Saya ada banyak cerita sebenarnya. Cukup untuk update blog setiap hari, cuma tak sempat nak blogging sangat sejak akhir-akhir ni. Ye la, keluar pergi kerja sebelum pukul 7, balik rumah bila hari dah malam. Mana ada mood nak tulis entri. Dah 3-4 kali rasanya saya tertidur dengan baju kerja. Penat sehh.. Dalam penat-penat tu sempat juga bangun pukul 4 pagi tengok perlawanan bolasepak..haha. Saya nak cerita pasal apa ni pun dah tak tahu sebab banyak sangat cerita. (cerita pasal saya dirisik nak?)
Ok saya nak cerita pasal Langkawi..;p Minggu lepas semasa di Langkawi kami menginap di Hotel Bayview yang terletak di pekan Kuah. Kalau duduk di Hotel Bayview ni memang senang la nak meronda di kedai-kedai, jalan kaki je. Biasa la kalau ke Langkawi ni, ramai yang suka membeli belah. Antara barangan yang popular ialah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik, minyak gamat dan beg pakaian.
|
4 bintang |
Bagus duduk di Hotel Bayview ni. Ada saluran sukan ESPN. Memang sesuai untuk kaki-kaki bola dan peminat sukan. Pemandangan dari bilik pun boleh tahan, boleh nampak orang berjemur di tepi kolam renang...oopss. Suka betul diorang berjemur tengah-tengah panas ye..
|
pemandangan dari bilik |
Satu je yang tak selesa. Tandas canggih sangat, takde hos air. Cuma ada gayung. Terpaksa cari bekas untuk dijadikan baldi. Bukankah gayung dan baldi itu saling memerlukan?
|
baldi bidan terjun |
|
tong sampah yang telah ghaib |
12 comments:
kelakar r wak lan...tp bernas jg idea tu kan..boleh diguna pakai bila xde baldi..hehehe
ehehe...
bekas apa yg dijadikan baldi tuh?
haha..kes tiba2 missing la ni eh..hik3
nana: ada gayung je, mana cukup..:)
meowwmania: barang yang hilang dalam gambar terakhir tu la..;p
syafawani: bukan missing, memang takde. sebab tanya bilik kawan2 lain pun takde hos air atau gayung..:)
keh3..agak kreatif di situ..mana cerita pasal lan dirisik pulak nie?? hehehe
hehehehe...mula2 dulu masa stay kat Legend , mmg tak de paip langsung sbb mangkuk tandas jenis yang ada air paip memancut2 bawah mangkuk.
adeihh..........terpancut air satu badan!
zirconia: dalam hotel pun kena guna ilmu survival..;p (huhu, ada beberapa org yg semangat nak jadi match maker)
Kak Jie: hehehe..susahnya. tak patut betul la diorang ni..;p
Ooo...bz ye? byk cerita ye? Gimme 5 lah.
Wakakaka...sure ke bersih basuh tong sampah tu sebelum guna? Kang kena jangkitan macam-macam kang.
eL: yeah..gimme 5
secara zahirnya nampak bersih..huhu
Post a Comment