Wah, nampaknya semua orang ada rancangan untuk cuti Tahun Baru Cina ni. Masa cuti ni lah nak habiskan masa dengan keluarga atau sahabat kan. Masa lain semua sibuk dengan kerja. Ramai kawan-kawan saya yang menggunakan kesempatan ni untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi saya yang memang tinggal dengan keluarga di KL, macam ni je la keadaannya. Sama macam hari lain.
Sebenarnya saya bukan dalam mood nak bercuti pun. Sebab tu takde mohon cuti tambahan. Cukup la tu 4 hari cuti. Nak buat apa sangat cuti lama-lama. Tapi hari Sabtu saya akan pulang juga ke kampung untuk meraikan chenta sepupu saya. Hari Sabtu kenduri di sebelah perempuan. Hari Ahad baru kenduri di rumah sepupu saya. Lepas tu terus pulang ke KL dan sambung bekerja pada hari Isnin.
Semalam 2 orang kawan yang dah mempunyai anak mengajak saya berjalan-jalan di Zoo Negara bersama keluarga mereka. Ada persembahan tarian singa katanya. Bukan persembahan oleh manusia, tapi persembahan oleh singa. Bayangkan je la..:) Saya kata saya tak dapat ikut sebab ada kerja sikit.
Pagi tadi seawal 7.30 saya dah keluar memandu kereta. Bosan la cuti-cuti duduk kat rumah je. Sudahnya menonton drama Jepun je la tak habis-habis..;p Bila memandu di jalan raya yang hampir kosong tanpa kenderaan, ditemani lagu menyentuh jiwa...fikiran pun terasa kosong melayan perasaan menuju ke destinasi. Terkenang memori lama dengan seseorang, terkenang masa gembira dengan kawan-kawan...hmm terkenang macam-macam la. Memang kita patut menghargai semua yang datang dalam hidup kita ni, betul tak? Kerana semuanya bersebab. Apapun, selamat bercuti saya ucapkan.
So here I am, alone in my office...
25 comments:
trkenang memori lama dgn seseorang?
yg lama tu kena lupakan Lan..."cipta memori baru"..:)
best cuti lama2 ni Lan..hehe
yott: yup, betul..
kalau cuti lama2 ada program best la, kalau tak gi mana2 bosan la jadinya..
cuti terlalu lama pun bosan sebab asyik buat kerja yang sama.
*kerja dapat duit. tu yang best.
incik bingka, let bygone be bygone. :)
Balqish: sekali sekala je teringat..;p
bila duk sorng2, mmg lah cmtu jdnyer..asyik terkenang n termenung jer..hehe
ok la tu..ada juga cuti..i have to work on PH..cover chinese2 yg cuti..
Ann: kena banyakkan aktiviti..hehe
iyllienaz: ala sian.. sabar ye..rajin2 keje ;p
oh cuti raya cina sy kena mengemas rumah yg dilanda banjir huhuu...
selamat bercotiiii~
meowwmania: selamat mengemas! jebon2 tu tak tolong ke?
selamat bercuti
macy nak cita jepun!
ehm, teringat dan terkenang ye lan. memang itu pun yg jadi kalau sendirian.
Seri: selamat bercuti gak..:)
maCy: entah2 cerita yang ada kat saya semua awak da tengok..;)
zirconia: ala..tak selalu pun
jarang...jarang... kata P.Ramlee..;)
selamat bcuti lan~tak sangka pulak lan suke tgk citer jepun~hehehe~
berjalan keseorangan di tengah lautan kota..
agagaagaga
qasih: baru dapat dari kawan.. bosan2 kat rumah boleh gak layan..;p
chittysarah: awak ke? berjalan tanpa arah tuju eh..;p
alahai.. rajinnye..
enjoy life la..
chunna: enjoy tetap enjoy.. tapi ada masanya duduk sorang2 lebih mendamaikan..:)
Sabar ya Lan. Jangan risau. Ko kan kacak, baik, jiwang lagi penyayang. Nanti sangkut punyalah. Doa banyak-banyak ya. :)
Jom panjat gunung/bukit.
Shahrul: haa..jiwang ke? haish..
nak panjat mana tu?
Aku suspek je jiwang. Hahaha. Aku nak naik Bukit Tabur. Ko dah pergi kan? Tunjukkanlah jalan.
Post a Comment