Saturday, March 12, 2011

Terima kasih pemandu lori

Pukul 12.30 pagi tadi, bas yang membawa kami dari Kuala Perlis tiba di perkarangan bangunan pejabat. Saya dan rakan sepejabat baru selesai mengikuti bengkel di Langkawi. Perjalanan dari Kuala Perlis ke  Kuala Lumpur mengambil masa 8 jam setengah. Kalau tak hujan, mungkin boleh sampai awal lagi. Selepas meletak barang-barang di pejabat, saya dan Adi tak terus balik sebab menemani Ana yang menunggu suaminya datang menjemput. Pukul 1.30 pagi baru suami Ana sampai. Selepas Ana balik, saya menghantar Adi ke rumahnya dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Bila dah mengharungi perjalanan yang jauh macam tu, otak memang fikir nak cepat sampai rumah je, nak berehat..nak tidur. Disebabkan dah lewat malam, lebuhraya pun lengang, lalu pedal minyak ditekan lebih kuat. Vroomm... Rumah saya jauh sikit dari pejabat, ambil masa 40 minit perjalanan. Vremm...uhuk uhuk.. vrrrrr....... Tiba-tiba enjin kereta saya mati. @#$%!

***

Saya pandang jam di tangan, dah pukul 2.30 pagi. Saya cuma berdiri di luar kereta sambil memandang lebuhraya. Kawasan sekeliling yang sebentar tadi bising dah jadi sunyi. Hanya kadang kala ada kereta yang melalui lebuhraya. Kebetulan tadi kereta saya terhenti di stesen minyak, dan kebetulan stesen minyak tu jadi tempat permulaan mat-mat motor berlumba. Disebabkan bilangan mereka yang  ramai, jadi kawasan tu memang bising dengan bunyi enjin motor dan penuh dengan asap. Kini semua pemuda harapan bangsa tu dah hilang entah ke mana, bersuka ria menggadai nyawa. Memang saya bernasib baik sebab kereta berhenti di stesen minyak. Kalau di bahu jalan, bahaya juga. Tapi saya hanya mampu memandang stesen minyak yang gelap itu. Saya syak meter minyak kereta saya rosak, dan kereta saya kehabisan minyak tanpa disedari. Perkara paling malang bila berlaku perkara malang macam tu ialah bateri handphone habis. Dan YA, bateri handphone saya habis!

***

Nombor handphone saya lawa, dalam erti kata lain senang diingat. Amat berguna jika menghadapi masalah handphone kehabisan bateri atau handphone tertinggal. Buktinya ada beberapa orang kawan yang berjaya menggunakan saya sebagai talian hayat di saat mereka tiada handphone atau handphone tak berfungsi. Nasib baik nombor handphone ayah saya pun senang diingat. Jadi dengan menggunakan handphone pemandu lori, saya menghubungi nombor ayah saya. Namun begitu, jika tuan punya handphone sedang tidur dengan nyenyaknya, nombor lawa pun tidak berguna lagi. Pilihan yang ada hanya menunggu stesen minyak dibuka. Di saat saya putus asa untuk menghubungi ayah, saya cuba pula mengingati nombor adik saya. Pemandu lori dah pandang-pandang. Dengan bantuan daya ingatan yang kuat dan nombor adik saya yang kurang berterabur, akhirnya saya berjaya menghubunginya. "Bawa minyak sekali.." itu pesan saya kepada adik.

Sebenarnya sebelum meminjam handphone pemandu lori, saya ada juga meminta bantuan daripada  2-3 orang mat motor semasa diorang tengah berkumpul tadi. Seorang je yang bagi pinjam handphone, yang lain tu  cakap takde handphone la, takde kredit la. Yang lain pulak tak ambil pot sebab masing-masing tengah sibuk nak berlumba. Hmm...takpe la. Saya call nombor ayah saya masa tu pun tak berjawab.

Lama juga nak tunggu adik saya datang. Kaki pun dah lenguh berdiri. Akhirnya dia datang membawa sebotol minyak petrol. "Beli berapa ringgit ni?"  "10 ringgit.." jawab adik saya. Memang betul jangkaan saya, minyak kereta habis. Saya sampai di rumah pada pukul 4 pagi dalam keletihan.

20 comments:

~cik shanashaida~ said...

huhuhu...cian nye kmooooo..

Lan Bingka said...

shana: huhu.. nasib badan..

Sky0ne said...

nasib baik ingat nombor...kalau tak, jahanam jugak nak menunggu stesen minyak bukak

iyllienaz said...

hmm..nasib baik lelaki..risau jugak kalau tgh2 mlm time xde org, ape2 jadi kat kereta..

Lan Bingka said...

SkyOne: kena ada juga nombor yang perlu kita ingat, berguna waktu kecemasan..

Lan Bingka said...

iyllienaz: kalau perempuan keluar malam, lebih baik berteman.. tak tahu kalau apa2 nak jadi..

zirconia said...

nasiblah kat stesen minyak ye lan..dan nasib baik gak ada yg sudi pinjamkan telefon..yg penting selamat sampai rumah alhamdulillah :D

yonna said...

aih saat2 genting mcm ni, henpon dan kredit adalah nyawa dan penyelamat haha.

alhamdulillah takde apa2 kan bro? :)

Lan Bingka said...

zirconia: memang nasib baik ada stesen minyak. ada jugak orang berhenti pegi tandas..

Lan Bingka said...

yonna: tu la, menyesal tak cas dalam bas. alhamdulillah selamat samapai..:)

+qasih nadira+ said...

susahnya macm 2~nanti betolkan meter kete k~jgn sejarah berulang lagi~ :)

sabar~

Lan Bingka said...

qasih: 2-3 hari sebelum tu saya perasan minyak kereta saya jimat betul kali ni, turun sikit je meter dia..;)

eL said...

Nasib baik la yang mengalami tu lelaki. Kalau saya, entahlah. Nak cari balai polis pun tak terfikir kot.

Seri said...

dugaan...

Lan Bingka said...

eL: sebab tu perempuan sebaik-baiknya berteman kalau keluar malam..

Lan Bingka said...

Seri: redha je la..:)

akubiomed said...

Saya pun terkena kereta minyak habis gara-gara meter mintak rosak dan kereta pula rosak kawasan selekoh memang merbahaya

Balqish said...

tak pe. incik bingka lelaki.
kalau perempuan memang bahaya, malam-malam ada masalah kereta.
risau orang ambil kesempatan je.

Lan Bingka said...

akubiomed: memang bahaya tu.. kena tawakal je la..

Lan Bingka said...

Balqish: kalau jadi kat perempuan, baik duduk diam2 dalam kereta tunggu bantuan tiba.. handphone kena pastikan sentiasa berfungsi..:)