Friday, December 31, 2010

Ops Broga

Owh, lupa nak cerita pasal satu aktiviti ni. Bulan lepas punya cerita. Saya dan kawan-kawan telah pergi mendaki Bukit Broga. Ramai betul manusia kat atas bukit tu. Macam kat shopping complex la dia punya ramai. Kalau tak nak ramai kena pergi weekdays. Memang seronok sekali sekala beriadah bersama kawan-kawan buat aktiviti outdoor macam ni. Dapat mengeratkan hubungan sambil bersenam. Laluan naik ke puncak bukit sampai sesak disebabkan ramai sangat yang nak naik. Bila dah sampai kat atas bukit, bergambar je la kerjanya. Apa lagi kan? ;p



Tapi bukan tu je yang kami buat. Kami juga bersihkan kawasan puncak bukit tu daripada sampah-sarap. Berlonggok-longgok sampah kat atas bukit tu tau. Ada ke patut diorang tinggalkan gitu je. Merosakkan pemandangan betul. Syabas kepada Farid kerana mencetuskan idea untuk melakukan Ops Sampah ni. Bagi sesiapa yang nak naik ke Bukit Broga atau mana-mana bukit pun, tolong la jangan buang sampah merata-rata ya. Pandai bawa naik, pandai-pandai la bawa turun. Ala, bukan susah pun.

AJK Kebersihan Bukit Broga..;p
Hasil Ops Sampah Bukit Broga

9 comments:

Anonymous said...

semua gmbar posing ja. huhu

Lan Bingka said...

maCy: saya baru tambah 1 gambar. banyak lagi gambar posing lain.. simpan sendiri je la..huhu

nad said...

Ops Sampah..bagus!
Gila banyak sampah kat atas bukit tu sampai berplastik-plastik..

Teringin nak daki juga tapi masih belum kesampaian ;(

Lan Bingka said...

Hamba Allah: terima kasih..

plan la ngan kawan2, ajak pegi..;)

zirconia said...

wah lan..bagusnya idea kutip sampah nie eh. nasib baik ada gak org prihatin mcm lan & kwn2 :D

Lan Bingka said...

zirconia: beriadah sambil beramal..;)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Banyaknya sampah yg terkutip! Pergi hari minggu memang ramai orang.

Lan Bingka said...

Shahrul: memang banyak.. tak tau la berapa lama je bertahan takde sampah kat atas tu. sekarang mesti dah ada balik..

Mohd Shahrul Hafizi said...

Mentaliti kelas ketiga tak berubah-rubah. Niat mendaki tu dah bagus dah, mendekatkan diri pada alam tetapi ada juga yg tak prihatin pada alam. Sian alam.