Showing posts with label Warden. Show all posts
Showing posts with label Warden. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Lebih baik balik asrama, baca buku..

Kalau bersekolah di sekolah lelaki, nakalnya tak payah cerita. Memang letih nak jaga. Saya takde la nakal sangat, budak lain lagi nakal. Ada sekali tu saya balik awal dari sekolah. Ala takde la awal sangat, awal sejam je dari waktu tamat sekolah. Siapa suruh takde cikgu masa waktu pelajaran terakhir tu..;) Daripada duduk dalam kelas buat bising, main sepak raga atau bola sepak dengan bola kertas, baik saya balik asrama baca buku. Dalam kelas susah sikit nak baca buku, bising. Lepas tu ada je yang perli. Huh, nak rajin sikit pun tak boleh. Tak tahu ke SPM dah makin dekat? Kalau saya tinggal di rumah seperti kebanyakan pelajar lain, malas la juga nak balik. Tapi sebab saya tinggal di asrama yang sekangkang kera je dari sekolah, plinggg...dah sampai di dorm.

Bila dah masuk dalam dorm, masing-masing melepak la atas katil. Ada dalam 5-6 orang juga yang turut serta masa tu. Sementara nak menunggu waktu makan tengahari tiba, ada yang tidur sekejap dan ada yang duduk bersembang. Saya malas nak buang masa, lalu saya mengulangkaji buku di atas katil. Lama juga nak tunggu sampai giliran saya baca buku ni. Saya baring atas katil yang berdekatan dengan pintu dorm, baru terang sikit nak membaca. Kebetulan katil tu takde cadar, memang jadi pilihan la. Katil sendiri malas nak usik ok, cadar masih tegang.

Sedang saya tekun memahami rumus-rumus dalam buku Alam Perwira yang saya baca, tiba-tiba suasana jadi gelap. Cahaya terang hilang entah ke mana. Lantas saya menoleh ke muka pintu. Terkejut saya. Rupa-rupanya warden asrama dah tercegat depan pintu. Badannya yang besar menutupi segenap ruang pintu, membuatkan siang bertukar menjadi malam. "Kamu semua jumpa saya di sekolah sekarang!" kata warden yang juga Penolong Kanan HEM.


Di sekolah, masing-masing mendapat habuan. Piappp...Piappp...rotan panjang hinggap di punggung. Terjengket-jengket kaki menahan sakit sambil tangan menggosok punggung. Yang mana belum kena rotan tu terkekeh-kekeh menahan gelak melihat aksi kawan yang dah kena rotan. Macam nak menari pun ada..haha. Selepas selesai menerima hukuman, saya dan kawan-kawan pun pulang ke asrama dengan setiap seorang memegang buku autograph. Bermula esoknya, 2 kali sehari kena jumpa Penolong Kanan HEM, minta tandatangan buku kehadiran. Cis..