Wednesday, August 1, 2012

Senarai atlet Malaysia di Sukan Olimpik, London


Sukan Olimpik London 2012 sudah berlangsung sejak 27 Julai yang lalu dan akan berakhir pada 12 Ogos 2012. 
Saya sempat menonton beberapa acara yang dipertandingkan. Antara yang menarik setakat ni ialah bola tampar, bola sepak wanita, terjun papan anjal, badminton dan gimnastik artistik. Banyak lagi yang menarik akan menyusul, dan yang pastinya acara trek ialah acara yang ditunggu-tunggu, terutama acara 100m. 
Harap para atlet Malaysia akan mempamerkan persembahan yang membanggakan dan berjaya memenangi pingat. Malaysia Boleh!

BERIKUT adalah senarai atlet Malaysia yang beraksi pada temasya sukan tersebut:
AKUATIK: Terjun
Bryan Nickson Lomas: 3m papan anjal individu lelaki, 3m papan anjal seirama, 10m platform individu
Yeoh Ken Nee: 3m papan anjal individu lelaki
Huang Qiang: 3m papan anjal seirama
Pandelela Rinong: 3m papan anjal seirama wanita, 10m plaftform individu, 10mpapan anjal seirama.
Leong Mun Yee: 10m platform seirama wanita
Traisy Vivien Tukiet: 10m platform individu wanita
Cheong Jun Hoong: 3m papan anjal individu wanita, 3m papan anjal seirama
Wendy Ng Yan Yee - 3m papan anjal individu wanita, 3m papan anjal seirama
AKUATIK: Renang
Khoo Cai Lin: 800m gaya bebas wanita
Heidi Gan: 10km laut terbuka
BADMINTON:
Datuk Lee Chong Wei: Perseorangan lelaki
Tee Jing Yee: Perseorangan wanita
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong: Beregu lelaki
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying: Beregu campuran
BERBASIKAL: Trek
Mohd Azizulhasni Awang: Keirin, 200m pecut lelaki
Josiah Ng: Keirin, 200m pecut lelaki
Fatehah Mustapa: Keirin wanita
BERBASIKAL: Lebuh Raya
Mohd Adiq Hussainie
Amir Mustafa
LAWAN PEDANG:
Yu Peng Kean: Sabre individu
MEMANAH:
Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin: Berpasukan/IndividuRecurve
Nurul Syafikah Hashim: Recurve individu wanita
MENEMBAK:
Nur Suryani Mohd Taibi: 10m air rifle wanita
KAPAL LAYAR:
Khairulnizam Mohd Affendy: Laser Standard
OLAHRAGA:
Lee Hup Wei: Lompat Tinggi lelaki
Noraseela Khalid: 400m lari berpagar wanita

6 comments:

penyuluh perikanan said...

salam persahabatan, saya menyukai blog ini, dan sudah follow 302
sudilah kiranya follow kembali untuk persahabatan kita
ditunggu
terima kasih

♥ sitifarhana ♥ said...

fuyooo...

walaupon tak semua sukan kita meyerlah..tapi sy ttp bnga jadi anak malaysia :)

Lan Bingka said...

sitifarhana: dapat melayakkan diri ke sukan olimpik tu pun satu pencapaian yang bagus :)

Elie Lily said...

Chong Wei dapat pingat perak pun, semua masih bangga! Malaysia Boleh! :)

Lan Bingka said...

Elie Lily: Harapan Azizulhasni untuk meraih pingat pun dah berkubur.. :(

Harap semua atlet tak berputus asa dan teruskan usaha!

syahirooAhmad said...

beb.. awat nama aku tarak dlm senarai ni...