Setelah seminggu berada di Langkawi, banyak cerita yang saya dan rakan sekerja bawa balik sebagai kenangan. Pengalaman bertugas di LIMA 2011 buat kali pertama memang menyeronokkan. Tapi dia punya penat pun boleh tahan la. Perkara yang menarik di dalam MIEC (Mahsuri International Exhibition Centre) ialah terdapatnya pelbagai model dan replika kapal terbang, jet pejuang, helikopter, kapal laut,
misil, pelancar roket, kapal selam dan macam-macam lagi. Saya minat betul la dengan segala replika ni. Rasa nak cilok je satu.
Seingat saya di Langkawi tak hujan langsung, panas. Sunburn sikit muka. Hampir setiap hari saya menyaksikan pertunjukan udara (aerial show) di luar bangunan MIEC. Pertunjukan udara diadakan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang, setiap hari. Teruja juga menonton aksi pesawat dari jarak dekat dengan bunyinya yang bising. Selepas hari kedua dah bosan sebenarnya nak tengok pertunjukan udara sebab aksinya lebih kurang sama je, tapi disebabkan duduk dalam dewan jaga booth lagi bosan, baik saya keluar tengok pesawat dan gadis-gadis yang datang, kan lebih menarik tu.
Disebabkan sibuk dengan tugas di MIEC, tak sempat saya nak ke Awana Porto Malai, tapak bagi pameran maritim. Agak kecewa la. Kalau tak, boleh juga menjejakkan kaki ke dalam kapal-kapal tentera laut. Takpe la, lain kali. Meh saya kongsi sedikit gambar.
|
teringin nak naik |
|
stail |
|
comel |
|
Tasneem SPM sedang bertugas |
|
kenal tak? |
4 comments:
eh eh ade die :p
maCy: eh, sape? ;p
puas sgt tengok semua - show dan pameran
Kak Jie: betul tu kak, masa 1st day datang tu saya sangat teruja..hehe
Post a Comment