Showing posts with label IPTA. Show all posts
Showing posts with label IPTA. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

Salim budak ganas

Salim sedang menghirup kuah mi segera ketika Amir melangkah masuk ke dalam rumah. Dengan helmet yang belum dibuka, Amir segera mengaju soalan..  "Woi Salim, kau ke yang sepak motor Nizam?"  

"Mana ada" jawab Salim.  

"Budak-budak cakap kau yang sepak."

 "Kecoh la budak-budak ni. Bangang!"  

"Betul la kau sepak?" tanya Amir ingin kepastian. Helmet dibuka dan dicampak ke tv. Oopss..(tak sengaja)

Salim menjeling kejam. 
"Padan muka, cari pasal lagi dengan aku. Silap orang la"  Salim bersuara dengan nada serius. Memang kena dengan mukanya yang ganas.

"Haha...motor pulak jadi mangsa."  

"Peduli apa aku"...kata Salim sambil mencapai rokok yang terselit di telinga. "Itu pun nasib aku sepak belah kiri, kalau sepak belah kanan memang masuk dalam longkang"

Amir geleng kepala sambil tersengih. "Pasal kes hari tu ke? Takkan tak setel lagi?" 

"Bukan, ni hal lain"...terang Salim dengan serius. Asap dihembus...Fuuuuu.. fuuuu..
"Dia tu kan bangang. Sikit hari lagi lebam bijik mata dia. Kau tengok je la nanti." Salim bersuara menahan geram.

Tiba-tiba rakan sekelas mereka, Ujang muncul di depan pintu. Dia memang selalu lepak di situ pada waktu rehat tengahari.

"Amir, mak kau datang." kata Ujang

"Aik, betul ke?" soal Amir.

Betul la.. jawab Ujang lalu melangkah masuk.

Amir bangun dan menuju ke pintu.  
"Woi Salim, mak kau la."  
"Kau ni Jang, main petik je, mak Salim la bodoh."

"Oo..ye ke. Nampak macam mak kau."  Ujang menjawab sambil tersengih.

"Haaa? Biar betik!" Salim mengintai dari sliding door.
"Alamak!!" 
Kelam kabut Salim menenyeh rokok ke dalam tin biskut kosong.
"Wei, wei, wei...kau cakap aku tengah mandi."  kata Salim dengan gelabah

"La, pergi la jumpa dulu."  cadang Amir 
Hotak kau! Bau dowh!
Salim berlari memanjat tangga ke tingkat atas.

"Hahaha.." Ujang tergelak.

Tuesday, July 6, 2010

UNIMAP dah ada kampus sendiri

Minggu ni minggu pelajar baru mendaftar di IPTA, termasuk adik saya yang bongsu. Saya turut mengikut orang tua saya menghantar adik ke UNIMAP, Arau, Perlis. Kami bertolak ke Perlis pada pagi Sabtu lepas. Dah lama rasanya tak memandu ke Utara. Seronok dapat menikmati kembali pemandangan bukit-bukau Banjaran Titiwangsa sepanjang melalui lebuhraya. Bila dah sampai ke utara lagilah seronok dapat memandu di tepi sawah padi yang terbentang luas. Owh saya sangat suka pemandangan begini...rumah di tepi sawah padi, dilatari pula oleh bukit di belakangnya...sungguh mendamaikan. Teringat kenangan semasa tinggal dan belajar di utara dulu. Setelah 7 jam perjalanan, pada pukul 2.30 petang kami tiba di hotel yang telah ditempah berhadapan dengan Jeti Kuala Perlis. Disebabkan tiada apa yang nak dibuat, petang tu kami ke Padang Besar. Meriah betul dengan gelagat manusia membeli belah. Sempat la saya beli beberapa barang, antaranya tilam NARITA dan jersi Sepanyol. Sekarang boleh la nak beli jersi sebab ada saiz. Dulu semua free size. Macam mana nak beli, semuanya besar-besar. Belum puas meronda ayah saya dah ajak balik. Ala, nak balik dah ke? Ishh...

Pagi esoknya kami menghantar adik mendaftar di UNIMAP. Ini merupakan sesi pertama pelajar UNIMAP dapat belajar di kampus sendiri, walaupun masih belum siap sepenuhnya. Saya lihat kerja-kerja pembinaan berjalan dengan rancak di dalam kawasan kampus di samping bangunan utama yang telah siap. Masih ada lagi premis-premis di sekitar Kangar disewa oleh pihak UNIMAP untuk dijadikan kelas dan makmal. "Bukan UNIMAP yang terletak dalam Kangar, tetapi Kangar yang terletak dalam UNIMAP", kata Naib Canselornya semasa sesi Taklimat Bersama Waris, disambut dengan deraian ketawa para ibu bapa. Setelah menghantar adik ke kolej kediaman di Wang Ulu, kami pun pulang ke hotel dan berehat. Esok paginya kami bertolak pulang ke KL. Kepada semua pelajar yang baru mendaftar di IPTA, Selamat Maju Jaya diucapkan.

 Pintu gerbang UNIMAP

Salah satu proses semasa pendaftaran. Adik saya dah berpeluh tu.

Singgah membeli serunding di Pekan Rabu

Bingka: Rindu zaman belajar