Selepas menonton Final Raja Lawak 4 semalam, bolehlah disimpulkan bahawa Final Raja Lawak musim ini memang yang paling membosankan. Itulah telahan saya apabila kumpulan Mamu tersingkir pada minggu ke-9 yang lalu. Memang membuang masa. Yang datang ke dewan MBSA lagilah kesian. Tak berbaloi.
Sesungguhnya tiada apa yang istimewa pada Idlan, Alex dan Kumpulan Kechik. Walau bagaimanapun, Alex dan Kechik wajar dipuji sebab walaupun tak kelakar sangat, sekurang-kurangnya mereka mencuba sedaya upaya. Jauh berbeza dengan persembahan Idlan yang amat mengecewakan. Macam tak buat persediaan langsung. Gaya persembahannya dari minggu pertama sampai ke final tak berubah. Kalau dah masuk final tu ubah la sikit kawan. Nak suruh penonton muntah ke? Alih-alih yang keluar dari mulut dia .."Nak cakap apa lagi ni.... Johan, Zizan mai la sini...abah dah tak boleh blah ni". Persembahan keduanya juga tiada apa yang istimewa, sampai juri-juri secara spontan naik ke pentas dan menari bersama mungkin kerana dah terlalu bosan.
Lepas menonton persembahan Idlan yang sambil lewa tu, memang saya berharap dia tak menang. Tak adil rasanya kalau dia menang. Bagilah kat Alex atau Kechik yang lebih bersungguh-sungguh nak menang. Akhirnya Kechik diumumkan sebagai juara. Bagi saya kemenangan Kechik bukan kerana mereka yang paling lawak, tapi kerana kesungguhan mereka untuk membuat persembahan yang terbaik. The Tribe Has Spoken...
Bingka: majoriti perserta Raja Lawak musim ni tak best