Malam tadi lepak minum 2 gelas nescafe-o dengan 2 orang kawan. Balik rumah ingat nak buka Google Reader atau nak update blog. Sekali dah sedap-sedap baring, tertidur pulak. Bila bangun pagi tadi rasa macam...ohh penuhnya, terus masuk bilik air. Ada orang masa tengah tidur boleh terjaga sebab nak buang air kecil. Saya bukan jenis macam tu la...heheh.
Semalam saya dah mula kerja. Agak bosan la. Hari Isnin dan Selasa hari tu bosan sebab duduk rumah, ni bosan sebab kerja pulak..haha. Kerja memang ada, jadi saya buat je la sikit-sikit. Pergi makan tengahari pun sorang-sorang. Dah takde idea nak makan apa, saya saja la masuk kedai Rasamas, nak mencuba la konon. Saya makan Nasi Ayam Panggang sebab gambar dalam menu nampak macam sedap. Tapi tak puas hati la, sebab ayamnya macam tak cukup panggang, pucat macam ayam yang distim dan ditabur black pepper je. Hmm..itulah yang dinamakan jauh panggang dari api. Nak ambil gambar pun malas sebab...well....bosan.
Nasi Ayam Panggang...not even close |
Semalam kawan saya tanya rumah saya ada buat open house ke? Saya jawab takde..in fact tak pernah pun. Kalau tak buat rumah terbuka bukannya tak boleh datang beraya kan..
Bingka: Yup, ayam panggang Rasamas penambah....BOSAN
15 comments:
kalau makan kat Rasamas, pilih ayam panggang percik. sebab ayam panggang percik sangat best.
ayam panggang black pepper memang tak best langsung. hee~
lamanya cuti...
tak penah makan kat Rasamas huhu..tapi standart la kan gmbrnya indah khabar dari rupe heee...
sy x brapa suka nasi ayam..
betul lah Lan..sy tahap bosan pun dah x tau nak ckp mcm mana..
aku pernah mkn sekali kt rasamas..tak sedap
atiqah: oo..gitu eh. saya silap pilih la ni..
meowwmania: eh orang lain lagi lama cuti lor.. isnin minggu depan baru diorang mula kerja.
kalau la dapat ayam betul2 macam dlm gambar tu..kan best ;)
yott: kita serupa..haha
Ann: saya pertama kali la tu.. tak tau la ada kali kedua ke tak..huhu
saya pun pernah makan kat rasamas jadi macam tu juga.diorang memang panggang ayam kurang masak agaknya.dah la dapat dah sejuk.saya bagi balik lepas tu diorang tukar yg lain.
zirconia: saya masa dapat je makanan tu terus rasa macam...what? ini ko panggil panggang??
Intan dah sekolah hari Isnin..huhu...cepat betul 'rasa' bertukar.
Feeling...feeling raya sekejap saja!
panggang dlm microwave mmg mcm tu...
Kak Jie: betul la kak, saya feeling raya masa kat kampung je..
lepas ni dah sibuk dengan kerja plak..:)
patut minta tukar je. kita bayar kan. hehe.
Selamat Hari Raya, Mr. Bingka.
saya datang beraya blog saja.
ayam panggang black paper sedap.
citarsa ayamas. :)
Selamat Hari Raya Balqis..:)
Ni kuiz ke? Saya nak isi tempat kosong kat tajuk tu. Perkataan yang dicari ialah "BOSAN" hahahaha...lariiiii!!!
eL: eii..pandainya ;)
nape lari plak tu..haha
Post a Comment