Sejak tamat Piala Dunia tempoh hari, jiwa terasa bosan terutama pada hari minggu. Tak tahu nak buat apa. Ditambah pula dengan status perhubungan yang dah berubah...owh memang bosan. Nasib baik 2-3 minggu ni ada juga kawan yang ajak keluar. Takde la bosan sangat. Saya memang jarang nak ajak kawan-kawan keluar sekarang ni. Masing-masing dah berkeluarga, malas nak ganggu. Kawan saya yang bujang sorang lagi tu sibuk dengan kerja dan kuliah pula, tu pun tak perlu diganggu. Kalau dia free dia akan roger saya.
Minggu depan akan bermulalah musim baru (2010/2011) bagi Liga Perdana Inggeris (EPL). Pastinya hari minggu akan kembali bermakna...yes! Untuk musim ni, Newcastle United (NUFC) akan kembali beraksi dalam EPL setelah semusim bersaing dalam Liga Championship. Sebagai penyokong, memang kecewa apabila mereka tersingkir ke liga bawahan pada Mei tahun lepas. Tapi sokongan terhadap The Magpies tak pernah goyah, malah semakin kuat lagi sokongan saya terhadap mereka. Saingan di Liga Championship tidak disiarkan di kaca tv. Jadi dah semusim saya tak dapat menonton aksi mereka. Hanya dapat mengikuti perkembangan semasa dan keputusan perlawanan mereka melalui internet. Sekarang saya dapat menonton kembali aksi mereka. Bagusnya.
Ada hikmahnya NUFC bersaing di liga bawahan. Dari kegagalan itu mereka menilai segala kelemahan yang ada dan bangkit semula dengan semangat baru. Mereka kini lebih bersatu. Akhirnya mereka berjaya menjuarai Liga Championship sekaligus dapat menyertai semula EPL. Gembira betul rasanya. Kali pertama mereka bergelar juara sejak 14 tahun saya menyokong mereka. Kalau tak masuk Liga Championship, tak merasa nak bergelar juara. Hmm..14 tahun lepas mereka merupakan sebuah pasukan yang kuat. Permainan mereka sentiasa menghiburkan. Pada musim 1996/1997, mereka membelasah Manchester United 5-0 dengan selamba je. Zaman tu zaman kegemilangan Alan Shearer, idola saya. Nama pun lebih kurang sama...Azlan & Alan. Memang gandingan yang mantap. Bila dia berpindah dari Blackburn Rovers ke NUFC, saya pun turut sama menyarung jersi NUFC dan menjadi Toon Army sehinggalah sekarang.
Saya bukan macam sesetengah orang, bila pasukan dah tak kuat, tukar sokong pasukan lain yang lebih kuat dan ramai bintang pula. Saya masih ingat ketika Chelsea baru dibeli oleh jutawan Rusia, Roman Abramovich dan tiba-tiba menjadi kuat apabila berjaya membeli ramai bintang-bintang bola sepak. Masa tu tiba-tiba muncul ramai penyokong Chelsea. Padahal sebelum tu tak dengar cerita pun dia sokong Chelsea. Dey, pegii dah..
Bingka: no more relegation please...
(jom ke pesta konvo UKM)
Minggu depan akan bermulalah musim baru (2010/2011) bagi Liga Perdana Inggeris (EPL). Pastinya hari minggu akan kembali bermakna...yes! Untuk musim ni, Newcastle United (NUFC) akan kembali beraksi dalam EPL setelah semusim bersaing dalam Liga Championship. Sebagai penyokong, memang kecewa apabila mereka tersingkir ke liga bawahan pada Mei tahun lepas. Tapi sokongan terhadap The Magpies tak pernah goyah, malah semakin kuat lagi sokongan saya terhadap mereka. Saingan di Liga Championship tidak disiarkan di kaca tv. Jadi dah semusim saya tak dapat menonton aksi mereka. Hanya dapat mengikuti perkembangan semasa dan keputusan perlawanan mereka melalui internet. Sekarang saya dapat menonton kembali aksi mereka. Bagusnya.
Ada hikmahnya NUFC bersaing di liga bawahan. Dari kegagalan itu mereka menilai segala kelemahan yang ada dan bangkit semula dengan semangat baru. Mereka kini lebih bersatu. Akhirnya mereka berjaya menjuarai Liga Championship sekaligus dapat menyertai semula EPL. Gembira betul rasanya. Kali pertama mereka bergelar juara sejak 14 tahun saya menyokong mereka. Kalau tak masuk Liga Championship, tak merasa nak bergelar juara. Hmm..14 tahun lepas mereka merupakan sebuah pasukan yang kuat. Permainan mereka sentiasa menghiburkan. Pada musim 1996/1997, mereka membelasah Manchester United 5-0 dengan selamba je. Zaman tu zaman kegemilangan Alan Shearer, idola saya. Nama pun lebih kurang sama...Azlan & Alan. Memang gandingan yang mantap. Bila dia berpindah dari Blackburn Rovers ke NUFC, saya pun turut sama menyarung jersi NUFC dan menjadi Toon Army sehinggalah sekarang.
yeahh..we're going back to Premier League! |
Bingka: no more relegation please...
(jom ke pesta konvo UKM)
10 comments:
cuba try bela kucing tentu hari-hari lebih bermakna :)
meowwmania: dulu saya ada bela, tapi dah mati. hmm..bela tuan kucing plak kot..hehe
bela tuan kucing? O_O
Shahrul: hehe..
minggu depan dah tak boring dah. boleh layan bola sampai pagi..hihii
annfrendly: yup betul tu, agak2 malas nak bangun sahur, terus sahur je sebelum tido..hehe
status dah berubah? sob sob
yonna: haah.. takpe, life goes on kan..
aku dr dulu smp skng pyokong arsenal....sbb henry jer..
wpun henry dh tukar club n nk bsara dh, kesetiaan ku still xberubah
Ann: bagus2.. tak elok curang..;p
Post a Comment