Zack datang melawat. Memang selalu dia singgah di meja saya jika tak sibuk dengan kerja-kerja pejabat. "Tengok ni Zack, tak habis lagi" (sambil menunjukkan botol air mineral besar kepadanya. Isinya ada lagi 1/4).
"La...ni yang beli hari Isnin hari tu ke?"
"Haah...kau punya dah habis ke?"
"Aku sehari dah habis"
"Waa..aku sampai hari ni (Khamis) tak habis-habis"
"Sikitnya kau minum.. Sehari kena minum 2 liter air tau"
(Lebih kurang 8 gelas air sehari)
"Tak larat la aku nak habiskan sebotol besar ni dalam sehari"
"Mana boleh..kena habiskan gak..hehe"
"Esok aku habiskan la.."
Teringat kenangan waktu sekolah dulu. Saya pernah minum satu botol air mineral 1.5 liter tu secara one-shot (dihabiskan dengan sekali teguk). Dipaksa sebenarnya. Dah lupa denda atas kesalahan apa. Biasalah, tinggal di asrama. Macam-macam. Saya habiskan dalam 1 minit 20 saat.
Habis je titisan air terakhir ditelan. Saya muntah macam air terjun, mencurah dari koridor tingkat 1 ke longkang di tingkat bawah. Keluar semula nasi makan malam saya. Oh, lepas prep saya makan biskut/kek coklat. Habis semua keluar juga. Cis.
Tiba giliran Bob. Dia habiskan dalam masa seminit. Gila la Bob..
Bingka: Kagum dengan pasukan Korea Selatan (kalahkan Greece 2-0)
Bingka: Kagum dengan pasukan Korea Selatan (kalahkan Greece 2-0)