh yang meraikan gol dengan membaling tin minuman, cawan, dan menumbangkan meja. Ada satu geng sokong Belanda tu, terbalikkan meja dan terus beredar. WTH? Sikit -sikit dah la brader. Ada dua orang 'beruk' tu siap berdiri atas meja dan menanggalkan baju lagi. Alahai...macam la kau orang Sepanyol.


Bila sampai di rumah, kebetulan abah hendak keluar ke surau. "Siapa menang?" "Sepanyol...1-0" :)


 Bingka: became single recently, but it doesn't matter because Spain win the World Cup! Yeahhh..

Thursday, July 8, 2010

Sotong popular

Dalam banyak-banyak haiwan, sotong menjadi haiwan yang paling popular dalam Piala Dunia 2010 ni. "Paul the Octopus" terkenal kerana telah meramalkan dengan betul pemenang bagi hampir semua perlawanan yang melibatkan pasukan Jerman sejak dua tahun yang lalu. Kira tukang tilik pasukan Jerman la ni. Sebelum perlawanan yang melibatkan pasukan Jerman, Paul akan diberi makanan dalam dua bekas. Satu bekas ditanda dengan bendera Jerman, manakala satu lagi bekas ditanda dengan bendera lawan yang akan dihadapi oleh pasukan Jerman. Makanan dari salah satu bekas yang dipilih oleh Paul adalah ramalan pemenangnya.

Dalam Piala Dunia 2010 ini, Paul telah meramalkan dengan tepat semua 6 keputusan perlawanan setakat ini, termasuk perlawanan dengan pasukan Sepanyol pagi tadi. Dalam kejohanan UEFA Euro 2008 yang lalu, Paul telah meneka dengan betul 5 dari 6 perlawanan yang diharungi pasukan Jerman. Satu je lagi perlawanan yang perlu diramal oleh Paul the Octopus iaitu penentuan tempat ke 3/4 antara Jerman dan Uruguay. Mari kita lihat siapa yang kena..;)


Bingka: Yeayy...Spain menang! Kali pertama masuk final..

Saturday, June 12, 2010

Wakil Malaysia di Piala Dunia

Saya baru sampai rumah. Tadi saya keluar memeriahkan suasana Piala Dunia, tengok perlawanan pertama antara Afrika Selatan dan Mexico. Kawan saya yang ajak tengok kat luar. Katanya nak tengok Javier Hernandez, pemain yang MU baru beli tu. Ala, bukan dalam kesebelasan utama pun..hehe. Keputusannya 1-1. Nasib baik Mexico dapat menyamakan kedudukan. Mereka memang berhak dapat mata dalam perlawanan ni. Tak adil kalau Afrika Selatan menang, sebab gol pertama Mexico dibatalkan kerana offside. Apa punya bengap la penjaga garisan tu. Terang-terang tak offside la brader. Takkan nak bagi kelebihan kat tuan rumah kot. 

Teringat Piala Dunia 2002 di Korea Selatan/Jepun. Terdapat beberapa keputusan kontrovesi yang dibuat oleh pengadil dan penjaga garisan dalam perlawanan yang melibatkan Korea Selatan. Pertama ketika bertemu Itali pada pusingan kedua (Korea Selatan menang 2-1). Kedua ketika mengalahkan Sepanyol pada pusingan suku akhir (Korea Selatan menang menerusi penentuan sepakan penalti). Bukan brader dari Malaysia ye yang bengap tu. Brader Malaysia jadi pengadil ke-4 untuk perlawanan ni.

Wakil Malaysia - Subkhiddin Mohd Salleh

Bingka: Ada yang demam ke?

Monday, June 7, 2010

Menjelang Piala Dunia 2010

Kelmarin saya bermain futsal semula setelah dua minggu berehat kerana kecederaan lutut. Main pun pakai knee guard, takut sakit balik. Cerita pasal cedera ni, semakin bertambah pula bilangan pemain bola sepak yang cedera menjelang sepak mula Piala Dunia pada 11 Jun nanti. Malangnya nasib mereka kan. Ye la, bukan selalu Piala Dunia ni, 4 tahun sekali. Yang mana masih muda mungkin masih berpeluang beraksi pada edisi seterusnya, tapi bagi yang berusia akhir 20-an, inilah masa terbaik untuk menyertai kejohanan berprestij ni. Lagi 4 tahun belum tentu mereka terpilih. Kalau terpilih pun, mungkin prestasi mereka tak seperti sekarang. Silap-silap negara mereka tak berjaya pun ke Piala Dunia. Lagilah malang. Antara pemain yang tak dapat bermain dalam Piala Dunia kali ni ialah John Obi Mikel, Michael Ballack dan Rio Ferdinand. Yang terbaru Didier Drogba dan Arjen Robben, tapi mungkin mereka masih ada peluang. Kita tengok saja nanti.

Bagi peminat bola sepak, anda dah bersedia ke untuk Piala Dunia? Saya tengok ramai yang dah beli jersi pasukan pilihan dan buku Piala Dunia. Pasti ramai juga yang dah hafal pasukan-pasukan dalam setiap kumpulan kan. Untuk edisi kali ni, nampaknya Kumpulan G yang terdiri daripada  pasukan Brazil, Portugal, Ivory Coast dan Korea Utara merupakan kumpulan maut. Untuk menambahkan lagi kehangatan Piala Dunia, jom sertai McDonald's FIFA World Cup Fantasy. Boleh jadi pengurus dan pilih pemain-pemain kita sendiri. Saya dah siapkan pasukan saya..:)

 Saya sokong Malaysia! 

Bercakap pasal Piala Dunia ni, apa pasukan pilihan anda? Anda kenal ke pemain pasukan yang anda sokong? Atau anda ikut orang je..haha. Untuk Piala Dunia kali ni, masa perlawanan paling awal ialah pada 7.30 malam dan paling lewat pada 2.30 pagi. Jadi buatlah pilihan nak menonton perlawanan yang mana satu. (klik untuk jadual perlawanan). Hah, anda akan pergi ke Afrika Selatan untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia? Wow..

Bingka: Viva EspaƱa!!