Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Sunday, January 6, 2013
Oh muridku
Sekadar berkongsi (mungkin ada yang dah baca cerita ni)...
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya
tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Air mata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan air mata yang mula bergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan air mata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.
- SEDIH :'(
Tuesday, May 17, 2011
Lebih baik balik asrama, baca buku..
Kalau bersekolah di sekolah lelaki, nakalnya tak payah cerita. Memang letih nak jaga. Saya takde la nakal sangat, budak lain lagi nakal. Ada sekali tu saya balik awal dari sekolah. Ala takde la awal sangat, awal sejam je dari waktu tamat sekolah. Siapa suruh takde cikgu masa waktu pelajaran terakhir tu..;) Daripada duduk dalam kelas buat bising, main sepak raga atau bola sepak dengan bola kertas, baik saya balik asrama baca buku. Dalam kelas susah sikit nak baca buku, bising. Lepas tu ada je yang perli. Huh, nak rajin sikit pun tak boleh. Tak tahu ke SPM dah makin dekat? Kalau saya tinggal di rumah seperti kebanyakan pelajar lain, malas la juga nak balik. Tapi sebab saya tinggal di asrama yang sekangkang kera je dari sekolah, plinggg...dah sampai di dorm.
Bila dah masuk dalam dorm, masing-masing melepak la atas katil. Ada dalam 5-6 orang juga yang turut serta masa tu. Sementara nak menunggu waktu makan tengahari tiba, ada yang tidur sekejap dan ada yang duduk bersembang. Saya malas nak buang masa, lalu saya mengulangkaji buku di atas katil. Lama juga nak tunggu sampai giliran saya baca buku ni. Saya baring atas katil yang berdekatan dengan pintu dorm, baru terang sikit nak membaca. Kebetulan katil tu takde cadar, memang jadi pilihan la. Katil sendiri malas nak usik ok, cadar masih tegang.
Sedang saya tekun memahami rumus-rumus dalam buku Alam Perwira yang saya baca, tiba-tiba suasana jadi gelap. Cahaya terang hilang entah ke mana. Lantas saya menoleh ke muka pintu. Terkejut saya. Rupa-rupanya warden asrama dah tercegat depan pintu. Badannya yang besar menutupi segenap ruang pintu, membuatkan siang bertukar menjadi malam. "Kamu semua jumpa saya di sekolah sekarang!" kata warden yang juga Penolong Kanan HEM.
Di sekolah, masing-masing mendapat habuan. Piappp...Piappp...rotan panjang hinggap di punggung. Terjengket-jengket kaki menahan sakit sambil tangan menggosok punggung. Yang mana belum kena rotan tu terkekeh-kekeh menahan gelak melihat aksi kawan yang dah kena rotan. Macam nak menari pun ada..haha. Selepas selesai menerima hukuman, saya dan kawan-kawan pun pulang ke asrama dengan setiap seorang memegang buku autograph. Bermula esoknya, 2 kali sehari kena jumpa Penolong Kanan HEM, minta tandatangan buku kehadiran. Cis..

Thursday, December 23, 2010
Malam 0-0
Dengar cerita budak-budak Tingkatan 5 dah habis peperiksaan SPM kelmarin. Hmm...mesti lega kan? Apa lagi, masa untuk melepaskan tekanan la! Jangan sampai terlibat dengan perkara yang bukan-bukan sudah. Dan jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Awak tu harapan ibu bapa tau. Jauh lagi perjalanan lepas ni.
Cepatnya masa berlalu, diam tak diam dah lebih sepuluh tahun alam persekolahan ditinggalkan. Saya teringat kembali malam terakhir semasa di asrama iaitu 'Malam 0-0'. Nama pun malam 0-0 kan, maka itulah masanya untuk 0-0 dengan semua orang. Kalau ada yang tak puas hati tu, masa tu la boleh diluahkan. Kalau ada terhutang budi tu, masa tu la nak merakamkan penghargaan. Kalau ada persoalan yang belum terjawab, masa tu la nak mendapatkan jawapan. Apa saja yang tak terkeluar dari mulut dan terbuku di hati selama tinggal bersama di asrama, maka lontarkan saja pada malam itu.
Pada malam tu semua pelajar tingkatan 5 berkumpul dalam sebuah bilik yang disinari cahaya yang samar (macam la ada pelajar junior lain, semua dah cuti). Cahaya yang samar itu disebabkan oleh lampu kalimantang yang telah dibalut dengan kertas berwarna. Biasa la kalau di asrama, aktiviti menarik macam ni lepas pukul 12 baru mula. Pada malam tu seorang demi seorang diberi peluang untuk bercakap dengan semua yang berada di situ. Tak kisah la nak cakap apa pun, nak luahkan segala perasaan, nak minta maaf, nak menyatakan kekaguman, nak mengakui kesalahan, nak sandarkan pada kenangan dan sebagainya. Nak tujukan kata-kata kepada seorang demi seorang yang berada di situ atau nak tujukan kepada semua sekaligus, terpulang (ramai yang tujukan kepada seorang demi seorang). Pendek kata, itulah ucapan terakhir..ucapan perpisahan.
Sedih betul malam tu. Cakap pun dalam mood sedih. Walaupun kadang kala diselangi dengan jenaka, tapi tetap dilalui dengan suasana sayu. Yang mendengar pun terasa hiba. Mana taknya, lepas ni dah tak jumpa lagi. Dah tak dapat nak buat macam-macam perkara bersama. Makan, mandi, belajar, bersukan waktu petang, aktiviti lewat malam, bergurau senda, bergelak ketawa... ahh..semuanya akan tinggal kenangan. Kawan-kawan lain yang berulang-alik dari rumah tak rasa perasaan ni. Rasa macam nak tinggalkan keluarga sendiri. Ye la, dari tingkatan 1 sampai 5 melalui suka duka bersama, membesar bersama (saya masa Tingkatan 2 baru masuk asrama). Sesi diakhiri dengan bersalaman, berpelukan dan bermaafan. Masa ni ada juga beberapa orang yang menangis. Memang agak terlebih emosi, tapi disebabkan malam terakhir...layankan aje. Berair juga mata saya disebabkan masuk habuk..;p
2 hari kemudian, kelihatan sekumpulan remaja lepasan SPM berjalan-jalan dan bersuka-ria di bandar. Apakah makna segala tangisan? Cehh..

Subscribe to:
Posts (Atom)