Tuesday, May 17, 2011

Lebih baik balik asrama, baca buku..

Kalau bersekolah di sekolah lelaki, nakalnya tak payah cerita. Memang letih nak jaga. Saya takde la nakal sangat, budak lain lagi nakal. Ada sekali tu saya balik awal dari sekolah. Ala takde la awal sangat, awal sejam je dari waktu tamat sekolah. Siapa suruh takde cikgu masa waktu pelajaran terakhir tu..;) Daripada duduk dalam kelas buat bising, main sepak raga atau bola sepak dengan bola kertas, baik saya balik asrama baca buku. Dalam kelas susah sikit nak baca buku, bising. Lepas tu ada je yang perli. Huh, nak rajin sikit pun tak boleh. Tak tahu ke SPM dah makin dekat? Kalau saya tinggal di rumah seperti kebanyakan pelajar lain, malas la juga nak balik. Tapi sebab saya tinggal di asrama yang sekangkang kera je dari sekolah, plinggg...dah sampai di dorm.

Bila dah masuk dalam dorm, masing-masing melepak la atas katil. Ada dalam 5-6 orang juga yang turut serta masa tu. Sementara nak menunggu waktu makan tengahari tiba, ada yang tidur sekejap dan ada yang duduk bersembang. Saya malas nak buang masa, lalu saya mengulangkaji buku di atas katil. Lama juga nak tunggu sampai giliran saya baca buku ni. Saya baring atas katil yang berdekatan dengan pintu dorm, baru terang sikit nak membaca. Kebetulan katil tu takde cadar, memang jadi pilihan la. Katil sendiri malas nak usik ok, cadar masih tegang.

Sedang saya tekun memahami rumus-rumus dalam buku Alam Perwira yang saya baca, tiba-tiba suasana jadi gelap. Cahaya terang hilang entah ke mana. Lantas saya menoleh ke muka pintu. Terkejut saya. Rupa-rupanya warden asrama dah tercegat depan pintu. Badannya yang besar menutupi segenap ruang pintu, membuatkan siang bertukar menjadi malam. "Kamu semua jumpa saya di sekolah sekarang!" kata warden yang juga Penolong Kanan HEM.


Di sekolah, masing-masing mendapat habuan. Piappp...Piappp...rotan panjang hinggap di punggung. Terjengket-jengket kaki menahan sakit sambil tangan menggosok punggung. Yang mana belum kena rotan tu terkekeh-kekeh menahan gelak melihat aksi kawan yang dah kena rotan. Macam nak menari pun ada..haha. Selepas selesai menerima hukuman, saya dan kawan-kawan pun pulang ke asrama dengan setiap seorang memegang buku autograph. Bermula esoknya, 2 kali sehari kena jumpa Penolong Kanan HEM, minta tandatangan buku kehadiran. Cis..

Monday, May 9, 2011

Sesal balik kerja

Pada satu petang setelah selesai bekerja, saya berjalan menjinjing topi keledar dengan langkah laju menuju ke motosikal. Ketika itu hujan mulai turun. Saya berlari anak ke tempat parkir di luar bangunan Endah Parade. Bila sampai di situ, saya terlupa di mana saya meletakkan motosikal. Tak jumpa pula bila dicari di celah deretan motosikal lain. Dengan hujan yang semakin lebat, mata terpaksa giat mencari, otak terpaksa ligat mengingat, saya jadi kelam-kabut. Lalu saya berlari patah balik ke tepi bangunan untuk berteduh. Dari situ saya meninjau seluruh kawasan parkir yang penuh dengan motosikal.

Akhirnya di dalam cuaca hujan itu, saya berdiri kaku melihat titisan hujan yang gugur dari langit, meratapi kehilangan sebuah motosikal. Sesal. Sudah 2 hari kunci tambahan (mangga) rosak, tak juga dibeli yang baru. Manusia jahat membuat onar macam makan bertih jagung. Sudah terkena baru kau sedar.

Kemaskini: Ini cerita lama. Semalam terpandang model yang sama macam motor saya yang hilang dulu. Tu yang teringat tu..:)

Thursday, May 5, 2011

Selera balik kerja

Walaupun waktu tamat kerja pada pukul 5 petang, saya biasa balik lewat, terutama kalau saya memandu kereta pada hari itu. Saja saya duduk di pejabat menyiapkan serba sedikit kerja yang ada. Nak lari daripada kesesakan trafik pun ya juga. Selepas maghrib, dalam pukul 8 baru saya balik. Ada juga 2-3 orang lain yang biasa balik lewat, tapi disebabkan tempat duduk mereka jauh dari saya, sama lah macam duduk berseorangan je dalam ruang yang penuh partition tu.

Bila memandu seorang diri pulang ke rumah, cara yang paling seronok untuk menghilangkan lelah seharian bekerja ialah dengan mendengar radio kuat-kuat, sambil mulut turut menyanyi menguji kemantapan vokal sendiri. Syok sendiri la tu. Terasa macam duduk dalam bilik karaoke bergerak...hanya diriku dan lagu. Ahh...puas!

Bila sampai di rumah, tangan ni secara automatiknya akan menyingkap tudung saji di dapur. Selalunya memang akan terus melekat di meja makan. Tapi ada ketikanya rasa takde selera pula nak makan nasi. Gerobok dan peti sejuk dibuka, mencari apa yang ada. Mana tahu ada pizza ke, chicken chop ke. Ternampak pula aiskrim yang dibeli oleh adik dalam peti sejuk. Tiba-tiba rasa berselera nak makan...nyum nyum. Terus keluarkan aiskrim dari peti sejuk. "Bone appetit!"


Bila dah masuk ke bilik, selalunya saya akan baring-baring dulu, bermalas-malasan atas tilam. Kadang-kadang sampai tertidur membawa ke dinihari. Itu la penangan kalau melalui hari yang sangat sibuk dan memenatkan. Tapi kali ni saya cuma membaca surat khabar sambil meniarap. Bayangan aiskrim masih berlegar dalam kepala.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

T__T

Tuesday, April 26, 2011

Juvana dekat di hati

Saya teruja bila dapat tahu TV3 akan menyiarkan drama bersiri Juvana. Seingat saya tak pernah rasanya drama mengenai kehidupan di sekolah juvana disiarkan. Sementelah pula saya pernah tinggal di sekolah juvana, jadi cerita Juvana ni terasa dekat dengan diri saya. Idea untuk menghasilkan drama ni amat baik, dibarisi pula oleh pelakon-pelakon yang bagus seperti Zahiril Adzim dan Bront Palarae. Tapi dalam episod pertama malam tadi, ada beberapa perkara yang saya tak puas hati;

1. Seorang gadis (anak kepada tukang masak) mengagihkan makanan di kantin sebuah sekolah juvana lelaki. Bagi saya babak ni tidak meyakinkan. Biasanya di kantin hanya ada tukang masak, warden bertugas dan beberapa pelatih yang ditugaskan membantu tugas di dapur. Tugas mengagih makanan biasanya dilakukan oleh pelatih.

2. Guru mekanikal memakai kemeja lengan panjang bertali leher di bengkel. Perlu ke?

3. Ada sungai dalam kawasan sekolah? Bestnya.. Boleh tunjuk pelan kat saya tak? Saya nak tengok macam mana kawasan tu dipagar..;) Atau adakah sungai itu di luar kawasan? Kalau di luar, boleh pula pelatih keluar dan melepak di situ. Bestnya..

Apa pun, saya menjangkakan cerita ni lebih menarik daripada Gemilang (owh...dan Arjuna!).

20 tahun saya tinggal di sekolah juvana tau. Tapi saya tinggal di kuarters kakitangan, sebab dulu ayah saya bertugas sebagai warden. Semasa kecil dulu, pelatih-pelatih juvana la jadi kawan sepermainan waktu petang ..:)

Monday, April 18, 2011

Bagi ada jiwa

Nampak kaku pulak header blog ni tanpa hidupan kan. Jadi saya letak la gambar tuan punya blog, bagi ada jiwa sikit. Mula-mula tu saya cadang nak letak gambar saya dengan kuih-muih. Tiba-tiba terdengar macam ada suara ~  "Apa ke he kamu ni?!! Nak kena kokak ke leher tu?" Terus tak jadi nak buat.

In my place..

Saturday, April 16, 2011

But you eat all

"After 3 days here, you have eaten different type of Malaysian food." "Today I want to bring you to eat Japanese food" kata pegawai saya kepada pelawat dari Jepun. "Alamak, macam mana ni?" getus hati saya. Orang Jepun itu nampaknya senang dengan apa yang didengarnya. Kereta Ford Everest terus meluncur menuju ke sebuah kompleks membeli-belah. Sampai ke tempat yang dituju, kami bertiga turun dan pemandu berlalu pergi. "There is a Sushi King restaurant here" kata pegawai saya. "Oh my god.." hati saya gelisah. Takkan nak cakap tak nak makan, kena la jaga hati tetamu. Di dalam restoran, orang Jepun tu telah memilih set menu yang sama untuk kami bertiga. Saya cuma senyum, bagi nampak macam riang.

Orang Jepun: "You use the chopstick very well."
Saya: "Owh, thank you. I just try."
Lepas kena puji tergelincir pulak sushi dari chopstick. Ceh..

***

"Actually this is my first time eating sushi"
Orang Jepun dan pegawai: "Haa..really?" (apa yang pelik sangat, aku bukan orang Jepun)
Orang Jepun: "But you eat all."
Saya: "Hee.."

Wednesday, April 13, 2011

Tolong ubah perangai

Ni yang saya tak suka ni..

Tolong jangan buat perangai buruk ni
Semasa berhenti di satu persimpangan lampu trafik, dengan selamba pemandu kereta di depan saya menurunkan cermin tingkap dan membuang 3 gumpalan tisu. Saya terus jerit "Woi!" tapi dia buat tak endah je (cermin tingkap saya tak diturunkan pun). Tolong la jangan buat perangai monyet macam ni. Besar kot sampah-sampah tu. Pernah juga saya jumpa pemandu/penumpang kenderaan yang campak botol air mineral dan tin minuman keluar dari kenderaan. Durjana betul..

Tu kereta kawan siapa tu? Tolong nasihatkan dia sikit. Apa salahnya simpan sekejap sampah tu dalam kereta. Bila dah sampai ke tempat yang dituju, buang la dalam tong sampah. Susah ke?