Rasa macam hari ni hari Sabtu pulak kan.. Padahal hari Jumaat. Maklumlah, tiba-tiba dapat cuti. Kepada yang bekerja tu, kerja la dengan rajin ya..;)
Hari ni dah hari terakhir bagi tahun 2010. Sekejap je kan? Hmm...antara yang menarik bagi saya sepanjang tahun ni ialah:
- dapat APC...(alhamdulillah)
- dapat anak buah pertama...(muahh..muahh)
- dapat adik ipar ke-2
- makin ramai kenalan blogger
- silent reader yang bertambah...(ya, kamu)
- pasukan kesayangan beraksi semula di EPL
- menyertai tadarus geng surau pada bulan puasa (cool..pertama kali selepas tamat sekolah)
- meraikan kawan-kawan rapat yang melangsungkan perkahwinan
- errrr....single again. (ceh, tak menarik pun)
Itu je la yang nak saya kongsi. Yang lain biar rahsia..;p
Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat blogger yang rajin meninggalkan komen di setiap entri seperti zirconia, yott, meowwmania, eL, ann, mohd shahrul hafizi, maCy, kak jie, yonna dan qasih nadira. Komen kalian memberikan semangat untuk saya terus menulis di sini. Yang sekali sekala tinggalkan komen dan yang jadi silent reader pun saya ucapkan terima kasih.
***
Dan tahun 2010 diakhiri dengan sorakan padu peminat bola sepak tempatan di kedai-kedai mamak (kami bersorak macam kat stadium..;p). Semuanya bergembira meraikan kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama. Yeahh, cara yang sangat bergaya untuk menutup kalendar tahun 2010. Tahniah K.Rajagobal! Tahniah Harimau Malaya!!
Selamat Tahun Baru!
***
Dan tahun 2010 diakhiri dengan sorakan padu peminat bola sepak tempatan di kedai-kedai mamak (kami bersorak macam kat stadium..;p). Semuanya bergembira meraikan kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama. Yeahh, cara yang sangat bergaya untuk menutup kalendar tahun 2010. Tahniah K.Rajagobal! Tahniah Harimau Malaya!!
Selamat Tahun Baru!
16 comments:
slmt tahun baru Lan
moga esk bawa permulaan yg baik utk Lan spnjg tahun 2011 nnt..
thanx jgk kpd Lan yg slalu dtg blog sy...;)
selamat tahun baru masihi
yott: selamat tahun baru! sama2..;p
Seri: selamat tahun baru! selamat kembali bertugas..;)
eh2, nama ada kat sini lah. hehe. selamat tahun baru lan. semoga tahun 2011 nie dipenuhi dengan kebahagiaan, kejayaan dan rezeki melimpah ruah.amiin..
tahniah dpt APC :D
amiinn..harap2 begitu la..;)
terima kasih! berkat sokongan rakan sekerja juga tu..;p
salam tahun baru gak k!sy ttup tahun baru saya jugak dengan sweet memory! :)
tahniah. name macy ade yes3! hehe
and tahniah. macy komen tiap entry tapi bawu pasan ta folo ag. wawawa
macy folo ea. salam kenal ;p
qasih: bagus la tu.. semoga banyak lagi memori manis dirakam dalam tahun 2011..;)
maCy: thanks jadi follower saya..hehe
takpe, lebih baik macam maCy, tak klik follow tapi follow..;)
daripada orang yang klik follow tapi tak follow pun...hmmm
tahun baru ni kene ubat sket la status awk 2~no more single~hehehe~
qasih: menarik gak tu..;p
Bab single tu jadi ketar lutut sikit Lan. Aku pun. Mak aku dah mula tanya itu ini pasal jodoh. Adoi.
Shahrul: rilek je..nanti ada la tu..:) tapi dalam masa sama kena la usaha sikit..;)
hrp xlmbt lagi wish...hepi new year...
azam lame..bawak ke taun baru ke..xdpt tunaikan azam lame, at least dpt lah ckit percent nye..
hai Ann, selamat tahun baru!! takpe, buat la ikut kemampuan..;)
Post a Comment