Monday, July 30, 2012

Berbuka puasa

Sejak sebelum bermulanya Ramadhan, saya dah set dalam kepala bahawa saya akan cuba menjauhi aktiviti berbuka puasa secara bufet. Bagi saya makan secara bufet ni membazir dan memaksa. Kenapa membazir? Sebab dengan bayaran RM10 hingga RM20 seorang pun sudah cukup sebenarnya untuk kenyang (bergantung kepada tempat). Tak perlu nak belanja sampai RM40-50, atau lebih. Kenapa memaksa? Sebab walaupun kita dah kenyang, kita akan paksa diri untuk makan lagi sebab dah bayar mahal. Makanan pun banyak lagi yang belum rasa. Kan nafsu tu.

Baguslah kalau kita tak memaksa diri untuk makan banyak, tapi di situlah membazirnya. Bayar RM40, makan RM20 je nilainya. Kecuali la bufet tu memang betul-betul murah, dan terdapat pilihan makanan yang memuaskan. Ye la, kadang-kadang tu ada juga bufet RM20, tapi menunya ala kadar saja, dan lebih malang lagi kalau tak sedap.

Kalau makan seorang lagi senang, belanja bawah RM10 dah cukup untuk kenyang. Setakat ni saya membelanjakan tak lebih RM5 di Pasar Ramadhan. Alhamdulillah, ok je. Di waktu malam boleh menunaikan solat tarawih dengan selesa.

Hari Selasa minggu lepas saya dan kawan serumah berbuka di masjid. Saja nak merasa. Sangat meriah dan yang paling menariknya - makan dalam dulang. 1 dulang 4 orang makan. Bestnya, dah lama tak makan dalam dulang macam tu. Dulu masa kenduri kat kampung ada la. Mungkin dalam minggu ni nak pergi lagi sehari. :)

Ajakan untuk berbuka beramai-ramai dah mula kedengaran. Biasa la tu. Kalau majoriti nak makan bufet, hmm.. kena fikir panjang. :)

12 comments:

~LoVE PiNk~ said...

bagus sgt..

org lain klu g bazar paling sikit pon borong RM20..ish2..

thun ni saya lak jarangkan diri untuk g ke bazar2 berdekatan..save cost

Annisa said...

berbuka sedikit pun daa kenyang.. :)

Salam Ramadhan ^__^

Lan Bingka said...

Love Pink: RM20? banyaknya. Mungkin untuk makan ramai2.. ;)

Lan Bingka said...

Khairunnisa: kenyang minum air ;)

Tinta Lana said...

Assalammualaikum..NAL? hek3.

Urm, stkt lana menulis komen ni, alhamdulillah, berjaya TIDAK menjejakkan kaki dimana2 bazar..apatah lagi bufet.

Cukuplah skali mrasa pengalaman bufet kat s.alam dulu. Walaupn ditanggung, tpi mknnnya terlalu..sgtlah banyak. yg dlm dewannya, luar dewannya. sudahnye, pa yg aku amik pun mmg tk habis.

Kalau tau, memg bawak tupperware. lantak le org nk pikir apa. hahaha

eL said...

Setakat hari ni masih berjaya lagi tak ke pasar ramadan. Tak tau la kalau esok lusa. Siapa ajak saya makan bufet memang rugi sebab perut saya cuma dapat tampung sepinggan je. Lepas tu surrender. Berbuka kat luar ni yang buat leceh selalunya nak solat maghrib dengan aman. Surau mesti sendat sama macam perut.

Elie Lily said...

elie sampai sekarang masih suka masak di rumah compare beli juadah kat bazar. sebab kalau beli, mesti rambang mata. Nanti bazir kalau beli , tapi tak makan. hehe.

Salam Ramadhan. :)

Lan Bingka said...

Tinta Lana: Macam tu la selalunya, rasa nak makan semua.. :)

Lan Bingka said...

eL: Saya solat maghrib di Sogo hari tu, sangat penuh umat. Beratur panjang nak ambil wudhuk.

Lan Bingka said...

Elie Lily: Bagus la tu.. rajin masak, rajin bersenam ;)

CintaKhadijah said...

wah..hebat la lan! klo ck pergi bazar xde nak belanja 5hengget. hikhikhik..

Lan Bingka said...

CK: Minggu lepas, ada sekali saya belanja RM7.00.. Terlebih sudah ;)