Hari minggu lepas saya bawa pakcik saya ke rumah doktor untuk menjalani pemeriksaan. Bagus doktor tu, hari biasa berkhidmat di klinik, hari minggu berkhidmat di rumah. Doktor tu guna kaedah rawatan homeophaty. Sebelum ni pakcik saya ada masalah batu karang, susah nak buang air kecil. Tapi sekarang dah beransur pulih. Alhamdulillah..
Masalah lain yang dia hadapi sekarang ialah kaki kirinya sakit. Rasa sakit tu terasa pada sendi. Susah dia nak berjalan sebab kaki kiri tak berapa kuat. Jadi dia perlu pegang bahu saya untuk berjalan. Langkahnya pun perlahan je. Kesian sebab dia tinggal di tingkat 3 rumah flat. Lif takde. Anak tiada pulak tu. Harap anak-anak buah je la tolong apa yang patut.
Saya berjalan seiringan dengannya selangkah demi selangkah. Tangannya kemas memegang bahu saya. Dalam langkah yang perlahan itu, saya memikirkan bagaimana agaknya keadaan saya dalam umur sepertinya, 64 tahun. Masih kuatkah? Doktor yang merawatnya berumur 74 tahun tapi masih sihat dan bertenaga.
Masa tua kita akan tiba juga nanti..
Entah macam mana ceritanya..
***
***
Oh, jangan begitu pasti..
Kerana esok kita belum tentu ada..
6 comments:
insyaallah baik2 aja..sama2 doakan :)
dan moga-moga masih ada yang sudi membantu di kala kita pulak susah kan..im proud of u mr lan! u did a good job by helping ur uncle n kipidap! =D
syafawani: tu la kan.. harap2 masa tua kita nanti penuh dgn kebahagiaan..
weekend saya banyak duk umah je, bagus gak dapat tolong apa yg patut.. :)
kalo balik umah selalu tlg umi picit2 kaki.sian tgk dia dah sakit2 sendi2~xtau nanti dah tua,ada ke anak2 nak picit2 kita nanti kan~huhu~esok belum tentu lagi kita mcm mana~sihat ke,sakit ke~
kan..ermm..esk2 kita tak tahu kita mcm mna.. T_T
qasih: bagus la tu jaga mak elok2. InsyaAllah nanti awak pun akan dapat anak2 yg baik..
naiemah: harap kita dah tua nanti tak menyusahkan orang..
Post a Comment