Tak terkejar rasanya bila kawan-kawan blogger yang saya ikuti kerap mengemaskini blog mereka dengan entri baru. Saya pula semakin tiada masa untuk berblogging macam dulu. Bila buka je Feedly (sedih Google Reader dah takde), tengok unread articles dan beratus-ratus. Terpaksa pilih entri mengikut tajuk yang dirasakan menarik. Tak larat nak baca semua. Bila tengok tarikh entri, ada yang dah diterbitkan 2-3-4 minggu lepas, nak komen pun macam tak best sebab dah ketinggalan. Orang dah cerita pasal benda lain dah wei, kau baru sibuk nak komen entri lama..hehe. Maka jadilah saya silent reader. Sekian.
2 comments:
Nana: Apa boleh buat, keadaan berubah :)
Assalamualaikum.
Aku faham perasaan tu lan.
Sebab aku pun melaluinya..smpai skrg masih melaluinya.
Berblog ni, bila makin berkembang blog ko, makin bnyk benda yang ko tak boleh kawal..especially dlm bab balas jejak, blogwalking n reply komen.
Post a Comment