Bila dah bekerja ni, nak berkumpul ramai-ramai dengan sahabat-handai memang susah. Masing-masing sibuk dengan kerja. Tambah pula yang dah berkahwin, sibuk dengan keluarga. Sekali-sekala kena la rancang aktiviti bersama, baru seronok. Bulan lepas memang saya sangat sibuk dengan kerja dan aktiviti. Salah satu aktivitinya ialah perjalanan ke Bukit Fraser bersama kawan-kawan rapat saya. Penuh jadual awok tau. Aktiviti kali ni tak berjaya mengumpulkan semua ahli sebab ada dua orang yang tak dapat turut serta. Susah kalau nak tunggu semua ada kelapangan. Jadi yang mana ada, kita jalan dulu.
Pada pagi Sabtu, kami berkumpul di Hentian Rawang arah Utara dan berkonvoi ke Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Baru. Bagi yang ingin ke Bukit Fraser, pastikan petrol kenderaan diisi secukupnya sebab jarak dari pekan Kuala Kubu Baru ke puncak Bukit Fraser bukannya dekat tau, ambil masa kira-kira sejam perjalanan. Di atas bukit tu tiada stesen minyak. Laluan 10km terakhir sebelum sampai ke puncak bukit tu agak sempit. Kenderaan hanya boleh bergerak secara sehala pada satu-satu masa. Jadi terdapat kawalan lalulintas bagi tujuan keselamatan.

![]() |
| Masa ganjil ialah waktu naik...masa genap ialah waktu turun. Lu fikir la sendiri..;) |
![]() |
| Blok 404..;p |
Pada waktu petang kami keluar meronda di sekitar kawasan Bukit Fraser. Sempat la saya memanah buat kali pertama. Ada sekali tu saya panah sasaran saya, boleh pulak anak panah tu pergi ke sasaran orang sebelah. Tak sangka saya ni berbakat..;p Waktu malam kami buat barbeque. Seronok betul dapat makan beramai-ramai macam ni. Lepas makan, kami cuma bermain kad. Tempat tidur geng bujang la jadi kawasan permainan. Geng para isteri ada yang menonton movie di laptop dan ada yang melayan anak masing-masing.
![]() |
| Menunggang kuda |
![]() |
| Memanah |
Setelah lama bermain kad, dalam pukul 3 pagi kami pun tidur. Yang dah berkahwin masuk ke bilik masing-masing. Tinggal la geng bujang tidur di ruang tamu. Lama juga ambil masa nak melelapkan mata sebab banyak minum kopi sebelum tu. Bila dah terlelap, tiba-tiba kawan saya kejut "Lan..Lan.. tukar tempat Lan, ko tidur sini, biar aku tidur sana" Saya rasa pelik la pulak tiba-tiba dia nak tukar tempat. "Kenapa?" tanya saya. "Ko tidur mengadap sana (mengiring ke kanan), ko tukar sini la." Disebabkan dah jauh malam, saya malas nak bertanya banyak. Saya ikutkan saja.
Huhu..sedar-sedar dah pagi. Sarapan pada pagi itu disediakan oleh Sham dan isterinya. Kira-kira pukul 12 tengahari kami pun bertolak pulang. Dalam perjalanan turun dari Bukit Fraser saya tak banyak bercakap sebab rasa nak muntah. Menyesal minum susu coklat sebelum turun tu. Jalannya yang bengkang-bengkok menyebabkan susu tu rasa macam nak terkeluor je. Kami singgah makan tengahari di Serendah dan meneruskan perjalanan balik ke rumah masing-masing. Begitulah trip ringkas kami ke Bukit Fraser.

| Bergambar kenangan bersama 'pasangan' masing2 |
![]() |