Tuesday, March 23, 2010

Kenangan Kerja Pertama

Apakah kerja pertama anda? Kerja pertama saya ialah sebagai seorang kelindan lori ais. Masa tu saya baru habis SPM. Setiap hari seawal 6.30 pagi saya dah berjalan ke kilang ais yang terletak berhampiran rumah saya. Sampai di kilang, saya terus menuju ke lori saya (lori saya ke?..hehe). Ais memang dah diisi ke dalam lori oleh pekerja syif malam. Saya hidupkan enjin dan bawa lori tu ke belakang kilang. Di belakang kilang ada tangki minyak diesel. Saya akan isi minyak ke dalam lori sehingga penuh. Selesai tugasan pagi, saya tunggulah sampai pemandu tiba. 

Apabila pemandu tiba, kami pun memulakan perjalanan menghantar ais ke kedai-kedai yang melanggan ais dengan kami. Sampai je di kedai berkenaan, saya pun beraksi la, buka pintu tepi lori ais tu, angkat ais dan bawa masuk ke dalam  kedai. Ada yang suruh letak saja beg ais tu, ada pula yang suruh tuangkan terus ke dalam kotak ais mereka.  Lepas tu pergi ambil duit pada tauke kedai. Ada sekali tu saya ternampak kawan saya masa hantar ais kat pasar, menyorok dalam lori tu...haha. Nasib baik masa tu dah selesai angkat ais. Perjalanannya sama saja setiap hari, dari Serendah ke Sabak Bernam iaitu kira-kira 260 km pergi-balik.


Pada hari tertentu, setelah selesai menghantar ais, Raju (pemandu) akan singgah di kedai todi yang terletak di Batang Berjuntai. Kedainya terletak di kawasan terpencil. Dari tepi jalan memang tak nampak kedai tu. Raju akan memberhentikan lori di tepi jalan dan berjalan ke kedai tersebut melalui sebatang denai dan menghilang di sebalik belukar. Saya terpaksa menunggu Raju di dalam lori. Ada juga 2-3 kali dia ajak saya minum sekali, tapi saya menolak dengan baik. Dan ada juga 2-3 kali dia bungkuskan air todi untuk saya. "Lan, ni saya ada bungkus...baik punya" "Eh, tak nak la..air lain boleh..hehe" "Aiyo...rugi woo, takpa saya bawak balik rumah". (Kau ni memang seboleh-boleh ye). Pernah juga lori kami rosak. Terpaksa panggil geng yang lain, tolong tunda sampai ke bengkel. Hmm..itulah pengalaman kerja pertama saya. Seronok juga. Bila terpandang lori Atlas, mesti teringat kenangan semasa bekerja di kilang ais tu.


Bingka: sekarang dah kerja tetap...

6 comments:

julietchun said...

kenangan yg tentunya sukar dilupakan

Lan Bingka said...

julietchun: yup, betul..;p

eL said...

Wahhh...tersenyum-senyum saya baca cerita Lan ni. Saya terfikir apa tau, mesti orang kerja dengan air batu ni susah nak marah kan sebab disekelilingnya sejuk je.

Lan Bingka said...

eL: ye tak ye gak, sepanjang saya keje, takde plak saya marah atau dimarah...semua cool je..hehe
*kebetulan..:)

yonna said...

wahh bawak ais! hihi. such a great experience kan bro? hehe..

alhamdulillah,dah kerja tetap pun :)

Lan Bingka said...

yonna: memang pengalaman menarik.. masa tu badan rasa macam body builder je..mana taknya, hari2 angkat beg ais yang berat..:p

tu belum hantar ais ke pembekal lagi..sekali sekala memang kena hantar ais ke pembekal di tanjung malim. masa tu kena angkut keluar semua beg ais dalam lori tu sekaligus, peh..nak patah pinggang..meleleh!