Dengar cerita budak-budak Tingkatan 5 dah habis peperiksaan SPM kelmarin. Hmm...mesti lega kan? Apa lagi, masa untuk melepaskan tekanan la! Jangan sampai terlibat dengan perkara yang bukan-bukan sudah. Dan jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Awak tu harapan ibu bapa tau. Jauh lagi perjalanan lepas ni.
Cepatnya masa berlalu, diam tak diam dah lebih sepuluh tahun alam persekolahan ditinggalkan. Saya teringat kembali malam terakhir semasa di asrama iaitu 'Malam 0-0'. Nama pun malam 0-0 kan, maka itulah masanya untuk 0-0 dengan semua orang. Kalau ada yang tak puas hati tu, masa tu la boleh diluahkan. Kalau ada terhutang budi tu, masa tu la nak merakamkan penghargaan. Kalau ada persoalan yang belum terjawab, masa tu la nak mendapatkan jawapan. Apa saja yang tak terkeluar dari mulut dan terbuku di hati selama tinggal bersama di asrama, maka lontarkan saja pada malam itu.
Pada malam tu semua pelajar tingkatan 5 berkumpul dalam sebuah bilik yang disinari cahaya yang samar (macam la ada pelajar junior lain, semua dah cuti). Cahaya yang samar itu disebabkan oleh lampu kalimantang yang telah dibalut dengan kertas berwarna. Biasa la kalau di asrama, aktiviti menarik macam ni lepas pukul 12 baru mula. Pada malam tu seorang demi seorang diberi peluang untuk bercakap dengan semua yang berada di situ. Tak kisah la nak cakap apa pun, nak luahkan segala perasaan, nak minta maaf, nak menyatakan kekaguman, nak mengakui kesalahan, nak sandarkan pada kenangan dan sebagainya. Nak tujukan kata-kata kepada seorang demi seorang yang berada di situ atau nak tujukan kepada semua sekaligus, terpulang (ramai yang tujukan kepada seorang demi seorang). Pendek kata, itulah ucapan terakhir..ucapan perpisahan.
Sedih betul malam tu. Cakap pun dalam mood sedih. Walaupun kadang kala diselangi dengan jenaka, tapi tetap dilalui dengan suasana sayu. Yang mendengar pun terasa hiba. Mana taknya, lepas ni dah tak jumpa lagi. Dah tak dapat nak buat macam-macam perkara bersama. Makan, mandi, belajar, bersukan waktu petang, aktiviti lewat malam, bergurau senda, bergelak ketawa... ahh..semuanya akan tinggal kenangan. Kawan-kawan lain yang berulang-alik dari rumah tak rasa perasaan ni. Rasa macam nak tinggalkan keluarga sendiri. Ye la, dari tingkatan 1 sampai 5 melalui suka duka bersama, membesar bersama (saya masa Tingkatan 2 baru masuk asrama). Sesi diakhiri dengan bersalaman, berpelukan dan bermaafan. Masa ni ada juga beberapa orang yang menangis. Memang agak terlebih emosi, tapi disebabkan malam terakhir...layankan aje. Berair juga mata saya disebabkan masuk habuk..;p
2 hari kemudian, kelihatan sekumpulan remaja lepasan SPM berjalan-jalan dan bersuka-ria di bandar. Apakah makna segala tangisan? Cehh..

33 comments:
hik3. mengimbau kenangan nie lan. dulu memang ada malam 0-0 nie. masa tu memang menangis tak ingatlah :D
ni baru lepas SPM, pastu nak pikir smbung study lagi, diploma, degree, kije plak... aiyo... huhu.... yang penting, plan la masa depan dari awal..
Terbaru dalam Apa Kata Survey Asrol Mania
->7 Ciri Tajuk Entri Terbaik
->6 Perkara Blogger Yang Berkira
->8 Perkara awal dibuat blogger baru
->5 Ayat Komen Yang Hangit
zirconia: hehe..sesekali mengimbau kenangan..;)
Asrol: betul tu, plan dari awal. mintak pendapat daripada orang yg lebih berpengalaman..
semoga berjaya!
perghh ni nak buat gua mengimbau balik kenangan asrama ni...
SkyOne: kenangan hidup paling berharga tu..:)
kan..... =)
meowwmania: yup..=)
Berhabuk la sangat lampu kalimantang tu ye :-P
eL: hahaha..pengakuan ikhlas..;)
aku xpernah menangis bila bpisah...tp dlm hati, ak menangis...
kira hang lg lembut dari aku lah...hehe
Ann: saya tak nangis la, mata masuk habuk je..;)
hehe..itu tangisan lps dah beban..;)
yott: mungkin la..hehe
tapi sebenarnya memang berat nak tinggalkan asrama yang dah jadi macam rumah pertama.. rasa macam nak tinggal selamanya kat situ..;)
Huhu...memori lama mmg best dear
MY RECENT POST : Hello Kitty Airlines
Princess Momoy: mengupas memori kadang kala membuat kita tersenyum..:)
zaman sekarang - boleh plan aktiviti via facebook
Kak Jie: skrg bila2 masa leh jumpa secara maya..;)
masuk habuk la sangat ;p
maCy: hahaha...shhh
salam..
Lan...cop2...nie kisah 10 tahun lps kan?? now, umor u skrg 27thn yea??? hihiiii
Adylia: main cop2 plak ye..
hmmm...mungkin..;p
hahahaaa...iklan :)
muda lagi...ada can la nak tekel..nak cop sirim... huwawawaaaa
Adylia: ada cop sirim rupanya.. ingatkan cop biasa..;p
sy pun merasa malam 0-0 ni.tapi kami buat di surau.sume student laki dan pompuan bkumpul dan saling maaf memaafi~mmg sedih tp gembira sebab dapat lepaskan kesusahan yang terpendamkan.kira dah xde salah la kan.lega~~~
agagaa
xpenah merasai..sekolah biasa je
tapi still sedih n teringat
kenangan lalu~~
aaahh,nak sekolah balik!
lalllaa~~
qasih: haah kan, rasa lega bila dah luahkan rasa hati..;)
chitty sarah: sekolah saya bukan sekolah asrama penuh pun. cuma ada asrama utk sesiapa yg memerlukan..:)
ramai yg berulang je dari rumah..
awak masuk sekolah orang tua boleh la..hehe
Sedih plak aku baca entri ko ni Lan. Adoi. Teringat zaman asrama dulu.
Shahrul: aku pun rasa sedih masa tulis entri ni hari tu..
Sekarang masing-masing dah bawa haluan sendiri. Ada yg sudah bekerja, ada yg sudah berkeluarga dan sebagainya.
Shahrul: sekarang ni ada 4 orang je kawan sekolah yang boleh kata tiap2 minggu jumpa.. yang lain dah lama tak jumpa..
Ada la juga 4orang. Aku nak jumpa seorang sebulan pun susah.
Post a Comment