Sunday, November 20, 2011

3 series

Well, well, well...I'm back! Miss my blog so much..

Saya baru habis bertugas sebagai penganjur untuk satu Expert Meeting melibatkan lebih 50 peserta dari dalam dan luar negara, anjuran bersama PBB. Sebelum acara, sibuk dengan persiapan. Semasa acara, sibuk dengan perjalanan program. Ni bukan 2-3 jam punya mesyuarat, ni mesyuarat 5 hari, 9 pagi hingga 6 petang. Ada sesi pembentangan dari kebanyakan peserta, sesi working group dan sesi forum. Huh, dia punya penat memang terasa. Sehari sebelum mesyuarat saya ditugaskan menjemput beberapa orang peserta luar negara di KLIA. Pukul 5 pagi saya dah memandu ke KLIA. Pertama kali saya tunggu orang di balai ketibaan dengan memegang signboard. Naik lenguh kaki kena berdiri selama 3 jam sebab masa ketibaan yang berbeza antara peserta. Lega semuanya dah berakhir, para peserta luar negara pun dah pulang ke negara masing-masing. 

Saya juga sempat menjadi ahli 3 series semasa acara berlangsung. Tiada apa yang istimewa pun pada 16hb yang lalu. Sibuk dengan perjalanan acara, namun sempat juga sekali sekala menyibukkan diri membalas post2 ucapan di FB (itu memang ketara..haha). Selamat tinggal 2 series..


Monday, November 7, 2011

Korban raya korban

Memang ketara saya dah lama tak menulis. Rakan blogger yang lama tak update blog pun dah ada 2-3 entri baru. Setiap hari bila duduk depan komputer saya perasan angka pada Google Reader Notifier makin bertambah. Daripada 2-3, 30, sekarang dah 300 lebih. Nak membacanya pun tak sempat. Jadi bila tiba masa nak membaca, entri yang panjang tu terpaksa la saya abaikan. Mungkin saya hanya baca tajuk dan beberapa baris ayat, atau baca penutup saja. Sebab itulah entri sebaiknya tak terlalu panjang, sampai cerita dari bangun pagi gosok gigi sampai tidur malam peluk bantal. Dan tak perlulah 1 hari sampai 10 entri, letih orang macam saya nak baca..;)



Owh, Salam Aidiladha semua. Tahun ni pertama kali saya buat korban. Nak korban seekor lembu memang tak mampu la kan, jadi saya  buat 1 bahagian je, RM 360. Ayah saya pun buat 1 bahagian, dan kongsi dengan penduduk taman yang lain. Tahun ni pertama kali juga saya tolong orang melapah daging korban. Hasilnya 'bagus!' Mula-mula tu saya tak merancang pun nak melapah sama. Saya cuma nak tengok lembu bahagian saya disembelih sambil baca niat korban. Lepas tu nak bagi sokongan moral sikit, lepas tu balik rumah sambung tidur. Bagus tak rancangan saya? Sekali ayah cuit bahu saya, suruh ambil pisau di kereta. Ada pisau lebih katanya. Ini lagi bagus punya rancangan. Seperti dipukau, saya pun mengambil pisau di kereta.


Korban tambahan


* Tahun ni banyak benda 'pertama kali'...  loike

Saturday, October 22, 2011

C.H.A.N.G.E

Kesibukan dengan kerja membataskan masa untuk saya menulis di sini. Rindu jadinya. Ada la sekali sekala saya menjenguk beberapa blog rakan blogger. Nak tinggalkan komen pun tak sempat.

Banyak yang telah berlaku dalam 3 minggu ni. Sedikit perubahan juga dalam hidup. Bagus..kisah baru, semangat baru. Sekarang saya dah tinggal di rumah sewa dengan 2 orang kawan. Dulu ambil masa 40 minit dari rumah, sekarang 5 minit je. Jadi sekarang ni takde la seawal 6.45 pagi nak kena keluar rumah. Tapi yang tak seronoknya tak dapat la bermain dengan anak buah sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja. Takpe la, lagipun sebab melayan kamu la kadang-kadang Pak Long terlambat nak keluar pergi kerja tau.

Semalam saya baru balik dari Pulau Pangkor. Ada seminar dan Hari Keluarga. Waktu malam lepas berakhir acara, kawan-kawan ajak pergi karaoke di resort tempat kami menginap. Ikut je la, duduk kat bilik lagi la bosan. Masing-masing menyanyi. Daripada hanya melihat aksi kawan-kawan berkaraoke, akhirnya saya menyanyi juga satu lagu. Pertama kali berkaraoke..haha. Dah percuma, layankan saja. Tapi sebelum tu susah juga nak pilih lagu. Banyak judul lagu, banyak nama penyanyi, pening nak pilih. Tajuk lagu macam biasa tengok, tapi lupa lagunya macam mana. Diorang ni saya tengok kejap je pilih lagu.

Setakat ni dulu untuk kali ni. Saya nak balik 'kampung'. ;p

* Minggu lepas dah pergi ke Kuala Terengganu. Esok pagi nak ke Kuala Terengganu lagi. Kerja oh kerja.

Sunday, October 2, 2011

Bagaimana kamu di sana?

Semalam petang ada 3 SMS masuk, semuanya bertanyakan pasal aktiviti menonton perlawanan bola di Danau Kota pada waktu malam. Saya jawab tak jadi. SMS terakhir saya balas semasa memandu di lebuhraya PLUS menuju ke kampung. Kereta yang dipandu sedikit laju akhirnya saya perlahankan setelah saudara di kampung memberitahu jenazah telah disemadikan. Takpe la, hari dah petang. Takkan nak tunggu lagi. Kami sampai di kampung pada pukul 7.00 malam.

Semasa datuk saudara saya membaca doa tahlil, dia berhenti beberapa kali menahan sebak. Mendengar sayu bacaan doa dalam tangisan, saya hanya tunduk memandang sejadah. Teringat peristiwa 7 bulan lepas. Saya seperti itu, berjujuran air mata di tanah perkuburan. Walau cuba ditahan sekuat mungkin, namun makin deras air jernih mengalir membasahi pipi.

Bagaimana kamu di sana kawan? Al-Fatihah..

*Republish entri lama sebab entri asal dah terdelete..

Saturday, October 1, 2011

Salim budak ganas

Salim sedang menghirup kuah mi segera ketika Amir melangkah masuk ke dalam rumah. Dengan helmet yang belum dibuka, Amir segera mengaju soalan..  "Woi Salim, kau ke yang sepak motor Nizam?"  

"Mana ada" jawab Salim.  

"Budak-budak cakap kau yang sepak."

 "Kecoh la budak-budak ni. Bangang!"  

"Betul la kau sepak?" tanya Amir ingin kepastian. Helmet dibuka dan dicampak ke tv. Oopss..(tak sengaja)

Salim menjeling kejam. 
"Padan muka, cari pasal lagi dengan aku. Silap orang la"  Salim bersuara dengan nada serius. Memang kena dengan mukanya yang ganas.

"Haha...motor pulak jadi mangsa."  

"Peduli apa aku"...kata Salim sambil mencapai rokok yang terselit di telinga. "Itu pun nasib aku sepak belah kiri, kalau sepak belah kanan memang masuk dalam longkang"

Amir geleng kepala sambil tersengih. "Pasal kes hari tu ke? Takkan tak setel lagi?" 

"Bukan, ni hal lain"...terang Salim dengan serius. Asap dihembus...Fuuuuu.. fuuuu..
"Dia tu kan bangang. Sikit hari lagi lebam bijik mata dia. Kau tengok je la nanti." Salim bersuara menahan geram.

Tiba-tiba rakan sekelas mereka, Ujang muncul di depan pintu. Dia memang selalu lepak di situ pada waktu rehat tengahari.

"Amir, mak kau datang." kata Ujang

"Aik, betul ke?" soal Amir.

Betul la.. jawab Ujang lalu melangkah masuk.

Amir bangun dan menuju ke pintu.  
"Woi Salim, mak kau la."  
"Kau ni Jang, main petik je, mak Salim la bodoh."

"Oo..ye ke. Nampak macam mak kau."  Ujang menjawab sambil tersengih.

"Haaa? Biar betik!" Salim mengintai dari sliding door.
"Alamak!!" 
Kelam kabut Salim menenyeh rokok ke dalam tin biskut kosong.
"Wei, wei, wei...kau cakap aku tengah mandi."  kata Salim dengan gelabah

"La, pergi la jumpa dulu."  cadang Amir 
Hotak kau! Bau dowh!
Salim berlari memanjat tangga ke tingkat atas.

"Hahaha.." Ujang tergelak.

Tuesday, September 27, 2011

Ilusi 3 tahun

Minggu lepas genap 3 tahun usia blog ni. Dah banyak yang saya coretkan, namun banyak lagi yang tak terkongsi. Mungkin saya simpan saja sendiri.

Lewat ini, saya banyak mencari kelainan. Cuba lari dari kebiasaan. Mungkin sementara, mungkin berterusan. Mengulang rutin ternyata membosankan. Memikirkannya apatah lagi. Jiwa-jiwa yang ramai itu sudah ada episod baru mereka. Lalu yang biasa itu jadi tawar. Sebab itu.. ye, sebab itu kena berubah. Salah satunya ialah tinggal sendiri. Tapi yang dicari belum jumpa lagi.

Saya lihat jumlah follower makin bertambah. Saya gelak sendiri...kahkahkah...ini ilusi.

*ramai teman yang berkonvo minggu ni. Tahniah!

Wednesday, September 21, 2011

Drift di Desa Waterpark

Dalam perjalanan ke PJ tempoh hari, saya memandu dalam keadaan hujan gerimis. Memandu melalui Lebuhraya KL-Seremban menghala ke KL, saya bagi isyarat ke kiri berhampiran Desa Waterpark untuk masuk ke Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghala ke Lebuhraya Persekutuan. Setelah rapat ke kiri, saya perasan dari cermin pandang belakang, ada sebuah kereta yang dipandu dengan laju menghampiri kereta saya. Saya terus rapat ke lorong kiri dan dia memotong di lorong kanan, memasuki selekoh yang sama dengan saya.

Tak sampai 5 saat kemudian, bahagian kiri kereta itu melanggar tembok di depan Desa Waterpark dan berpusing akibat jalan yang licin. "Jahanam"..itu yang terkeluar dari mulut saya sambil kaki laju menekan pedal brek. Bila dah brek mengejut, tayar kereta saya menggelungsur ke kiri dan ke kanan macam tengah buat drift. Cepat-cepat saya kawal stereng dan mengelak kereta tu. Fuhh, nasib baik sempat saya mengelak ke kanan.


Tak guna! Kau punya pasal, nyaris aku terlibat sama. Saya tak berhenti sebab saya yakin pemandunya selamat. Cuma bumper kereta je tercabut. Tu la, lain kali jangan nak menunjuk sangat. Semasa saya jeling cermin pandang belakang, saya lihat ada kereta berhenti.

Kalau tak, tak sampai..