Wednesday, January 5, 2011

2011 tahun 'luar pintu?'

1.1.11 - 0815

"Berapa jam ko tidur?" tanya F
"Balik futsal pukul 2... tidur dalam kul 2.30...hmm ada la 4 jam"
"Ish..ish..nak hiking ni kena cukup tidur, takut tak larat plak nanti" kata F
"Ok kot, hari tu gi Broga mana ada tidur" 
"Broga tu santai je, ni mencabar sikit"....

sebelum bertukar menjadi Cicakman
pendakian berlatar belakangkan Empangan Klang Gate
antara laluan yang sukar. masa ni ada seorang pendaki tergelincir
dan jatuh ke bawah. nasib baik cuma luka ringan.
duduk di salah satu puncak sambil melihat pendaki lain menuruni batuan kuarza
salah seorang pendaki sempat menunjukkan simbol dua sebelum menuruni cerun
UIA Gombak dapat dilihat dengan jelas dari sini
pemandangan dari cerun yang curam
penghuni puncak Tabur
rumput permaidani yang lembut terdapat di puncak terakhir
pemandangan dari puncak Bukit Tabur
bergambar kenangan bersama pendaki lain.
Itulah aktiviti saya pada hari pertama tahun 2011, mendaki Bukit Tabur. Kami memulakan pendakian pada pukul 8.20 pagi dan berakhir pada pukul 12.20 tengahari. Kemudian kami pergi makan nasi ayam di Taman Melawati. Bila sampai di rumah, saya terus bersandar di tepi katil sampai tertidur keletihan. Huh...penat tapi puas.

Saya rasa tahun ni saya nak banyakkan aktiviti outdoor la, mendekatkan diri dengan alam gitu..;)

33 comments:

Ann said...

bgus lah...isi masa lapang

nad said...

Bukit Tabur?
macam best je..hehe
kat mana tu? Gombak ke?

Lan Bingka said...

Ann: isi masa dengan aktiviti yang sihat..:)

Lan Bingka said...

Hamba Allah: best, pemandangan cantik..:)

kat taman melawati je..;)

Seri said...

pengalaman yang menarik dapat daki gunung. bilalah dapat naik

Lan Bingka said...

Seri: saya daki bukit je tu..hehe

tapi memang saya teringin nak gi gunung kinabalu 1 hari nanti..;)

iyllienaz said...

dah lama tak join aktiviti2 luar ni..terasa bertambah malas..

Lan Bingka said...

iyllienaz: ye ke.. saya plak bertambah minat..;)

Kujie said...

cantiknya pemandangan...

ok..lepas ni kami bolehlah nengok gambar2 dari puncak2 pula ye

Lan Bingka said...

Kak Jie: rasa puas lepas dah penat mendaki dapat tengok pemandangan yang cantik. ok kak, insyaAllah..:)

zirconia said...

best tak bukit tabur nie lan? macam mencabar je. pegi outdoor memang best tapi kat ipoh nie takde geng. huhu.

mr reed said...

bestnye abg Lan...lain kali nk g jugak la...kalo ade g mane2 yg best d mase depan, roger2 ye...mane tau leh ikot...hehe

yott said...

sy minat hutan2 ni tp daki2 mcm bahaya jer,,

Lan Bingka said...

zirconia: memang mencabar.. ada kawasan yang betul2 curam. tapi tetap best sebab dapat menikmati pemandangan indah..

Lan Bingka said...

mr reed: memang puas hati..:)
ok roger!

Lan Bingka said...

yott: tengok pada tempat la, kalau tempat yang banyak gaung tu kena lebih berhati-hati dan fokus..:)

NAZ said...

perhhh lama tak buat aktiviti macam ni

Lan Bingka said...

naz: bila dah buat aktiviti macam ni, rasa nak pegi hiking kat tempat lain pulak..huhu

Anonymous said...

ape ats pokok tu?> comel!~

Lan Bingka said...

maCy: ular pun comel ke? ;p

Bulan Purnama said...

lama betul tak gi panjat gunung nih..

Lan Bingka said...

sekali sekala dapat pegi mesti best..;)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Tengok tu. Tak ajak aku. Aku tak jejak lagi ke situ. Huhuhu.

Lan Bingka said...

Shahrul: ingatkan ko dah ada kat atas tu..haha

Atiqah Jani said...

Oh bila la dapat buat aktiviti cenggini ! uwaaaaaaa~

Permulaan tahun baru yang sangat menarik dan menerujakan . Semoga 2011 dilalui dengan penuh bahagia ~

:D

Lan Bingka said...

Nurika: 1 hari nanti kena cuba tau..

zirconia said...

bila entah boleh pergi naik bukit lagi. pemandangan atas bukit memang best :D

Lan Bingka said...

zirconia: kalau nak pegi, pegi bukit yg senang dulu.. lepas tu baru pegi yg mencabar sikit..

mulakan dengan bukit bintang..;p

misSbLurRy said...

ular tue da kenyang..gendut pewot dia

Lan Bingka said...

missblurry: kena hati2 sebelum pegang mana2 dahan atau ranting, takut ada binatang berbisa macam tu..

+qasih nadira+ said...

bestnye kalau ada aktiviti macm 2~mmg bagus utk kesihatan jasmani dan rohani!

Lan Bingka said...

qasih: betul..tiada yg benar melainkan benar belaka..;p

Mohd Shahrul Hafizi said...

Aku tak jejak lagi tempat ni. Huhuhu. Ada plan nak pergi solo tapi hiking batu tu kalau jatuh, naya je.