Wah, nampaknya semua orang ada rancangan untuk cuti Tahun Baru Cina ni. Masa cuti ni lah nak habiskan masa dengan keluarga atau sahabat kan. Masa lain semua sibuk dengan kerja. Ramai kawan-kawan saya yang menggunakan kesempatan ni untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi saya yang memang tinggal dengan keluarga di KL, macam ni je la keadaannya. Sama macam hari lain.
Sebenarnya saya bukan dalam mood nak bercuti pun. Sebab tu takde mohon cuti tambahan. Cukup la tu 4 hari cuti. Nak buat apa sangat cuti lama-lama. Tapi hari Sabtu saya akan pulang juga ke kampung untuk meraikan chenta sepupu saya. Hari Sabtu kenduri di sebelah perempuan. Hari Ahad baru kenduri di rumah sepupu saya. Lepas tu terus pulang ke KL dan sambung bekerja pada hari Isnin.
Semalam 2 orang kawan yang dah mempunyai anak mengajak saya berjalan-jalan di Zoo Negara bersama keluarga mereka. Ada persembahan tarian singa katanya. Bukan persembahan oleh manusia, tapi persembahan oleh singa. Bayangkan je la..:) Saya kata saya tak dapat ikut sebab ada kerja sikit.
Pagi tadi seawal 7.30 saya dah keluar memandu kereta. Bosan la cuti-cuti duduk kat rumah je. Sudahnya menonton drama Jepun je la tak habis-habis..;p Bila memandu di jalan raya yang hampir kosong tanpa kenderaan, ditemani lagu menyentuh jiwa...fikiran pun terasa kosong melayan perasaan menuju ke destinasi. Terkenang memori lama dengan seseorang, terkenang masa gembira dengan kawan-kawan...hmm terkenang macam-macam la. Memang kita patut menghargai semua yang datang dalam hidup kita ni, betul tak? Kerana semuanya bersebab. Apapun, selamat bercuti saya ucapkan.
So here I am, alone in my office...