Thursday, May 26, 2011

Kemunculan bersama Toon Army

Kira-kira 2 bulan lepas, Eric Abidal disahkan mempunyai tumor pada hatinya dan terpaksa menjalani pembedahan. Dia yang merupakan pemain kelab Barcelona dan pasukan kebangsaan Perancis dinasihatkan berehat dari bola sepak buat sementara waktu. Sejak saat itu, dia tidak tahu adakah dia akan dapat beraksi di padang lagi. Ramai pemain dan peminat bola sepak di seluruh dunia telah menghantar ucapan dan sokongan kepadanya melalui pelbagai laman web sosial dan laman web sukan.

sumber
Di Malaysia, Hooha.my telah menganjurkan Hooha Sports Fanslife Viewing Party bagi menutup tirai EPL bagi musim 2010/2011. Acara ini telah berlangsung di Restoran Piccadilly, Millenium Square, PJ pada 22 Mei 2011 dan dihadiri oleh beberapa kelab penyokong bola sepak EPL di Malaysia. Kelab penyokong yang hadir pada malam itu ialah Manchester United, Liverpool, Arsenal, Totenham Hotspur, Everton dan Newcastle United a.k.a Toon Army Malaysia.

Di samping berkumpul untuk menonton perlawanan terakhir EPL bagi musim 2010/2011, acara lain yang diadakan ialah sesi beramah mesra, kuiz, cabutan bertuah dan sudah tentunya makan. Enak-enak makanannya. Satu lagi acara istimewa pada malam itu ialah menurunkan tandatangan pada sehelai jersi Barcelona untuk diserahkan kepada Eric Abidal, supaya dia tahu peminat bola sepak di sini pun mendoakan supaya dia sihat sejahtera. Kan bagus mendoakan kesejahteraan orang, lebih-lebih lagi saudara seagama.

Penyokong MU meraikan kejuaraan liga kali ke-19...kecoh
Penyokong Spurs...orang lama
Toon Army Malaysia.. :)
satu-satunya penyokong Everton yang datang.. (orang di belakang tu nampak riang)
from Toon Army..
to Eric Abidal...
Sebenarnya pada tanggal 3 Mei yang lalu, Eric Abidal telah membuat kemunculan semula bersama kelabnya Barcelona. Dia masuk sebagai pemain gantian pada masa kecederaan, menggantikan Carles Puyol dalam perlawanan separuh akhir Champions League menentang Real Madrid. Dengan ucapan yang dihantar khas dari Malaysia ni, semoga dia akan lebih bersemangat untuk meneruskan kerjayanya dalam bola sepak. Oh ya, semoga pasukanku terus maju pada musim depan!

Tuesday, May 17, 2011

Lebih baik balik asrama, baca buku..

Kalau bersekolah di sekolah lelaki, nakalnya tak payah cerita. Memang letih nak jaga. Saya takde la nakal sangat, budak lain lagi nakal. Ada sekali tu saya balik awal dari sekolah. Ala takde la awal sangat, awal sejam je dari waktu tamat sekolah. Siapa suruh takde cikgu masa waktu pelajaran terakhir tu..;) Daripada duduk dalam kelas buat bising, main sepak raga atau bola sepak dengan bola kertas, baik saya balik asrama baca buku. Dalam kelas susah sikit nak baca buku, bising. Lepas tu ada je yang perli. Huh, nak rajin sikit pun tak boleh. Tak tahu ke SPM dah makin dekat? Kalau saya tinggal di rumah seperti kebanyakan pelajar lain, malas la juga nak balik. Tapi sebab saya tinggal di asrama yang sekangkang kera je dari sekolah, plinggg...dah sampai di dorm.

Bila dah masuk dalam dorm, masing-masing melepak la atas katil. Ada dalam 5-6 orang juga yang turut serta masa tu. Sementara nak menunggu waktu makan tengahari tiba, ada yang tidur sekejap dan ada yang duduk bersembang. Saya malas nak buang masa, lalu saya mengulangkaji buku di atas katil. Lama juga nak tunggu sampai giliran saya baca buku ni. Saya baring atas katil yang berdekatan dengan pintu dorm, baru terang sikit nak membaca. Kebetulan katil tu takde cadar, memang jadi pilihan la. Katil sendiri malas nak usik ok, cadar masih tegang.

Sedang saya tekun memahami rumus-rumus dalam buku Alam Perwira yang saya baca, tiba-tiba suasana jadi gelap. Cahaya terang hilang entah ke mana. Lantas saya menoleh ke muka pintu. Terkejut saya. Rupa-rupanya warden asrama dah tercegat depan pintu. Badannya yang besar menutupi segenap ruang pintu, membuatkan siang bertukar menjadi malam. "Kamu semua jumpa saya di sekolah sekarang!" kata warden yang juga Penolong Kanan HEM.


Di sekolah, masing-masing mendapat habuan. Piappp...Piappp...rotan panjang hinggap di punggung. Terjengket-jengket kaki menahan sakit sambil tangan menggosok punggung. Yang mana belum kena rotan tu terkekeh-kekeh menahan gelak melihat aksi kawan yang dah kena rotan. Macam nak menari pun ada..haha. Selepas selesai menerima hukuman, saya dan kawan-kawan pun pulang ke asrama dengan setiap seorang memegang buku autograph. Bermula esoknya, 2 kali sehari kena jumpa Penolong Kanan HEM, minta tandatangan buku kehadiran. Cis..

Monday, May 9, 2011

Sesal balik kerja

Pada satu petang setelah selesai bekerja, saya berjalan menjinjing topi keledar dengan langkah laju menuju ke motosikal. Ketika itu hujan mulai turun. Saya berlari anak ke tempat parkir di luar bangunan Endah Parade. Bila sampai di situ, saya terlupa di mana saya meletakkan motosikal. Tak jumpa pula bila dicari di celah deretan motosikal lain. Dengan hujan yang semakin lebat, mata terpaksa giat mencari, otak terpaksa ligat mengingat, saya jadi kelam-kabut. Lalu saya berlari patah balik ke tepi bangunan untuk berteduh. Dari situ saya meninjau seluruh kawasan parkir yang penuh dengan motosikal.

Akhirnya di dalam cuaca hujan itu, saya berdiri kaku melihat titisan hujan yang gugur dari langit, meratapi kehilangan sebuah motosikal. Sesal. Sudah 2 hari kunci tambahan (mangga) rosak, tak juga dibeli yang baru. Manusia jahat membuat onar macam makan bertih jagung. Sudah terkena baru kau sedar.

Kemaskini: Ini cerita lama. Semalam terpandang model yang sama macam motor saya yang hilang dulu. Tu yang teringat tu..:)

Thursday, May 5, 2011

Selera balik kerja

Walaupun waktu tamat kerja pada pukul 5 petang, saya biasa balik lewat, terutama kalau saya memandu kereta pada hari itu. Saja saya duduk di pejabat menyiapkan serba sedikit kerja yang ada. Nak lari daripada kesesakan trafik pun ya juga. Selepas maghrib, dalam pukul 8 baru saya balik. Ada juga 2-3 orang lain yang biasa balik lewat, tapi disebabkan tempat duduk mereka jauh dari saya, sama lah macam duduk berseorangan je dalam ruang yang penuh partition tu.

Bila memandu seorang diri pulang ke rumah, cara yang paling seronok untuk menghilangkan lelah seharian bekerja ialah dengan mendengar radio kuat-kuat, sambil mulut turut menyanyi menguji kemantapan vokal sendiri. Syok sendiri la tu. Terasa macam duduk dalam bilik karaoke bergerak...hanya diriku dan lagu. Ahh...puas!

Bila sampai di rumah, tangan ni secara automatiknya akan menyingkap tudung saji di dapur. Selalunya memang akan terus melekat di meja makan. Tapi ada ketikanya rasa takde selera pula nak makan nasi. Gerobok dan peti sejuk dibuka, mencari apa yang ada. Mana tahu ada pizza ke, chicken chop ke. Ternampak pula aiskrim yang dibeli oleh adik dalam peti sejuk. Tiba-tiba rasa berselera nak makan...nyum nyum. Terus keluarkan aiskrim dari peti sejuk. "Bone appetit!"


Bila dah masuk ke bilik, selalunya saya akan baring-baring dulu, bermalas-malasan atas tilam. Kadang-kadang sampai tertidur membawa ke dinihari. Itu la penangan kalau melalui hari yang sangat sibuk dan memenatkan. Tapi kali ni saya cuma membaca surat khabar sambil meniarap. Bayangan aiskrim masih berlegar dalam kepala.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

T__T