Saturday, December 25, 2010

I will be the 12th man

Hai semua! Apa aktiviti kalian hari ni? Mesti ramai yang pergi shopping, dan tak kurang juga yang memenuhi undangan kenduri kan? Saya pergi kenduri siang tadi. Pergi kenduri berseorangan memang menyerlahkan gaya dan keyakinan diri..;p

Masa masuk dewan tempat kenduri diadakan, kebetulan terjumpa seorang kenalan. Ha, ada pun orang yang saya kenal. Tapi sayang, dia dah nak balik.  Terpaksa la duduk makan berseorangan sambil melihat pengantin yang sedang makan di atas pentas. Oo..maknanya takde bersanding betepung tawar segala la, pengantin datang je terus naik atas pentas dan makan di meja beradab. Senang. Di depan pentas, beberapa orang penari sedang mempersembahkan tarian tradisional. Teringat video yang dikongsi seorang kawan di fb baru-baru ni, pengantin dipersembahan dengan tarian shuffle. Tak sesuai langsung.

meja yang kosong jadi pilihan..
Balik dari kenduri singgah di A&W dan beli air root beer float. Memandu sambil minum float, ahh sedap...;)

Itu saja aktiviti saya hari ni. Biasa-biasa je. Tapi esok.....

Pagi macam biasa berjoging di sekeliling tasik...(alone of course..)

Petang....can't wait!...(gile la kalau pergi sorang kan...hehe)

I will be the 12th man..

23 comments:

zirconia said...

asyik sorang je nie lan. hehe. semangat eh nak gi tengok bola malam esok?

Bulan Purnama said...

malaysia boleeehhh...heehe

Lan Bingka said...

zirconia: kadang2 sorang lebih baik..;p

Lan Bingka said...

Kasim Ahmad: yeah.. harap diorang main dgn penuh semangat..;)

Kujie said...

lamanya dah tak ke stadium - tunggu abg balik. itu aktiviti berkeluarga kita orang

anak2 buah dah hantar sms nak pinham jersey

Lan Bingka said...

Kak Jie: bestnye gi sekeluarga..;)

yott said...

yup x sabar tunggu petang ni..hrp2 kita menang Lan..

Ann said...

takut nk tgk...takut kecewa tp hrp2 menang lagi lah...

Lan Bingka said...

yott: betul tu, semoga menang di laman sendiri..:)

Lan Bingka said...

Ann: saya takut kecewa gak, tapi sokong tetap sokong!

zirconia said...

hati-hati kat sana ye lan :D

Lan Bingka said...

zirconia: baik! harap cuaca ok..;)

Anonymous said...

malaysia mmg best! ;D

Lan Bingka said...

maCy: yey!! Memang best sangat! ;p

Mohd Shahrul Hafizi said...

Tak ajak aku pun. Aku tengok kat rumah je dgn bapak aku. Hebat tul games Malaysia tadi! :)

Sorang-sorang je? Adoi. Siannya.

Lan Bingka said...

Shahrul: haha..tak cakap nak pegi..

malaysia memang layak menang!

* bak kata pujangga.. sorang lebih baik..(eh..)

eL said...

Saya kalau pergi mana-mana nampak orang pegang kamera ambik gambar makanan kat depan dia, saya mesti cakap "ni mesti blogger ni"...kekeke.

Smlm yang kena transfer takde pulak yang bernama Lan. Nama Amri ada la LOL.

Lan Bingka said...

saya tak bawa kamera pun, snap guna hpon je.. buat macam nak amik gambar pengantin, padahal fokus kat makanan..hehe

saya memang suka bersembunyi..;p
transfer ke mana? masih di kl?

zirconia said...

tahniah lan, sebab malaysia menang :D

Lan Bingka said...

zirconia: yeah! semoga hari rabu nanti pasukan malaysia terus bermain dgn cemerlang dan dinobatkan sebagai juara!

suara dah serak2..haha

zirconia said...

semangatnya sorak sampai serak2. hehe. semoga malaysia juara nanti :D

Mohd Shahrul Hafizi said...

Lain kali ajak la weh. Acecece. Sorang je tapi dalam hati ada taman. Siapa silent reader tu weh? Hehhee.

Lan Bingka said...

Shahrul: tu ditujukan kepada semua silent reader la..haha