Assalamualaikum semua..
Saya baru balik dari kursus di Tasik Banding yang terletak di Lembah Belum, Perak selama 3 hari 2 malam. Ada yang pernah ke sana? Lembah Belum ni terletak kira-kira 40km daripada Gerik, Perak. (berhampiran sempadan Malaysia-Thailand). Di sana tiada isyarat telefon, memang terputus hubungan dengan dunia luar. TV dan radio pun tiada. Internet jangan harap la. Yang ada hanya alam dan manusia. Nasib baiklah 3 hari saja, kalau seminggu tak tahulah macam mana jadinya. Bila sampai di rumah pada tengah malam tadi, terus saya menonton tv (rasa macam nak tengok semua saluran), lepas tu baca surat khabar. Kemudian online..baca e-mel, lawat blog sendiri (ni yang paling rindu), jenguk Google Reader, ESPN Soccernet...ahh macam-macam la. Walaupun penat mengharungi perjalanan selama 9 jam, pukul 3 juga baru saya tidur...melepaskan rindu pada teknologi.
Di Lembah Belum terdapat banyak pulau-pulau kecil. Asalnya pulau-pulau ni adalah puncak bukit. Apabila Empangan Temenggor dibina pada tahun 1972, sebahagian kawasan Hutan Belum ditenggelami air dan banyak puncak-puncak bukit telah bertukar menjadi pulau seperti yang ada sekarang. Kami menginap di Pulau Sri Undangan, sebuah pulau yang diuruskan oleh tentera di bawah Rejimen Sempadan. Layanan oleh pihak tentera di situ memang baik. Makanan yang disediakan pun sedap-sedap. Cuma kemudahan elektrik terpaksa dicatu mengikut keperluan kerana menggunakan kuasa dari generator. Kemudahan 'plug point' pula hanya terdapat di dewan taklimat. Kena bergilir-gilir la kalau nak guna. Yang pastinya, semua kemudahan di situ akan dimajukan dari semasa ke semasa.
Di sana saya rapat dengan 4 orang lagi peserta. Banyak masa kami habiskan bersama. Bersembang, bergurau senda dan bergelak ketawa, memang seronok. Antara aktiviti yang dilakukan selama 3 hari di sana ialah menyusuri tasik melalui pulau-pulau, jungle tracking, melawat perkampungan orang asli, mandi-manda dan bermain rakit di tasik, selain taklimat dan pembentangan kumpulan. Pada pagi hari kedua, kami mendaki sebuah pulau yang mempunyai menara di puncaknya. Pemandangan matahari terbit dari atas menara tu sangat cantik.
Ini merupakan kali pertama saya ke tasik (bukan tasik di bandar macam Titiwangsa ya). Sebelum ni kalau bercuti banyak ke sungai, pantai dan pulau. Bagus juga la sekali-sekala mendekatkan diri dengan alam, melupakan kesibukan tugas di pejabat, kebisingan dan kesesakan di bandar. Tenang jiwa. Ditambah dengan dua hari lagi cuti rehat dan sehari cuti Hari Wesak. Seminggu kelibat saya tiada di pejabat..:)
12 comments:
tiap kali balik kampung..lalu area situ...ada satu tempat signboard
" Kampung Belum Baru"
hehehe.... suweet je
hehe..kat sana semua 'belum' kak..
*(baru update masukkan gambar).
gambar semua cantikk..
dtg lagi tgok gambar..tadi tajuk pun tak de
lawanya tgk gambar-gambar tu! yonna teringin sangat2 nak tengok perkampungan orang asli. nak tgk diorang punya hidup macam mana. rasa macam amazing. sebab kita yang duduk bandar ni pun tak puas hati dengan environment, diorang apatah lagi T__T
salam ziarah.
rumah bentuk segi tiga tu di dalamnya ada tandas tak?
takut nak keluar malam-malam nanti.
iyllienaz: tempat tu dah memang cantik. kalau pandai cari sudut menarik, lagi cantik la gambar..;)
(ada kawan lain yang tangkap gambar lebih cantik)
Kak Jie: tadi tertekan 'publish'..;p
terima kasih kak, singgah sampai dua kali..:)
yonna: kehidupan diorang tenang je. berkebun, menangkap ikan dan mencari kayu gaharu. diorang dapat elektrik dari tenaga solar. Ada 1 rumah tu siap ada Astro lagi, semua tu mungkin atas bantuan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia.
balqis: mana nak ada tandas, besar tu je pun rumahnya..;) sebelum tidur kasi buang air dulu la..;p
tandas ada dalam 5 meter depan tu je. tapi kalau terjaga malam cuak gak sebab pukul 2 pagi elektrik dimatikan. nasib baik tak terjaga..hehe.
selalu kalau aku balik dari perak nak ke kelantan, memang lalu tasik banding.
tak sangka ada kem kat situ.
ini cukup cantik!
kersani: ada bro.. memang cantik!
gamba second last tu aku suka...cantik view!
wow gambar penginapan dia cool gila!
SkyOne: tu masa kat atas menara, memang cantik kan..
Blithe Spirit: tapi duk dalam tu tak cool sangat la..panas..;)
thanks singgah.
Post a Comment