Dah 4 hari Romzi menghantar anaknya Amir ke pusat asuhan kanak-kanak. Dulu senang...Amir dihantar ke rumah abangnya saja sementelah kakak iparnya seorang suri rumah sepenuh masa. Abangnya tinggal pun tidak jauh dari rumahnya, selang satu taman perumahan saja. Balik kerja, lepas ambil isterinya di stesen LRT mereka berdua singgah la mengambil Amir. Minggu lepas abangnya dah berpindah ke Johor Bahru sebab dinaikkan pangkat. Jadi terpaksalah Amir dihantar ke pusat asuhan. Mujurlah umur Amir dah 3 tahun, dah besar sikit. Takde la risau sangat. Bayarannya pun kurang sikit berbanding budak-budak lain yang lebih muda.
Petang tu Romzi pulang dari kerja tepat pukul 5.00 petang. Sementara musim tak sibuk ni baik dia pulang awal. Kalau Amir duduk di rumah abangnya tak mengapa la kalau ambil lambat sikit. Di tempat baru ni, lepas pukul 6.00 petang akan dikenakan bayaran lebih masa. Sekarang ni Romzi kena ambil Amir dulu sebelum ambil isterinya sebab pusat asuhan tu terletak berdekatan dengan pejabatnya. Hari pertama Amir dihantar ke pusat asuhan tempoh hari, pulang saja dari kerja Romzi menonong ke stesen LRT seperti biasa untuk mengambil isterinya. Sampai di stesen LRT baru dia teringat pasal Amir. Dah masuk hari ke-4 ni, Romzi dah dapat biasakan diri dengan rutin baru.
"Ayah, mak mana?" tanya Amir yang berdiri di kerusi penumpang depan. "Nak amik mak la ni". Kereta menghampiri stesen LRT. Keadaan di stesen LRT waktu petang begitu memang sesak dengan manusia dan kenderaan. Amir memandang ke luar tingkap. Mata Romzi sibuk mencari kelibat isterinya. "Bodo..bangang.." tiba-tiba Amir bersuara. Terkejut Romzi. "Heyp, siapa ajar cakap macam tu ha?" sambil tangannya menampar kaki Amir. Entah apa yang dilihatnya di luar tingkap sampai terkeluar perkataan tu. Amir terkebil-kebil.
Bila ibunya masuk ke dalam kereta, dilihatnya Amir meniarap di kerusi belakang sambil menutup muka tanda merajuk.
"Ayah, mak mana?" tanya Amir yang berdiri di kerusi penumpang depan. "Nak amik mak la ni". Kereta menghampiri stesen LRT. Keadaan di stesen LRT waktu petang begitu memang sesak dengan manusia dan kenderaan. Amir memandang ke luar tingkap. Mata Romzi sibuk mencari kelibat isterinya. "Bodo..bangang.." tiba-tiba Amir bersuara. Terkejut Romzi. "Heyp, siapa ajar cakap macam tu ha?" sambil tangannya menampar kaki Amir. Entah apa yang dilihatnya di luar tingkap sampai terkeluar perkataan tu. Amir terkebil-kebil.
Bila ibunya masuk ke dalam kereta, dilihatnya Amir meniarap di kerusi belakang sambil menutup muka tanda merajuk.
32 comments:
suami saya pernah tampar mulut anak kerana menyebut perkataan tu
dalam kehidupan kita tak pernah sekali pun sebut2 keluar ayat² macam tu
tapi..bila dah besar- tengok dia update/chat dgn kawan2 kat FB dgn bahasa alien - kak jie terus tegur.
kenapa nak mulakan sesuatu yang buruk?
itulah.... kawalan ke atas anak2 tak sepenuhnya...ada pengaruh kuat di luar sana.
kak jie: zaman IT ni macam2 pengaruh ada..
Bahayanya....3tahun lebih,dah pandai guna prkataan bgitu.Tadika asuhan ni mmg byk flawnya.
budak2 ni cepat belajar..
betul tuh, budak2 mmg cpt blajar lebih2 lg perkataan yg bukan2
klu disebut je, ada gak acah2 angkat tgn nk tampar
sekadar teguran dan ugutan utk anak2 buah
usaha utk mendidik dan mengasuh hari ini mmg lebih mencabar
byk faktor luar yg mempengaruhi anak2 di luar sana
perh! 3 tahun baru tu! kazen2 yonna yang kecik2 pun dah pandai maki semua T___T
entah2 pengusaha pusat asuhan tu yg penah ckp depan amir ;-)
Suey Al zahra: tu baru 4 hari..;)
meowwmania: perkataan2 tak elok ni memang cepat ingat..
penaberkala: dari kecik memang kena asuh yg mana elok yg mana tak elok..
yonna: terkejut gak kadang2 tu kalau dengar..
paksuu: banyak kemungkinan.. mungkin juga ada budak2 lain yg tua sikit yg cakap..
budak-budak belajar dari kawan-kawan juga.saya tak suke budak yang suke mencarut.tapi macam mana lah nak elak dari anak2 berkawan kan.kene la hadapi juga kalau ada anak mcm 2~
qasih: tu la kan.. bukan dapat nak kawal setiap masa pun..
anak buah sy umur 5 thn, lelaki, pun bijak sgt brckp..mcm org ajar..kdg2 segan bwk dia jln2..nmpk jer benda2 pelik sikit kat mata dia...siaplah mulut dia tu potpetpotpet..
yott: hehe..jenis peramah tu
budak kecik cepat belajar..xkira yg bek or buruk
Ann: makin lama makin cepat diorang belajar..
salam...kalau mencarut masa kecik kena cili ngan mak...sampai sekarang susah nak mencarut
arsaili: cili memang selalu jadi pilihan ibu2 waktu dulu..hehe
macy selalu cubit ank sdare yg mulut tah pape. sume blaja dari skolah, kawan2. hum
maCy: ha, kan dah kena cubit..;p
memang budak2 cepat belajar. risau pula bila ada anak dan dah kahwin nanti.
jadi, tanggungjawab ibu bapa juga nak pastikan anak2 ada persekitaran yang baik
Affan: betul tu..:)
Si ibu mengusap kepala anaknya dengan niat memujuk, "anak mak ni kenapa? merajuk dengan ayah ya? ala, ayah tak sengaja nak pukul kaki Amir tadi. Nah, mak belikan Sundae McDonald". Amir hulurkan tangan untuk mengambil aiskrim yang ibunya belikan sambil tersenyum. "mak, ayah..Amir minta maaf dan Amir janji tak akan sebut lagi perkataan tu".
Kekeke...cair aiskrim tu sementara nak masuk kereta.
eL: Romzi berkata: "ayah memang sengaja.." ;p
dulu ank buah tia umor 3 tahon da pndai mencarot2.
blaja kt nursery,
last2 tia jentik mlot dia,
n smpai skang dye takde ckp sume tuh da :)
fobia kot?
tia: mmg geram gak kalau kecik2 macam tu dah pandai mencarut..hish
comel je budak tu...kecik lagi mmg mengikut je ape yang die dgr ye dak..sambungan ade kan?
hentakbelipat: dia ingat tu kata2 indah..:) sambungan? hmm...mungkin ada
huyo .. terikut dari budak yg lebih senior kot kat pusat asuhan tu .. budak2 zaman sekarang mmg advance dan cerdik .. pengaruh iklan kat tv pun bahaya jugak sekarang,,
L@n@: zaman akan datang lagi macam2 ada..:)
pelik budak2 sekarang cepat sangat belajar apa yang di dpn mata
naz: kita yg dah besar ni jangan bagi contoh yg bukan2 kat diorang..
Post a Comment