Sejak hujung bulan Syawal hari tu, dari sehari ke sehari aku bercadang nak tulis sesuatu di sini. Tapi tak juga tulis-tulis. Di tempat kerja dah tentu sibuk. Di rumah pula aku malas nak menaip kalau anak aku masih belum tidur, sebab kalau dia nampak aku tak tidur lagi, dia pun sibuk berjaga. Kalau berjaga saja tu takpe la, ini siap kacau aktiviti aku. Tak senang nak menaip dibuatnya..hehe. Nak fikir idea lagi. Masalahnya sekarang ni dia jenis tidur lambat, lepas pukul 11 malam baru nak tidur. Jadi bila dia dah tidur tu, hari pun dah lewat malam dan aku pun dah malas nak buka laptop..haha.
Ok, aku nak cerita pendek je ni sebab anak aku dah tidur awal sikit hari ni. Saja nak melepaskan rindu nak menulis. Nak cerita pasal raya walaupun dah basi..kahkah.
Dalam kesibukan membuat persiapan Hari Raya hari tu, sempat juga aku dan isteri ke nursery beli anak pokok ceri dan beberapa pokok lain untuk hiasan di balkoni rumah. Eh yang pokok ceri tu bukan untuk balkoni rumah ye, itu untuk tanam di kampung..hehe. Entah la, aku tengok di bahagian depan halaman kat kampung aku, di tepi jalan besar tu macam kosong je, takde pokok yang rimbun yang boleh menghijaukan pemandangan dan meredupkan sikit kawasan tu. Jadi dipendekkan cerita, dengan berpakaian baju melayu dan seluar jogger pants, aku telah menanam pokok ceri tu dengan jayanya di halaman rumah kampung. Aku buat sorang2 je di waktu petang, masa sedara2 dan keluarga aku tengah beraya di rumah Mak Long yang terletak berhampiran. Berpeluh ketiak..dah la lepas maghrib tu nak pergi kenduri tahlil pula..hahaha.
Ok itu saja, cerita ceri raya ku. Harap pokok tu dapat tumbuh dengan sihat, dapat jadi tempat orang berteduh daripada panas dan mengeluarkan buah yang dapat memberi rezeki kepada makhluk Allah yang lain. Ada la juga kenangan aku setiap kali balik kampung. Lepas raya haji nanti nak balik kampung sebab ada kenduri, boleh la tengok perkembangan pokok ceri ku...hehehe
No comments:
Post a Comment