Tak sangka minggu lepas saya berjaya menonton filem Antoo Fighter sampai habis. Dah lama cerita ni ada dalam external hard disk, tapi tak rasa nak tengok. Seperti yang dijangka memang banyak adegan yang buat saya rasa macam nak geletek diri sendiri. Awal-awal dah buat lawak yang tak faham. Poh Jee (Radhi OAG) bertarung dengan 2 orang penjahat. Sampai satu tahap yang genting, Poh Jee keluarkan poster gambar Jalaluddin Hassan yang tertulis "pilihan muktamad". Lantas kedua-kedua penjahat melarikan diri. Sekelumit rasa lucu pun takde. Banyak lagi babak yang entah apa-apa. Tengok sambil rasa tak puas hati. Paling teruk sekali, sampai tak tahu nak rasa apa. Nasib baik tengok berdua. Kalau tengok sorang memang dah lama saya menyerah kalah...haha.
Tapi nasib baik ada juga babak yang buat saya ketawa.. Babak Bel Ngasri letak buah tembikai atas kepala...dan dibaling dengan pisau oleh Pak Guntur memang kelakar...hahaha. Memang mencabar nak cari satu babak yang lucu dalam filem ni. Di samping tu, lakonan Awie, Harun Salim Bachik dan Usop Kopratasa banyak membantu menghidupkan cerita yang syok sendiri ni. Azizi Chunk memang syok sendiri. Mungkin dia gelak guling-guling layan cerita ni.
Lepas maghrib, saya dan 2 orang kawan keluar makan di kedai. Di kaca tv ada siaran langsung majlis perkahwinan. "Lan, ko tak dijemput ke?" "Tak" "Tak kan kot.." "Iye..."
17 comments:
layan movie kat rumah je ye? tak pernah tengok pun cerita tu. huuu~
btw, siapa yg tak jemput lan ke majlis kahwin tu? sibuk je nak tahu. hee~
zirconia: xde citer best la nak gi wayang..
hmm..ade la..:)
dia lupa nak jmpt kot Lan..
pandai2 je sy teka
yott: mmg dia tak nak jemput..:)
Lebih kurang macam Kapoww...tak pernah rasa nak tengok tapi bila tertengok terkutuk drama sendiri. Abih camno...
eL: kalau bawa ke luar negara, memang walu weh..
oh, lan nie kan perahsia. takkan nak cakap siapa pula kan. hehe.
zirconia: hehe..tak leh cerita kat sini
tak tgk pon Dr SMS kahwin :D
elyse: saya pun tengok sikit2 je..
tak penah tgk pon citer Antu fighter tu, tgk tajuk pon xminat huhuu..
cerita tu mmg merepek.tapi unsur memnag komedikan.sy pun tak pandai komen sgt citer pasal komedi ni.kasi genre lain mungkin boleh~sapa kawen masuk tb 2???
meowwmania: kawan saya la ni pandai2 bukak cerita tu, padahal dalam ext hdisk tu banyak lagi cerita lain..huhu
qasih: unsur komedi tak jadi. budak2 pun tak ketawa kot..
awk la kawen..;)
baiklah. tak tanya dah. hehe :D
hehehe~sejak bila saya kawen~x sampai seru lagi la~ :P
Lawak sarkas namanya.aku gelak gak scene2 tertentu
Post a Comment