Apa itu serat?
Serat ialah bahagian pada makanan tumbuhan yang tidak dapat dihadam atau diserap oleh badan. Walaupun serat tidak boleh dihadam, ia memberi banyak kebaikan kepada tubuh kita.
Kebaikan serat:
1. Memperlahankan penyerapan gula dalam aliran darah. Oleh itu, tahap gula dalam darah akan lebih stabil.
2. Mengurangkan kolesterol LDL yang lapuk dan menggalakkan kesihatan jantung.
3. Membantu anda berasa kenyang dan mengawal selera makan.
4. Memastikan sistem pencernaan sihat dan mengelakkan sembelit.
5. Mengurangkan risiko sesetengah barah, termasuk barah payudara.
Di manakah terdapatnya serat?
- Buah-buahan
- Sayur-sayuran
- Kacang
- Bijirin
Antara makanan yang mempunyai kandungan serat tinggi (high-fiber) ialah:
- Buah pear, dengan kulit
- Buah epal, dengan kulit
- Buah strawberi
- Buah pisang
- Buah limau
- Kismis
- Gandum
- Kacang Pistachio
- Kacang Almond
- Sayur brokoli
- Jagung
- Kentang dengan kulit, dibakar
- Tomato
- Lobak
- Beras perang
- Barli
Lihat juga 6 cara untuk menambah serat dalam diet
23 comments:
sya amek supplement Alfalfa. serat terbaik utk sya :)
sayur tak sukaaa.. heheh :Dtapi itulah yg baik.. hmm..
kentang dngn kulit? mkn skli dengan kulit ke ape.. =..='
Umi Nazrah: bagus la tu, badan akan mendapat serat secukupnya :)
Ilyanie: takpe, boleh ganti dengan buah :)
CK: yup, cuba search baked potato. yummy :)
bulan puasa ni time sahur paling suka minum susu bersama oat, perot terasa selesa tak pedih sampai petang =]
tq 4 da info...yea!
meowwmania: oat pun bagus, ada serat :)
sitisaliza: u r welcome :)
huhu..iman minum susu je bln puasa kali ni on diet.
Kacang Pistachio yang paling sedap tapi mahal la. Jadi, saya tukar kacang pistachio dengan kurma..hehe
Ayu Iman: masa paling baik untuk menurunkan berat badan :)
Jejentik: Walau apa pun menu sahur, kurma tetap saya makan. Mengurangkan rasa lapar juga tu :)
nice sharing...
Sop: Thanks singgah :)
info baru..hehe :) err..dah lme tak mkan buah pear.
missha: makanan2 ni semua lebih baik daripada nasi. Makan nasi memang kenyang, tapi nasi cepat hadam. Jadi kita akan rasa cepat lapar. :)
Salam.
Oat! Oat pak! eh, oat tu..adik beradik gandum,barli la kan,ekekeeke.
Baked potato..hurmm..pernah makan seketul..mmg kenyang.. seketul pun dah cukup..nak sedap sket, buat baked potato,tmbh skit daging/ayam macam buat kebab tu kan lan..
Iya kan je,keh3.
Tinta Lana: Oat pun ok. Wah, saya tak pernah makan pun baked potato. ;)
makan makanan berserat tgi mmg elok utk mmnuhi diet ramadan..kan?hehe
perkongsian yang bagus..tq
kalau aku balik kg masa bukaka pose, mesti ada tembikai sebagai jaudah sampaingan...kira serat gak la tu kan :)
Post a Comment