Kisah 1: Masa bertolak
Saya sampai di tempat berkumpul pada pukul 10.50 malam. Tiada kelibat peserta. Tiada bas. Tapi ada banyak kereta kerana di dalam dewan ada majlis sedang berlangsung. Saya tengok pada kertas yang dibawa: Sila berkumpul pada pukul 10.45 malam. Bas akan bertolak tepat jam 11.00 malam. Masa betul, tarikh betul, tempat betul. Apa cerita ni? Beg dibiarkan dulu dalam kereta. Memang tak lucu. Sedang saya berdiri di depan dewan tu, ternampak seorang pemuda duduk di hujung bangunan dengan beg yang dipikul. Terus saya mendapatkannya. Dia juga dalam situasi yang sama. Kata Acha..."Berdua lebih baik". Kami menyanyi bersama.
Kami duduk di situ, membuat andaian yang pelbagai. Kalau batal bagitahu la. Senang. Balik rumah boleh tengok final Champions League. Jam dah pukul 11.30. Kami dah berkira-kira nak balik. Tiba-tiba keluar dua orang lelaki dari dalam dewan. Urusetia kursus. "Bang, jadi tak kursus?" "Eh, nak pergi kursus eh? Masjid..masjid. Tak dapat arahan terbaru ke?" "Takde pun." "Ye ke, pergi masjid. Bas ada kat sana." Kami bergegas ke masjid yang jaraknya 200 meter dari situ. Ramai pun peserta. Bas pun ada. Nasib baik kami terjumpa urusetia, kalau tak memang kami dah balik. Bagus juga dah dapat kawan sebelum kursus bermula ni. Apa-apa hal kami berdua. Bilik pun pilih duduk sama-sama. Kebetulan 3 orang lagi kawannya turut serta dalam kursus, terus kami jadi satu klik. Kami berpelukan.
Kisah 2: Cerita seram
Pada malam pertama, setelah minum malam kami duduk-duduk di dewan makan. Bersembang dengan pemandu bas. Masing-masing bercerita. Yang menariknya, kebanyakan cerita berkisar tentang kisah seram di jabatan masing-masing. Pontianak, lembaga, hantu, bunuh diri...ahh macam-macam. Bercerita di tempat macam tu, penghayatannya memang lebih mendalam. Siapa yang mula cerita hantu ni? Cis.
Kisah 3: Mandi di tasik
Pada petang hari kedua saya dan roommate duduk di bangku menghadap ke tasik. Pemandangan waktu petang sangat cantik. Dengan matahari yang semakin terbenam, cahayanya menguning. Kami melihat ramai peserta kursus mandi-manda di tasik. Ada yang bermain rakit. Ada yang duduk di jeti. Saya teringin nak mandi tasik.
"Jom turun mandi. Bukan selalu dapat mandi tasik ni."
"Pergi la. Aku rasa malas la pulak."
"Jom aar. Dapat merasa mandi kejap pun jadi la."
"Takpe la. Aku duduk kat sini je. Kau nak mandi, mandi la."
"Ok"
Dari dalam tasik saya lihat dia asyik menangkap gambar dengan kamera DSLRnya. Nak main rakit, tapi ada pula yang main sampai jauh-jauh, ada yang siap pusing satu pulau lagi. Korang ingat korang bawak rakit tu dari KL ke? Malas nak tunggu, saya naik semula. Lagipun dah nak maghrib. Jadi la tu 20 minit, janji dapat merasa mandi tasik.
Di bilik kami yang bersegi tiga:
"Aku bukan tak nak mandi tadi. Tapi aku ada pengalaman tak sedap mandi kat tasik ni."
"Pengalaman macam mana?"
"Dulu aku pernah pergi mandi kat tasik. Tengah sedap-sedap mandi, sekali rasa kaki aku kena tarik."
"Haa...ye ke?"
"Betul...rasa ada tangan tarik kaki aku. Menggelabah aku naik. Cuak gila."
Glupp...saya pengsan.
Bingka: Tulisan berwarna hijau hanya rekaan semata-mata..;)
8 comments:
tgk gambar2 pun bole trasa tmpt ni sepi,terasing,sunyi..
kalo tny sy..sy suka jgk prgi tmpt2mcm ni..tp stay lama2..cannoooot lah
nice blog
nice story
pirst time dtg ;)
salam ziarah,
meoww~
yott: memang betul..sunyi dan terasing..
sama la, tak boleh nak stay lama2.. bosan..
meowwmania: thanks singgah ye..
woooo!! naseb baik haa naik sebelum maghrib.
:)
hehe!
kersani: nasib baik dia bagi peluang aku mandi dulu baru dia cerita..
kalau tak, terbayang2 aaa..
nanti kawan tersentuh kaki sikit aku dah menggelupur naik ke atas..hehe
berani sebab belum dengar cerita..;)
betul tu..
salam ziarah.
kalau mandi tasik terasa ada orang tarik, dia sambung cerita lagi tak kenapa kena tarik?
mana tahu ada kawan dia menarik seluar sebab dengki.
balqis: dah tanya dah.
dia kata memang konfem bukan kawan dia, sebab kawan dia jauh sikit.
Post a Comment