Kalau bersekolah di sekolah lelaki, nakalnya tak payah cerita. Memang letih nak jaga. Saya takde la nakal sangat, budak lain lagi nakal. Ada sekali tu saya balik awal dari sekolah. Ala takde la awal sangat, awal sejam je dari waktu tamat sekolah. Siapa suruh takde cikgu masa waktu pelajaran terakhir tu..;) Daripada duduk dalam kelas buat bising, main sepak raga atau bola sepak dengan bola kertas, baik saya balik asrama baca buku. Dalam kelas susah sikit nak baca buku, bising. Lepas tu ada je yang perli. Huh, nak rajin sikit pun tak boleh. Tak tahu ke SPM dah makin dekat? Kalau saya tinggal di rumah seperti kebanyakan pelajar lain, malas la juga nak balik. Tapi sebab saya tinggal di asrama yang sekangkang kera je dari sekolah, plinggg...dah sampai di dorm.
Bila dah masuk dalam dorm, masing-masing melepak la atas katil. Ada dalam 5-6 orang juga yang turut serta masa tu. Sementara nak menunggu waktu makan tengahari tiba, ada yang tidur sekejap dan ada yang duduk bersembang. Saya malas nak buang masa, lalu saya mengulangkaji buku di atas katil. Lama juga nak tunggu sampai giliran saya baca buku ni. Saya baring atas katil yang berdekatan dengan pintu dorm, baru terang sikit nak membaca. Kebetulan katil tu takde cadar, memang jadi pilihan la. Katil sendiri malas nak usik ok, cadar masih tegang.
Sedang saya tekun memahami rumus-rumus dalam buku Alam Perwira yang saya baca, tiba-tiba suasana jadi gelap. Cahaya terang hilang entah ke mana. Lantas saya menoleh ke muka pintu. Terkejut saya. Rupa-rupanya warden asrama dah tercegat depan pintu. Badannya yang besar menutupi segenap ruang pintu, membuatkan siang bertukar menjadi malam. "Kamu semua jumpa saya di sekolah sekarang!" kata warden yang juga Penolong Kanan HEM.
Di sekolah, masing-masing mendapat habuan. Piappp...Piappp...rotan panjang hinggap di punggung. Terjengket-jengket kaki menahan sakit sambil tangan menggosok punggung. Yang mana belum kena rotan tu terkekeh-kekeh menahan gelak melihat aksi kawan yang dah kena rotan. Macam nak menari pun ada..haha. Selepas selesai menerima hukuman, saya dan kawan-kawan pun pulang ke asrama dengan setiap seorang memegang buku autograph. Bermula esoknya, 2 kali sehari kena jumpa Penolong Kanan HEM, minta tandatangan buku kehadiran. Cis..

21 comments:
pernah gak kantoi,tp nsb bek ngn pgawas jer..leh gak kelentong psl berani lg, kalo warden...tdiam terus kot
haha..
pernah gak kantoi sbb mengelak prep tak kena rotan tp kena membebel warden kata sepatutnya tunjukkan contoh yg baik awk ni pengawas ke mawas huhh! kelas prep tu bising laaa
haha sinag bertukaq malam trus eh..emm alolo sian kan kena piap2..adoiii!
*siang
Ann: kalau setakat pengawas, boleh cerita lagi..;p
meowwmania: rugi tak kena rotan tau..sedap..;p
Syafawani: malam tu tak boleh tidur baring..haha
olololo..kena babap ye..cian nye die.. ^_^
shanashaida: cian kan..;) kena libas kuat plak tu. adoi.. injured sekejap
fuyooo lagenda budak setan ni hahaha
naz: haha..mana ada. kecil-kecilan je tu..;)
terkenang dulu2, pernah panjat atas syiling asrama tingkat 4 sebab ponteng...=)
PB: panjat atas syiling senang je, panjat siling yg susah..;p
panas tu atas siling..;)
yeke buku Alam Perwira ni? hmm?
NS: betul la. komik yg tengah hangat masa tu..haha
biaselah kalo duduk asrama memang selalu balik awal kalau masa terakhir takde cikgu masuk. lepas 2 lepak kat katil xde cadar.. hiks.
kan..kan.. nostalgia..huhu
Ni mesti pasal nampak rotan smalam ni... hehehhe
masa sekolah la plg best nk jd nakal sekali, nnti bila ada anak nk crite ade jalan crita yg best sikit, kalau skema, mesti anak pon mcm bosan..haha..btol x
Faizul: helo brader, aku tulis entri ni minggu lepas la wei..;p
petisuara: betul3..tapi masa tu nanti mesti cakap kat anak.."kamu jangan ikut macam mama/papa plak, takde faedahnya, baik belajar betul2"..hehe
Post a Comment