Wednesday, March 31, 2010

Jangan memandang rendah orang lain

Selalu tak orang memandang rendah pada anda? Bagaimana perasaan anda pada masa tu? Mesti tak puas hati kan. Sabar..sabar..

Tak dinafikan, memang ada individu yang begitu. Baru tahu sikit tentang sesuatu perkara, dah cerita dari A sampai Z pada kita...macamlah kita ni tak tahu sangat. Eeiii....tolonglah. Padahal maklumat yang diorang beritahu tu dah berzaman kita tahu. Nak berkongsi pengetahuan tu tak salah, tapi biarlah kena gayanya. Janganlah macam nak mengajar orang yang bodoh pula. Selalunya kalau saya berdepan dengan orang macam tu, saya diam je. Saja nak tengok gelagat diorang. Kelakar pun ada...haha

Hmm...ada lagi satu..Pernah tak orang suruh anda buat sesuatu perkara yang memang anda nak buat. Pehh....ini paling saya tak gemar. Dah memang kerja kita, pandailah kita menguruskannya. Nak nak yang suruh tu bukan bos kita pun. Rasa nak plaster je mulut tu. Kalau nak mengingatkan tu tak salah, tapi biarlah betul caranya. Kalau dah macam mengarah, kan tak sedap tu. Kesimpulannya di sini, janganlah memandang rendah orang lain. Kalau kita pandai, ada lagi orang yang lebih pandai daripada kita.

Bingka: Setiap orang ada kelebihan masing-masing

11 comments:

A.I said...

hahaha,
org yang macam nih mmg orang yang asyik assume dia bagos sgt!!
MENCIK jugak...


tapi wut to do kan, org lain2.. hehe

eL said...

Hoh...baru je nak tulis pasal ni sebab berlaku depan mata.

hadjie said...

Mungkin cara penyampaian dan arahan kot ynag mempengaruhi. Kalau dia pandai cerita atau mengingatkan dengan rasa kerendahan, rasanya mudah kita terima. Kalau cam bagus je, tu yang payah skit.

yonna said...

tak suka org cerita berlagak. rasa nak lempang je dia.

lagi satu tak suka org cerita pasal artis. padahal baru jumpa sekali, pergh canangnya satu dunia. annoying gila haha

Nurul Harun said...

sabar ya encik bingka. biasa la manusia. eh2, saya pun manusia juga. hehehe.

Lan Bingka said...

aisha: memang mencik..dush..dush

eL: apa perasaan masa tu?..hehe

hadjie: kemahiran berkomunikasi tu penting..apehal sampai semua benda dia nak ajar orang..macam bagus sangat

yonna: betul tu..rasa nak luku kepala tu

nurul: nasib baik awak ada..kalau tak dah lama saya hilang sabar..hehe

Cik Aan Alan said...

saya tak pnadang rendah kat dia, tapi dia mmg tak cukup ketinggian.. hehehe..

yup masing2 ada kekurangan dan kelebihan.. jadi terima seadanya diri org disekeliling kita..

an setuju, sbb an pn pnah kna.

dulu teringin nk jd Mc tapi dorng tak layan pn.. mayb pandang rendah kot...

tapi selamat cikgu nmpak bakat terpendam an.. ahahaha

Lan Bingka said...

an.nabihan: kalau tak cukup ketinggian nak buat camne kan...
terpaksalah pandang rendah..hehe

thanks sebab komen..jangan lupa singgah lagi ye

Syue Mustafa said...

Jangan nak tunjuk bagus coz ader orang lagi bagus daripada kita. Jangan nak berlagak sangat nanti menimbulkan kebencian kepada orang lain...

Balqish said...

tunjuk bagus tu x salah tp kalau nak memerintah tu agak x suka.

Anonymous said...

sy bru je mengalaminya. tp kes berbeza sikit lah.haha..lagi susah ble groupmate sendiri buat mcm tu. memang berapi la sampai perasaan pun down. orang tersebut mmg ciri2 lengkap mcm yg anda nyatakan kt atas.