Saturday, March 10, 2012

Derma yang elok

Kawasan rumah saya mengalami gangguan bekalan air sejak semalam. Susah nak menjalankan kegiatan harian. Baju kotor dalam beg (stok seminggu dari rumah sewa) pun tak dapat nak dicuci. Esok mau tumpang cuci di rumah kawan.. ;)  Dengar cerita gangguan akan berlarutan selama seminggu. Wah..lamanya.

Susah mana keadaan di rumah saya, susah lagi keadaan penduduk yang tinggal berhampiran dengan rumah saya iaitu di Lembah Jaya, Ampang. Dalam kejadian banjir tempoh hari, rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras leher. Habis semua peralatan dalam rumah dihanyutkan air. Emak saya sempat meninjau keadaan di kawasan terbabit. Mak kata, mereka sedang cuba membersihkan rumah. Tapi tak boleh nak buat apa sangat sebab ketiadaan air. Ada lori SYABAS yang datang membawa bekalan air, tapi tak cukup. Rumah masing-masing dalam keadaan yang teruk, rosak dan dipenuhi lumpur. Perabot-perabot yang rosak banyak tersadai di tepi jalan akibat dihanyutkan air. Ada penduduk mengatakan kejadian yang berlaku ini ibarat tsunami kecil.

Saya dan keluarga dah mengumpulkan baju-baju terpakai yang masih elok untuk didermakan kepada mangsa-mangsa banjir. Surau taman rumah saya menjadi tempat mengumpul pakaian-pakaian untuk didermakan ini. Ayah saya kata, ada orang yang menderma pakaian-pakaian yang terlampau buruk dan layak dijadikan kain buruk. Tak eloklah macam tu. Kalau nak menderma, bagilah pakaian yang masih elok.

*Rumah kamu ada air? Saya nak tumpang mandi..

6 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

gud job lan!
kalau umah wani dekat wani pon nak derma ada banyak baju terpakai yg elok2 lagi..but jauh..huhu..xdapat la..

Lan Bingka said...

syafawani: dah jauh takpe la..hehe

Sky0ne said...

orang sakit jiwa je yg dermakan baju yang betul2 buruk mcm tu. Kerja senang nak buang agaknya. Hampeh!

Lan Bingka said...

SkyOne: tu la.. tak payah la derma kalau dah teruk sangat keadaannya..

Annisa said...

susah bila ada gangguan air ni T_T

Lan Bingka said...

khairunnisa: tak selesa jadinya..