Sunday, October 21, 2012

Kenangan Si Comel

Dulu di rumah saya ada motor skuter comel. Entah apa yang comel dengan motor tu sampai namanya comel. Beli satu percuma satu. Kawan ayah saya yang nak beli, mungkin sebab dah tak tahan sangat tengok kecomelan motor tu. Disebabkan beli satu percuma satu, dia ajak la ayah saya kongsi. Ayah saya pun ibarat dipukau, bersetuju nak berkongsi beli motor tu. Jadi ayah saya ada satu, kawan dia ada satu. Walaupun mereka ada motor yang sama yang dibeli bersama, tidak pula mereka berkonvoi ke tempat kerja atau ke mana-mana bersama, dan tidak pula mereka menubuhkan Kelab Comel.

Satu hari saya menunggang motor tu ke kedai dengan gaya comel. Balik dari kedai saya melalui jalan yang sama untuk pulang ke rumah. Bila saya kata jalan yang sama, maknanya betul-betul melalui jejak yang sama iaitu dengan melawan arah, lalu ikut di tepi jalan. Kalau balik ikut arah jalan raya yang betul, nak kena u-turn bagai.. leceh, buang minyak, lambat sampai.. dan 10 lagi sebab.

Semasa melawan arah tu, ada seorang jiran yang umurnya muda 6-7 tahun daripada saya sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Saya dengan penuh rasa prihatin berhenti dan mengajak dia naik bersama. Dia tersengih. Sambil mengucapkan terima kasih dia melompat ke tempat duduk belakang motor. Saya dapat rasakan semasa membonceng motor tu dia masih memanjatkan kesyukuran sebab bertemu dengan saya di dalam perjalanan. Mungkin dia tidak sedar bahawa cogan kata saya ialah "Di saat anda memerlukan'. 

Sampai di simpang masuk ke kuarters kami, kebetulan ada sebuah kereta ingin keluar dari simpang tu. Saya tanpa berfikir panjang terus melalui bahagian hadapan kereta tu untuk masuk ke simpang. Dalam sekelip mata, kami berdua dan motor comel tergolek di tengah lebuh raya 3 lorong itu, sebab dalam masa yang sama juga kereta itu membelok ke kiri untuk keluar simpang. Saya sangkakan pemandu kereta nampak kewujudan kami, rupanya tidak. Dia hanya memandang ke kanan, sebab dah tentu la kereta lain akan datang dari arah kanan je kan. Oh, sungguh lemah keputusan saya ketika itu. Sepatutnya saya tunggu sekejap hingga kereta tu keluar simpang. Kelam kabut pemandu tu keluar dari kereta dan membantu kami berdua. Mujur masa tu tiada kereta lain yang lalu. 


Kami berdua tak cedera, tapi motor comel cedera sikit. Penutup badan sebelah kiri tertanggal.

.........

Saya menghantar jiran pulang ke rumah. Turun dari motor dia mengucapkan 'terima kasih'. Terus tergelak kami berdua di situ..hahaha. Habis gelak saya menjawab "sama-sama" dan pulang ke rumah.

Si Comel

8 comments:

Ann said...

huhu bahaya betul mlawan arus (mcm la aku x biasa buat)..mujur la hang xde ape2...

Elie Lily said...

nxt time berhati-hati di jalan raya!

Lan Bingka said...

Nana: terus tak comel..haha

Lan Bingka said...

Ann: Ikut la arah yg betul.. ;)

Lan Bingka said...

Elie Lily: baiklah kak ;p

Aing said...

dangerous betei ! ish isshh

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Sudah tertulis, ko dipanjangkan umur lan.. sampai boleh menulis berkongsi pengalaman kat sini, :)

Masa 1st time ak accident moto, dokter yg handle kami tu, dia ckp cmni, "inilah masalahnya beroda dua, kita langgar org, kita yang jatuh. org langgar kita, kita jugak yg jatuh".

Pilihan yg ada pada penunggang moto- sentiasa alert dan berhati2. Sebab kita halus je kat jln rya, kita tak leh harapkan pemandu kenderaan lain nampak kita.. sebab lagi besar kenderaan, lagi susah nak nmpk dan perasan kita yg cenonet ni :)

Lan Bingka said...

SaddLone: hehe, masih kurang pengalaman