Thursday, September 24, 2009

2009 - Hari Raya paling mencabar

Selamat Hari Raya semua! Bagaimana dengan perjalanan anda pulang ke kampung? Adakah semuanya berjalan lancar? Hmm...saya ingin menceritakan pengalaman yang saya lalui sepanjang perjalanan ke kampung dan pulang semula ke KL.

Saya sekeluarga bertolak pulang ke kampung menaiki dua buah kereta pada 19/09/2009 (Sabtu), pukul 9.00 malam iaitu pada malam raya. Berhampiran hentian rehat Seremban, kereta saya mengalami masalah teknikal. Bateri kereta saya berasap. Kami (saya dan 3 orang adik) terpaksa menunggu di hentian rehat Seremban selama sejam setengah sebelum mekanik membawa bateri baru untuk ditukar. Kereta satu lagi terpaksa menunggu kami di hentian seterusnya. Selepas bateri ditukar, kami meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai di Johor Bahru pada pukul 4.00 pagi.

Dalam perjalanan pulang ke KL pula, iaitu pada 22/09/2009 (Selasa), kira-kira pukul 11.30 malam, sekali lagi bateri kereta saya mengalami masalah yang sama. Kali ini berhampiran susur keluar Port Dickson/Seremban. Asap dari bateri telah masuk ke dalam kereta melalui saluran pendingin hawa. Kami terpaksa berhenti di lorong kecemasan, pasang lampu kecemasan dan terus keluar dari kereta. Saya buka bonet dan saya dapati bateri mengeluarkan asap seperti air mendidih. Pada masa ni, kereta satu lagi dah jauh di depan, kami suruh mereka teruskan saja perjalanan hingga sampai ke rumah. Huh...mencabar kan?

Belum cukup mencabar lagi... Nak tahu apa yang berlaku selepas tu? Sedang saya risau melihat keadaan kereta saya, tiba-tiba...DUMMM...(terdengar bunyi dentuman yang kuat). Saya terus palingkan muka...takut ada serpihan yang berterbangan. Bila saya pandang semula ke arah kereta, saya tengok bonet kereta saya dah terhempas ke bawah. Saya ingat bateri saya meletup. Rupa-rupanya sebuah motosikal telah melanggar belakang kereta saya. Ya Allah...banyaknya dugaan. Dalam keadaan panik saya terus hubungi PLUS. Beberapa minit kemudian ambulans dan PLUS Ronda pun datang memberikan bantuan. Penunggang motosikal tu dibawa ke hospital dengan ambulans. Kereta saya pula ditarik ke tol Port Dickson/Seremban oleh PLUS Ronda. Kami terpaksa menunggu adik saya datang dari KL untuk mengambil kami disitu. Kami sampai di rumah pada pukul 4.00 pagi dalam keadaan yang sangat letih.

Penunggang motosikal mengalami patah kaki

Itulah pengalaman pulang ke kampung paling mencabar sepanjang hidup saya. Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana kami selamat sampai di rumah tanpa sebarang kecederaan.

p/s: masalah kereta saya adalah berpunca daripada kerosakan alternator yang menyebabkan bateri 'overcharge'.

9 comments:

Umi Nazrah said...

alhamdulillah semua slmt jua akhirnya ^__^

Kujie said...

mcm mana penunggang motosikal tu?

Lan Bingka said...

Nazra: alhamdulillah, terima kasih..

Kak Jie: dia patah kaki, tak dapat nak tahu lebih lanjut sebab ambulans terus bawa dia pergi.. polis suruh tunggu dia buat report dulu..

Mohd Hafizd said...

sungguh mencabar journey sedara balik beraya..

cmne moto tuh tak nmpk lampu kecemasan yang dipsang?? ngantuk kot?

apa2 pon alhamdulillah, semua selamat..

selamat hari raya~!

cheryna zamrinor said...

hihi...rasa macam baca karangan "pengalaman pulang ke kampung."

tp sempat amik gambo mamat tuh masuk ambulan lagi...wowww...bagus...

* alhamdulillah semuanya selamat:)

* thanks sbb melawat blog cheryna:)

eL said...

Errr...ni bukan parking tengah jalan sambil pasang hazard light kan? Mengantuk makan lemang banyak kot penunggang motor tu. Nasib dah lepas beraya.

Lan Bingka said...

Hafizd: org ambulans tu kata, dia mungkin mabuk sebab ada bau..

cHeRyNa: terima kasih kerana singgah..;)

eL: kat lorong kecemasan da..nasib bukan lori atau bas yang langgar..

Faizul said...

Itu suma dugaan Allah bagi kat kita.. Alhamdullilah semuanya selamat sampai.. Mungkin hikmah dia akan datang kemudian...

p/s : abis la bonus raya..hehehe

Lan Bingka said...

Faizul: macam tak dapat apa pun..;)
takpe, sabar...