Saya masih ingat dalam tahun ini saya ada mengikuti kursus Bahasa Jepun. Seronok gak belajar bahasa baru. Yang susah bab nak menulis la, susah nak ingat tulisannya. Kelas diadakan setiap Sabtu dan Ahad selama 3 minggu. Belajar asas je, tahap 1. Masa dalam tempoh belajar tu, hari-hari bertutur dalam Bahasa Jepun dengan beberapa orang kawan yang turut sama berkursus. Ayat takde la yang hebat sangat, ayat-ayat mudah yang diajar dalam kelas je. Bila ada masa lapang je tengok drama bersiri jepun. Awek pun nak awek Jepun. Mood Jepun la tu.
Tapi sekarang banyak perkataan yang dah lupa. Bila tak selalu guna macam ni la jadinya. Nak bagus memang kena duduk kat negara Jepun sana, setiap hari kena cakap. Ada kawan saya yang sedang belajar kat sana, kadang-kadang dia hantar mesej dalam Bahasa Jepun. Aduh.. garu kepala jap. Saya jawab "Sorry senpai, dah lupa la maknanya.. ;)" Dia pun translate la ke Bahasa Melayu...baru faham...hehe.
Segan gak kalau terserempak dengan sensei ni. Mau menyorok..
11 comments:
lan! cepat bukak kelas ajaqq wani pulakk :D ajaq ygmana lan ingat ja la kan ..hehe
meh dtg fkab.. ;p
saya pun study bahasa jepun dulu. sekarang satu perkataan pun dah takboleh tulis balik...lame gilaa..haha
Stacy Hanza: ye ke..sayang kan?
haa tu la..kalau dah belajar sekali alang2 terus master kn..bkn ape..nanti manatau boleh gunapakai kn. tak pun.ajar anak2 nanti.cewahhh
hehe..
Nana BamBam: preee..memang pree.. sebab main hentam je semua..haha
heheh tak minat plak bahasa jepun tapi minat bahasa German :D
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/gaban-pun-tak-sebizi-aku-haha.html
c'axoera: lagi hebat tu.. ;)
saya pun sdg gigih belajar... dgn Conan Edogawa..:D
zi wahid: haha..teruskan! ;)
Post a Comment